Dah Bosan Makan Nasi? Jom Cuba Resipi Bakso Indonesia Ini Untuk Berbuka Puasa

Share

Makan nasi setiap hari pun bosan juga. Apa kata hari ini kita cuba masak bakso. Sedap juga kalau dapat makan bakso panas-panas kan?

Kuah amat penting dalam menghasilkan bakso yang sedap dan enak. Jom kita cuba resipi kuah bakso Indonesia yang telah dikongsi oleh Ekynn Aziz.

*****

Bakso Indonesia request by my mom. Resepi ni original dari orang indo ye. Saya guna bebola daging segera je. Kalau nak sedap boleh guna bebola daging jenama mohd armiya@ramly lebih sedap dan terasa dagingnya.

Ni saya kongsi kan resepi kuah bakso indonesia.

KUAH BAKSO INDONESIA
(10 org makan)

Bahan-bahan:

  • Tulang daging RM10
  • Bebola daging
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 2 batang serai dititik (taknak letak pn takpe)
  • 1 helai daun pandan(taknak letak pn takpe)
  • 1 1/2 kiub pati daging
  • Perasa ajinomoto (boleh ganti maggi cukup rasa)
  • Garam secukup rasa
  • *2 biji bawang
  • *6 ulas bawang putih
  • *3@4 biji buah keras
  • *1 inci halia
  • *1 inci kunyit hidup
  • *1 sb serbuk lada sulah

(Blend@tumbuk bahan bertanda *)

Serai dan pandan tu bahan additional sahaja. Kalau taknak letak pun takpe.

Cara-caranya:

  1. Rebus tulang daging selama 30minit. Lagi lama lagi sedap.
  2. Dalam kuali lain boleh tumis bawang hiris. Kemudian masuk kan bahan blend@tumbuk, pandan dan serai titik.
  3. Dah naik bau boleh tuang bahan tumis dalam periuk rebusan tulang tadi. Dan masukkan bebola daging.
  4. Perasakan dengan garam dan ajinomoto@maggi cukup rasa.
  5. Rebus sampai bebola daging timbul. Timbul tu maknanya kuah dah masak ye. Dah siap!

Resipi Cili Kicap

Bahan-bahan:

  • *Segenggam cili padi hijau
  • *6 ulas bawang putih
  • 1 sb cuka
  • 1 sb kuah bakso
  • 4 sb kicap manis
  • Secukup rasa
  • Garam

Cara-cara:

  1. Rebus bahan bertanda *. Dah lembut boleh blend@tumbuk.
  2. Kemudian masuk kan bahan2 lain sesedap rasa. Gaul sebati. Dah siap.

Boleh makan dgn bihun, mee, kuey teaw.

Selamat mencuba!

Sumber: Ekynn Aziz via grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN)

IKLAN