Masa berdua-dua antara suami isteri mungkin terhad disebabkan keperluan harian yang perlu dilaksanakan. Tugas si suami mencari nafkah untuk keluarga, manakala si isteri pula sibuk menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak. Perhatian antara satu sama lain mungkin terjejas disebabkan oleh kesibukan hal-hal tersebut. Apabila si isteri terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga dan anak-anak, perhatian dan cinta yang diharapkan oleh suami juga kian berkurangan.

Lebih-lebih lagi isteri menganggap anak-anak yang masih kecil perlu lebih perhatiannya sedangkan suami juga rindukan perhatian isteri. Jangan biarkan perkara ini terus terjadi kerana ia boleh memudarkan rasa cinta suami isteri. Walau sesibuk mana pun anda, pastikan anda menyemai rasa cinta agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia. Inginkah anda menikmati kembali cinta dan perhatian daripada si isteri?

Jom rebut kembali cinta isteri anda dengan tip-tip berikut:

1. RANCANG MASA BERDUA BERSAMANYA

Curi Perhatian & Senangkan Hati Isteri Dengan 5 Cara Ini, Pasti Isteri Rasa Lebih Dihargai!

Pilih tarikh istimewa misalnya tarikh perkahwinan atau tarikh mula berkenalan dengannya. Jika sama-sama bekerja, ambil cuti. Untukkan sehari suntuk masa untuk anda berdua. Jika anak-anak sedang bersekolah, uruskan agar ada yang menjemput mereka pulang. Dari pagi hingga petang atau malam, adalah masa anda berdating dengan isteri, tanpa sesiapa bersama.

IKLAN

Bila sudah berdua, pergi bersarapan di tempat yang kalian suka, pergi menonton wayang bersama (jika sukakan filem) dan beralah untuk menonton filem yang dia suka (walaupun anda tak berasa nak suka). Ingat, tujuan date berdua untuk menyemarakkan cinta, bukan untuk cari gaduh.

Jika sama-sama sukakan hasil kesenian, pergi tengok pameran kesenian. Jadikan dua atau tiga tarikh tertentu dalam setahun sebagai masa yang ditunggu-tunggu oleh pasangan pada setiap tahun kerana anda mencipta momen berdua-duaan dengannya pada tarikh tertentu.

2. IKHLASKAN CINTA TERHADAP ISTERI

Ketika isteri tidur, renung wajahnya yang lelah kepenatan seharian menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Kenang kembali betapa cintanya anda terhadap isteri ketika mengahwininya dulu. Ingat saat manis bersamanya dulu. Fikirkan pengorbanannya untuk bersama dengan anda. Ikhlaskan cinta anda padanya. Ingat mengapa anda memilih dia sebagai isteri dahulu dan fikirkan betapa dia bertahan dengan kerenah anda selama ini. Cintai insan yang anda pilih ini dan bahagiakan dia.

IKLAN

3. UCAPKANLAH CINTA BUAT ISTERI

Curi Perhatian & Senangkan Hati Isteri Dengan 5 Cara Ini, Pasti Isteri Rasa Lebih Dihargai!

Bila kali terakhir anda ucapkan perasaan cinta anda pada isteri? Sebelum kahwin? Masa baharu kahwin? Beberapa tahun yang lalu?Jika esok tiada lagi dalam hidup anda, salah satu kekesalan yang timbul adalah kerana anda tidak ucapkan betapa anda sayangkan ahli keluarga anda, salah satunya adalah isteri anda. Anda masih bernyawa? Bagus! Ambil peluang yang mungkin yang terakhir ini untuk ucapkan cinta dan kasih sayang anda kepada isteri anda.

IKLAN

4. UCAPKAN TAHNIAH KEPADANYA ATAS KEJAYAAN ANAK-ANAK

Anak anda berjaya? Jangan hanya ucapkan tahniah kepada anak anda sahaja. Ucapkan tahniah kepada isteri anda kerana usahanya mendidik anak-anak lah yang menjadi salah satu sebab membuatkan anak anda berjaya. Jika anda raikan anak anda atas kejayaannya, raikan sama isteri anda.

Dia akan rasa yang usaha dan prihatinnya terhadap kemajuan dan kejayaan anak-anak dihargai oleh insan yang paling dia sayang. Mudah sahaja tip-tip untuk merebut kembali cinta isteri ini. Buat dengan bersungguh-sungguh dan ingatlah bahawa;

5. BERIKAN BUNGA ATAU HADIAH

Curi Perhatian & Senangkan Hati Isteri Dengan 5 Cara Ini, Pasti Isteri Rasa Lebih Dihargai!

Jangan buat selalu kerana hadiah yang sering atau mudah didapati, kurang manisnya. Rancang, setahun satu atau dua kali belikan bunga atau hadiah comel untuknya. Tetapi sebelum beli, pastikan yang dia bukan seorang yang benci terhadap bunga. Atau jika mahu belikan sesuatu untuknya, pastikan dulu minatnya. Jika minatnya novel, belikan novel untuknya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI