
Kurang tidur biasanya menjadi punca utama mata sembab atau eyebag. Orang yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon melanin (pigmen) yang banyak. Hormon nilah yang mengundang “mata panda” dan penuaan semula jadi.
Selain kurang tidur, penyebab lain adalah:
– dehidrasi (badan kurang air)
– terdedah lama kat sinaran matahari
– kerap merokok
– anemia (kurang sel darah merah)
– penggunaan mekap yang berlebihan.
Oops! Silap mekap boleh nampak tua sebelum usia tau. Salah satu cara hilangkan eyebag, guna SENDUK SEJUK je. Bunyi macam pelik, tapi percayalahh cara ni cukup efektif.



Anda cuma perlukan:
– dua senduk (boleh gantikan dengan sudu)
– air sejuk atau beberapa ketul ais
Caranya:
Rendam sudu dalam ais selama 20 minit. Paling senang, biar sekejapp sudu kat tempat beku. Agak agak dah sejuk boleh tekap ke mata. Gosok-gosok lembut pada kawasan mata sehingga rasa sejuknya hilang.
Hah, kalau uols nak tahu, rasa sejuk kat sudu ni la yang buat kulit mata relaks. Mata pun nak rehat jugak tau. Rajin buat awal pagi, kalau tak sempat buatlahh kejap sebelum tidur ye.
Amacam best kan tips ni? Mudah dan teramat jimat duit kan. Jom buat.
Sumber : lubuk seni
Beza Pencuci Muka ‘Oil Cleansing’ Dan ‘Milk Cleansing’ Yang Anda Wajib Tahu

Ramai yang bertanya. Apa beza Oil Cleansing Method dan Milk Cleansing Method. Sama ke Ada yang kata apa la sangat bezanya. Oil adalah minyak dan Milk adalah Susu. Betul tu. Sangat betul dan tak salah.
Cara tradisional dulu mak-mak kita akan cuci dengan air suam je tiap malam. Lepas tu jumpa pulak facial foam atau gel tujuan tetap sama untuk bersihkan muka dari kotoran. Soalanya bersih ke muka tu? Pori muka tu memang confirm ke tak tersumbat?
Sekadar info ringkas, kalau kulit muka kita tak dicuci dengan elok, makanya ianya akan menyebabkan ketidak seimbangan sebum dalam wajah. Pori juga mudah tersumbat makanya jangan terkejut bila kulit muka mula meradang. Benda yang tak pernah ada terus muncul. Penyudahnya STRESS.
MILK CLEANSING METHOD
Cucian muka dengan menggunakan Milk atau bahasa kita susu. Bukan susu fresh from bottle tu tau. Teknik juga berbeza. Apa yang harus dilakukan adalah, titiskan beberapa drop milk cleanser ditapak tangan, dan gosokkan pada kedua tapak tangan. Sama method kita nak guna face oil. Dah rasa haba, bermula la sesi mencuci muka. Milk Cleansing ni memerlukan teknik yang berbeza dari OIL CLEANSING.
Lepas panaskan milk cleanser tu, usap lembut pada wajah. Picit pada point wajah. Antaranya dagu, area hidung, bawah telinga, hujung pipi, tepi mata dan dahi. Lepas pada proses urutan bilas muka dengan air suam dan lap muka dengan Facial tissue. Milk Cleanser sesuai untuk orang yang mempunyai kulit kering to normal.
OIL CLEANSING METHOD
Korang tau tak rahsia orang korea dan jepun yang ada kulit cun melecun adalah dengan menggunakan teknik OIL CLEANSING. Oil Cleansing ni pun kene guna minyak dan teknik yang betul untuk mencuci wajah. Bukan selamba ambik minyak masak atau minyak baby ye. Jika dengan Milk Cleansing kita gunakan teknik mencarik point sahaja, Oil Cleansing gunakan teknik urutan membulat. Urut lembut membulat bertujuan untuk lancarkan peredaran darah.
Pastikan korang urut hingga minyak tu betul-betul meresap ke dalam kulit. Ambil towel muka yang direndam dengan air suam seeloknya Microfibre towel kerana towel ni akan meresap dan menarik kotoran dan mendapan yang lama ‘menghuni’ pori wajah. Bilas dua kali untuk hilangkan minyak dan mendapan wajah sepenuhnya.
OIL CLEANSING VS MILK CLEANSING
Oil Cleansing ni lebih NATURAL dan bebas bahan kimia contohnya bahan pengawet yang bertujuan untuk mengelakaan pencuci tersebut berkulat dan mudan tercemar. Mencuci bekas solekan diwajah dengan menggunakan minyak adalah lebih baik kerana ianya lebih mudah meresap dan lebih baik dalam mengimbangi sebum dalam wajah. Masalah pori tersumbat lebih mudah diatasi dengan menggunakan teknik Oil Cleansing.
Berbeza dengan Milk Cleansing, pencuci susu ini selalunya terpaksa dicampurkan dengan bahan pengawet dan bahan kimia lain untuk menjaga kualiti cleanser tersebut.
Jika korang sangat mementingkan tahap SELAMAT, HALAL, NATURAL dan BEBAS CHEMICAL, Oil Cleansing Method adalah yang terbaik.
So fat minyak terbaik adalah FACE OIL dari Mary Jardin. Kualiti antarabangsa, halal, natural dan selamat. So boleh gunakan tanpa rasa was-was. No alchohol dan bahan chemical lain.
Dan jika korang tetap suka milk based, FACE SOAP dari Mary Jardin adalah yang terbaik kerana soap kami hanya menggunakan susu kambing dalam pemprosesan soap kami.Dan itu la sebabnya ianya dicipta dalam bentuk soap, yang mana ianya tidak menggunakan bahan kimia untuk mengawal kulat dari tumbuh dan mencemarkan sabun tersebut.
Sumber : Little Diva Collections
Bersungguh Diet Tapi Berat Masih Macam Tu. Ini Kesalahan Bakal Pengantin Selalu Buat Bila Berdiet!

Bila tarikh kahwin dah semakin hampir, bakal-bakal pengantin memang jadi panik bila berat semakin maintain macam tu sahaja walaupun dah bersungguh-sungguh diet. Adakah anda betul-betul pasti anda mengikut diet yang betul?
Pelbagai cara dilakukan untuk menurunkan berat badan sekaligus menjaga diet pemakanan. Tapi, ada yang work hard dan bukan work smart. Berat badan masih di tahap lama dan energi semakin kurang. Mengapa?
Ramai yang ambil langkah skip sarapan pagi atau makan terlalu sedikit. Sebenarnya anda mendorong tubuh untuk lapar sebelum waktu dan menggalakkan otak memberi signal anda perlu makan dengan lebih banyak, mengambil snek secara berlebihan dan kurang bertenaga. Ini boleh merosakkan mood!
Apakata kita teliti perkongsian pakar diet, Jillian Greaves.
Skip sarapan pagi
Breakfast like a king! Sarapan pagi adalah hidangan penting perlu diambil setiap hari. Bayangkan jika anda terus skip sarapan pagi setelah berjam-jam tidak makan (ketika tidur), tentunya hari anda akan lebih suram dan rasa tak bertenaga.
Kajian menunjukkan, jika seseorang sering mengambil sarapan pagi, mereka di dapati mempunyai paras BMI rendah. Ambil lebih banyak kalsium dan serat setiap hari untuk membantu anda lebih fokus sepanjang hari.
Gangguan ketika makan
Kesibukan pagi menguruskan anak-anak, meluangkan masa untuk bersolek dan menguruskan hal-hal lain pada waktu pagi membuatkan anda bergegas untuk ke tempat kerja. Jarang kita ada masa untuk menikmati satu per satu hidangan pagi di depan mata.
Multitasking memang bagus tetapi jika multitasking sambil bersarapan, anda sebenarnya makan tetapi tak kenyang malah mendorong untuk anda makan lebih banyak. Rancang jadual dengan baik dan nikmati sarapan dalam keadaan tenang dan selesa.
Makan terlalu cepat
Jika anda makan terlalu cepat, badan anda tak sempat untuk menyampaikan maklumat kepada otak seterusnya memberi signal anda sudah kenyang.
Bekal makanan
Jangan tunggu perut terlalu lapar sebelum membeli hidangan tengah hari, tambah-tambah lagi jika anda terlalu sibuk di tempat kerja. Anda juga lebih mudah terpengaruh dengan rakan sekerja yang gemarkan makanan segera yang lebih mudah di dapati. Jadi, sediakan bekalan hidangan sihat sebelum ke tempat kerja.
Skip snek pagi
Selepas sarapan pagi, anda juga perlu membekalkan diri dengan snek ringan dan sihat sementara menunggu hidangan tengah hari. Sebiji epal sudah cukup untuk mengalas perut sementara menunggu jam 1 petang.
Minum kalori
Minuman pagi seperti kopi atau jus dengan gula tambahan tidak disarankan jika anda ingin menjaga diet. Pakar diet menyarankan agar anda mengunyah makanan berbanding hanya minum saja. Namun, jus buah-buahan segar tanpa gula tambahan dan tinggi serat boleh mengenyangkan anda.
Buah-buahan dan sayuran sebelum tengah hari
Pilihan paling mudah untuk dinikmati sebagai sarapan tentunya kuih-muih. Pemilihan makanan ini boleh menyebabkan anda kurang mendapat serat dan vitamin semula jadi. Pastikan anda makan sarapan berkhasiat dan seimbang.
Menyisihkan real food
Kaunter pandu lalu di restoran segera paling mudah untuk anda dapatkan sarapan pagi. Apa kata tukar haluan dengan membuat pilihan dan rancang pelan pemakanan anda dengan lebih bijak. Simpan stok yogurt, kacang badam, buah-buahan seperti pisang, epal dan avocado di rumah. Ini lebih berkhasiat dan mengenyangkan!
Tambah protein sebelum tengah hari
Kuih-muih yang anda makan pada waktu pagi penuh dengan karbohirdat dan gula sahaja, sehingga anda cepat letih sebelum menjelang tengah hari. Mungkin selepas ni anda boleh tambah sedikit protein seperti telur setengah masak atau mentega kacang supaya anda boleh bertahan lebih lama.
Tak cukup air
Minumlah air kosong dengan kuantiti yang sesuai dengan tubuh pada waktu siang. Anda tidak digalakkan minum air kosong dengan banyak pada waktu malam kerana ia menyukarkan buah pinggang untuk menapis air berlebihan.
Nak Makeup Sendiri Untuk Hari Bahagia? Kenal Dulu Jenis Berus Solekan Ni Ok!

Sekarang ni mudah sangat kita nak belajar ilmu solekan. Ada yang buat kelas berbayar, ada yang buat tutorial secara percuma dan ada juga yang berkongsi ilmu solekan di media sosial. Tak semua orang yang pandai makeup je boleh hadam ilmu ni. Yang beginner pun boleh jadi hebat kalau selalu mencuba.
Tapi, sebelum anda ambil keputusan untuk makeup wajah sendiri di hari bahagia anda, pastikan anda kenal dulu perkara asas iaitu jenis berus solekan. Takut nanti, berus kening jadi berus bibir, berus pipi jadi berus mata!
Perasan tak setiap berus solekan tidak di datangkan dengan manual penggunaan. Sebagai pengguna, kita perlu tahu setiap fungsi berus tersebut. Ada yang digunakan untuk mata, pipi, bibir dan keseluruhan wajah. Jom baca ni.
- Berus berbentuk kipas
Berus ini digunakan untuk meratakan bedak highlighter sekitar tulang pipi atau meratakan setting powder di bawah mata sebelum mengenakan solekan tebal pada bahagian mata. Apabila serbuk pewarna jatuh, hanya gunakan berus ini untuk membersihkannya.
- Berus bedak
Berus bedak ini digunakan untuk meratakan bedak debu yang digunakan. Semakin gebu berus, semakin bagus untuk meratakan bedak di wajah. Ia juga sangat sesuai untuk meletakkan bronzer bagi aplikasi yang lebih teliti. Sedikit kilauan atau shimmer pada bahagian bahu pastinya membuatkan kulit anda tampak cantik berkilau. (Untuk wanita yang gemar menggayakan baju off shoulder atau baju bertali halus).
- Berus pemerah pipi (debu)
Bentuk bulunya lebih kurang sama dengan berus bedak tetapi material yang digunakan membezakan kegunaannya. Penggunaan berus pemerah pipi jenis debu sesuai jika ia diperbuat daripada fiber semula jadi. Ia memberi perincian warna dan blending yang kemas terutamaya sekitar tulang pipi.
- Berus kontur
Lapisan kontur yang wajib ada supaya wajah tampak runcing. Paling penting berus kontur ini memberi dimensi pada wajah. Jangan terkejut apabila wajah bulat pun boleh nampak cengkung dengan teknik solekan yang betul.
- Berus penyamar noda
Sebelum selesai sapuan pelbagai bedak pada wajah, samarkan dahulu noda yang ada. berus berbentuk panjang dan leper ini memudahkan anda menghilangkan cela dengan penggunaan concealer. Baik untuk sapuan bawah mata atau cela jerawat dan sebagainya, berus ini memainkan peranan penting.
- Berus blending pembayang mata
Manjakan kelopak mata dengan menggunakan berus yang gebu dan lembut. Cuba hilangkan garisan kasar lirikan pembayang mata dan cuba tone down warnanya dengan menggunakan berus pembayang mata.
- Berus penggaris mata
Berus yang digunakan untuk membuat garisan di sekeliling mata. Anda juga boleh menggunakan berus ini pada bibir.
- Berus pembayang mata bersudut
Berus ini digunakan untuk pembayang mata. Ia digunakan untuk membentuk smokey eyes. Dengan menggunakan warna pembayang mata,berus ini juga berfungsi untuk menggariskan bahagian bawah garis mata.
- Berus kening condong
Ada yang menggunakan pensel penggaris kening untuk memudahkan lukisan kening tetapi ada juga yang memilih untuk menggunakan berus kening agar dapat mengawal ketebalan garisan mata. Kedua-dua teknik ini memberi hasil yang berbeza.
- Berus bibir
Tentunya ia adalah berus yang berfungsi untuk olesan gincu pada bibir. Bulu pendek dan padat membolehkan berus ini mencecah bahagian tepi bibir.