Semua orang memiliki dugaan dan ujian masing-masing, kan? Zaman sekarang ni, rata-rata suami dan isteri bekerja. Jadi, sedikit sebanyak tanggungjawab dan masa tak dapat diberikan dengan sepenuhnya di rumah. Ada ketikanya, akan berlaku perbalahan yang akhirnya membawa kepada perceraian.
Kadangkala, si suami cakap isteri abaikan dia. Tak buat kerja rumah, balik dari kerja lambat, dan sebagainya lagi. Dah tahu isteri tu bekerja, apalah salahnya bantu membantu. Betul tak? Sebagai suami, kena ada sifat tolak ansur jugak. Jangan hanya tahu menyalahkan saja. Kami share pendapat Azliana ini berkenaan isu penceraian seorang peguam syarie. Jom baca.
Alasan yang tidak munasabah
Pagi ini salah satu berita utama ialah kes seorang peguam syarie mempunyai masalah rumahtangga dengan isterinya. Beliau telah memfailkan tuntutan kembali taat. Semasa prosiding, seperti yang dilaporkan oleh wartawan:
“Bukan sahaja baju dan seluar plaintif tidak diuruskan defendan, malah pakaian anak- anak dibiarkan berlonggok tanpa dilipat. Defendan juga tidak mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan dan dibiarkan di dalam sinki,” katanya.
Isu-isu seperti ini ditimbulkan. Sebenarnya sepanjang menjadi pengamal undang-undang, saya nampak banyak lagi alasan-alasan yang tidak munasabah, isu kecil dibesarkan yang dikemukakan oleh pihak suami atau isteri.
Ads
Dalam kes ini, Isteri beliau juga bekerja. Maknanya turut menyumbang kepada pendapatan keluarga. Isteri yang bekerja sudah tentu penat. Balik dari pejabat, di rumah kena lagi bekerja iaitu membasuh baju, mengosok baju, memasak, membasuh pinggan, menjaga anak dan menjaga suami yang memerlukan perhatian lebih dari anak.
Perkahwinan satu perkongsian
Jadi bilakah masa isteri yang bekerja boleh rehat? Adakah membasuh baju mengosok baju memasak membasuh pinggan, vacuum rumah, menyapu, menukar lampin bayi, memandikan bayi dll hanya tugas seorang isteri? Dimanakah suami? Bekerja? Tapi isteri juga turut bekerja.
Perkahwinan adalah satu perkongsian untuk memperoleh Sakinah iaitu ketenangan, mawaddah iaitu kasih sayang dan warrahmah iaitu mesti ada belas ihsan. Jadi dalam perkahwinan harus ada persefahaman antara suami isteri terutama kepada isteri yang bekerja dan tidak mempunyai pembantu di rumah. Suami lah harus bantu isteri di rumah.
Ads
Konsep saling-membantu
Kebanyakan masyarakat merasakan kerja rumah adalah tugas isteri. Rasulullah SAW juga kerap membantu isteri-isteri baginda didapur, pernah menjahit sendiri pakaian baginda yang koyak. Inilah contoh terbaik.
Jika isteri memasak, suami boleh membantu membasuh pinggan kotor. Jika isteri membasuh baju, suami boleh membantu mengosok baju. Jika isteri penat berjaga malam menjaga anak, suami boleh bangun pagi, siapkan anak-anak dan buat breakfast. Inilah konsep saling bantu membantu yang suami isteri perlu faham dan hadam.
Bantu isteri dalam kerja rumah
Tiada salahnya suami membantu meringankan kerja rumah, seperti mana isteri yang bekerja meringankan tanggungjawab suami mencari nafkah untuk keluarga. Malah itu bukan sahaja dapat membantu isteri, malah akan dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Isteri pun ada masa untuk mencantikkan diri untuk suami.
Kalau sibuk kerja di pejabat, sibuk di rumah, bila masa nak cantik jadi supermodel? Lepas tu guna alasan isteri dah tak macam dulu, tak cantik dan mula pasang niat nak cari yang lain. Kalau kahwin lagi satu pun sama je. Tak bantu isteri kedua, nanti isteri kedua pun jadi macam isteri pertama. Isu nya ialah bukan cari lain, bantu isteri dalam kerja rumah, confirm 24-7 isteri cantik sentiasa untuk suami.
Ads
Punca utama penceraian bukan kerana orang ketiga…
Masalah rumahtangga melanda semua orang tidak kira miskin kaya tua muda, doktor, kerani, pilot, guru dan lain-lain. Peguam pun ada mempunyai masalah. Ini adalah salah satu dugaan dan ujian. Sebab itu dalam perkahwinan kena sentiasa bertolak ansur. Tapi jangan sampai menindas pasangan kita dari segi emosi dan fizikal.
Punca utama perceraian bukan kerana orang ketiga, punca adalah sebab di atas iaitu tiada konsep bertolak ansur dan saling bantu-membantu. Dari situ baru muncul pihak ketiga.
Perkara ini bergantung kepada ibu bapa dalam mendidik anak lelaki mahupun perempuan. Sudah sedia maklum mak kita dulu jarang menyuruh anak lelaki dan ayah kita membuat kerja rumah, bagi mereka itu urusan perempuan dan termaktub dari atok dan nenek kita dahulu bahawa memasak, mencuci, mengemas, menjaga anak, merapi dan sebagainya semua kerja wanita.
Jadi didikan atau parenting yg baik oleh ibu bapa zaman sekarang perlu evolve, mendidik anak lelaki untuk melakukan kerja ini dari kecil, bukan bertujuan untuk lepas tangan, tetapi dalam masa yg sama meningkatkan kesedaran mereka akan bebanan ini untuk bakal isteri mereka di masa hadapan.
Dgn ini spesis macam di atas tak kan wujud lagi. Bila adat melebihi ajaran agama Islam begini la jadinya. Isteri buat semua kerja itu “Hadis Melayu”, bukan suruhan agama.
Membawa pasangan untuk menikmati makanan yang disukainya boleh menambat rasa kasih sayang anda padanya. Ini menunjukkan betapa anda ambil berat akan kesukaannya. Bila tahu pasangan anda menyukai sesuatu makanan cuba buat kejutan sesekali padanya mungkin di hari lahirnya nanti.
Jika sidia peminat tegar nasi daun pisang dan mahu menikmatinya pada dalam suasana yang serba selesa, bawa sidia menikmatinya di restoran Chennai@Pacific yang terletak di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Restoran ini menawarkan rasa masakan tradisional India Selatan yang lazat yang disediakan oleh Executive Chef Steven G bersama team. Terdapat beberapa hidangan unik yang turut ditawarkan di sini.
Chennai@Pacific menawarkan hidangan daun pisang bersama empat pilihan kuah iaitu ikan, ayam, dhalca dan kari sayur. Hidangan ini dilengkapi dengan kobis goreng, kacang panjang, timun dan lobak merah.
Set hidangan terdiri daripada nasi kukus bersama rasam, tairu, poppadum dan jeruk limau. Pengunjung boleh memilih hidangan sampingan mengikut kesukaan mereka seperti ayam lada atau ayam varuvel, kambing pratel atau kambing varuvel, kari kepala ikan atau ikan tenggiri goreng, udang masala atau sambal sotong dan seleksi tambahan seperti tauhu sambal.
Pengunjung juga boleh memesan hidangan pencuci mulut seperti ‘payasam’, puding nasi resipi khas dari India. Boleh juga mencuba ‘laddu’ makanan India yang manis yang sukar anda tolak. Ia campuran tepung, gula dan shortening dan berbentuk bulat seperti bola pingpong. ‘Julab jamun’ juga sangat unik kerana makanan pencuci mulut yang klasik di kalangan masyarakat India.
Andai mahu ke sini, Chennai@Pacific dibuka dari jam 11 pagi hingga 2.30 petang dan anda boleh membuat tempahan dengan menghubungi +603-40424341/4352.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti yang kini berstatus wakil rakyat, Datuk Dira Abu Zahar mencuri perhatian apabila memuat naik video bersama suaminya, Syfik Izdzywan Sidek di TikTok.
Suami Datuk Dira Abu Zahar Lupa Tarikh Kahwin
@diraabuzahar Sempena. Jadi bila tarikh yg betulnya? 😆 . Takpe. Yg penting u sabar dgn i. Dah type panjang2 ayat sweet2. Tapi ada org kata, jgn bgtau semua yg baik ttg suami kita, nnt ada yg lain nak try suami kita. ..jadi. Saya share di sini yg dia x ingat pun tarikh nikah kami. 😖. Jadi ko paham2 lah dek… . Terima kasih byk2 en suami. Kalau u x ingat apa2 pun, saya tetap sayang sampai bila bila. . Tak ingat tarikh nikah xpe, jgn x ingat ada bini je. . Ok bye. #anniversary♬ original sound – YB DIRA ABU ZAHAR
Menerusi hantaran tersebut, Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar yang berlari anak dari dalam rumah bertanyakan kepada suaminya bilakah tarikh pernikahan mereka.
Apa yang menghiburkan ialah, suami kepada pelakon filem ‘Longkai’ ini pada awalnya kelihatan teragak-agak untuk menjawab soalan tersebut sebelum memberikan jawapan 23 Jun sebagai tarikh pernikahan mereka.
Terkejut mendengar jawapan tersebut, Dira lantas menepuk suaminya itu berkali-kali kerana memberikan jawapan yang salah.
“You nikah dengan siapa 23 Jun tu? Sumpah lah tak ingat? You serius lah?”
Hantaran tersebut menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat mesra suami isteri itu.
Sekadar info, Dira selamat mendirikan rumah tangga dengan Syfik yang merupakan ahli perniagaan pada 20 Jun 2020 lalu.
Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan kali ketiga buat Dira di mana dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Bau, Tengku Shafriz-Rullah atau Ash pada tahun 2007.
Terima seadanya, Shila Amzah tak kisah pun pendapatan bakal suaminya, Ubai rendah berbanding yang dia dapat. Nampak keikhlasan pemilik nama penuh Nurshahila Amir Hamzah, 33, dia menerima tunangannya dalam hidupnya seadanya.
Kalau nak ikutkan realiti kehidupan hari ini, ramai yang bermasalah dalam rumahtangga apabila melibatkan perkataan DUIT.
Shila Amzah Tak Kisah Soal Pendapatan Tinggi Dari Ubai, Terima Seadanya
Namun berbeza pandangan Shila Amzah, tidak pernah memberikan tekanan kepada bakal suaminya yang juga pempengaruh media sosial itu untuk mendapatkan pendapatan yang setanding dengannya ketika ini.
Perbuatan mernormalisasikan perkahwinan tanpa perancangan kewangan yang baik adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab.
Ketidakstabilan kewangan bukanlah menjadi satu kesalahan sehingga pasangan tersebut harus dihukum untuk tidak berkahwin namun nikmatilah perkahwinan secara bersederhana mengikut kemampuan sesebuah pasangan. Kata orang, ukur baju di badan sendiri!
Berbahas soal ini, penyanyi, Shila Amzah meluahkan bahawa dia tidak pernah melihat ketidakseimbangan pendapatan bulanan antara dia dan tunang, Ubai MZ sebagai satu masalah besar dalam perhubungan.
“Sejujurnya Ubai memang agak tertekan mengenai hal tersebut tetapi saya cakap supaya dia usaha dan doa. Kasihan dia baru berusia 25 tahun tetapi perlu pecut untuk sama kedudukan.
“Kalau dia mahu capai sama seperti saya seperti sekarang, memang tidak mungkin. Cukup dia dapat selesaikan urusan nafkah dan semua yang patut termasuk insurans.
“Saya ada cakap buat sehabis daya. Buat masa sekarang, saya rasa sudah mencukupi dengan rezeki yang Allah SWT berikan,” ujarnya.
Sementara itu, bercakap soal persediaan bergelar isteri kali kedua penyanyi Memori Tercipta itu, dia mengakui perasaan takut itu tetap terutama selepas kegagalan rumah tangganya dahulu.
“Perasaan takut itu normal dan seperti yang pernah bercerai macam saya, perlukan banyak pertimbangan. Namun paling penting, berhenti mensabotaj diri dan izinkan diri untuk bahagia.
“Kita tidak akan tahu semua yang bakal terjadi di masa depan. Kebimbangan juga tidak akan menjadikan hidup lebih baik. Berdamailah dengan keadaan, tiada apa di dunia ini kekal untuk selamanya,”
Sebagai rekod, Shila pernah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!