Kredit: Tangkap Pictures

Apabila kita berkahwin segala hal dan tanggungjawab perlu digalas sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kalau dulu kita ‘single’ hidup bersama keluarga, pakai makan dijaga rapi oleh ibu bapa.

Tapi selepas bernikah kita harus meninggalkan keluarga yang disayangi dan segala tanggungjawab di serahkan pula kepada suami. Oleh itu, wajarkah suami kalau tidak berlaku baik terhadap isterinya?

Pengorbanan Isteri

Begitu juga apabila seorang isteri yang perutnya akan ‘mengah’ selama 9 bulan sewaktu mengandung malah sakitnya ketika melahirkan. Oleh itu, para suami dan lelaki yang baik. Janganlah berlaku tidak baik dan mengkhianati isteri yang begitu mengagungkanmu.

IKLAN

Isu Sensitif

Lelaki dan wanita sama- sama boleh jadi ‘sensitif’, namun punyai arah yang berbeza. Lelaki sangat sensitif dalam melihat suatu hal atau masalah. Apabila ada hal yang tidak selesai, lelaki akan mudah jadi marah. Manakala wanita sangat sensitif pada perkataan, apabila dia mendengar kata-kata yang tidak sedap didengar, secara automatik masuk ke dalam hati dan terus mengundang perasaan sedih. Jadi, sebagai seorang lelaki, kurangkan kekasaranmu, selalulah berkata manis kepada isterimu, manjakan dia, dan buat si dia senang.

IKLAN

Jangan Membanding

Jangan pernah membandingkan isterimu dengan wanita lain. Fizikal setiap wanita memang berbeza- beza, mungkin di luar sana banyak wanita yang lebih cantik dan menarik, namun yang boleh setia belum tentu ada.Hargailah isterimu yang setia mendampingi dan mengabdikan dirinya kepadamu.

IKLAN

Fahami Antara Satu Sama Lain

Wanita zaman sekarang ramai yang berkarier sama seperti lelaki, mereka juga penat bekerja seharian di luar sana. Lebih-lebih lagi setiap bulan wanita akan mengalami siksanya ‘datang bulan’ selama beberapa hari dan ketika itu fahamilah, jadi wanita itu lebih memenatkan. Sepulangnya dari kerja, wanita juga masih perlu mengurus rumah tangga, anak dan melayani suaminya. Jadilah suami yang sentiasa membantu isteri. Terapkan sifat ringan tulang dalam berbagai aspek kehidupan, samada sewaktu bekerja, berada di rumah mahupun ketika menjaga anak.

Sayangilah isteri, apabila anda bertemu pasangan hidup yang lebih mencintaimu daripada dirinya sendiri, sudah tentu hidupmu akan lebih bahagia. Peluk dan kucuplah dia setiap pagi, berterima kasihlah kepadanya ketika dia membantumu menguruskan segala urusan rumah tangga dan anak, hiburkan tatkala dia dalam kesedihan dan lindunginya dari perkara yang tidak baik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI