Apabila seorang perempuan dia menikah. Maka cerminan kepada perempuan itu adalah suami dia. Kerana suami adalah pemimpin dan isteri adalah orang yang di pimpin. Kalau isteri baik belum tentu suami baik. Sebab itu kalau isteri masuk Syurga belum tentu suami juga akan masuk Syurga.
Dalam memilih pasangan hidup ini kaum perempuan kena lebih ‘memilih’. Bukan saya nak kata lelaki tak boleh memilih tapi hidup di akhir zaman ini kaum perempuan lebih berhak untuk memilih. Sebab dia sedang memilih pemimpin untuk kehidupan dia selepas dah hidup berdua nanti.
Syurga seorang isteri itu terletak pada suaminya. Dan redha Allah pada isteri adalah bergantung kepada redha suami pada isterinya. Perempuan itu ibarat madrasah. Jika baik madrasah yang di bina maka baiklah yang lainnya. Suami adalah pemimpin kepada madrasah itu.
Perempuan itu untuk di bimbing dan di didik dengan keimanan. Tapi kalau yang mendidik itu lahir dari yang kayu bengkok mana mungkin yang di didik itu akan lurus. Bukan lelaki tak boleh memilih. Tapi kerana kaum perempuan itu lebih berhak untuk di lindungi.
IKLAN
Cukuplah akhir zaman ini ramai kaum perempuan tak di hargai oleh suami. Nafkah anak-anak tak di beri seolah-olah lepas bercerai lepas segala tanggungjawab. Belum sempat melahirkan anak tapi sudah di ceraikan. Sekalipun agama membenarkannya.
Begitukah cara seorang lelaki menjaga amanah dari Allah untuk dia?
IKLAN
Kepada perempuan di luar sana jangan memilih pasangan hidup semudah kalian nak membeli kangkung di pasar pagi. Agama telah tunjuk contoh lelaki yang baik untuk di jadikan suami. Jika lelaki yang di pilih baik agamanya itu tak baik. Bukan salah pada agama tapi penunggang agama itu yang salah.
IKLAN
Kalau kalian dah jumpa lelaki yang kalian yakin baik agamanya. Boleh jaga kalian dan anak-anak kalian kelak nanti. Hargai lah dia seperti mana dia menghargai kalian. Dan sentiasalah memohon petunjuk dari Allah.
Allah lebih Maha Mengetahui apa yang baik buat kita dan apa yang tak baik buat kita.
Cium dahi selepas akad nikah di masjid atau dikhalayak ramai..Macam satu dari agenda akad nikah.
Boleh atau tidak?
Pertama sekali kita rujuk ialah sunnah nabi, nabi tak pernah buat begini. Nabi pernah cium pipi isteri ketika dalam rumah dan terlihat oleh sahabat, itu cerita dalam rumah. Cerita bercium lepas akad ni ada pengaruh kristian. Pengaruh ini ditiru oleh artis maka mereka yang bersunnahkan artis ,terus menirunya macam banyak hal lain lagi seperti bersanding, tunjuk anak dalam perut, tunjuk perut boroi mengandung dll.
Jika sekedar bersalam ,tunduk mencium tangan itu,biasalah. Jika akad dalam masjid, lagilah kena dijaga adab dalam masjid. Tentulah bercium itu tidak sesuai walaupun halal kerana dikhalayak dan dirumah Allah. Jangan kerana ianya halal, suatu hari nanti orang buat lebih banyak perkara halal suami isteri dirumah Allah. Dalam hubungan suami isteti ada perkara kena disembunyikan dari khalayak. Setakat berpegang tangan, bersalaman itu cukuplah, yang lain tak payah nak tunjuk kat orang.
Ada juga yang kata tok imam tak larang pun. Ada imam yang berfikir tak mahu rosakkan majlis orang, tak mahu jatuhkan maruah orang nak tegur dikhalayak ramai. Tapi dia membenci dalam hati. Nak kahwin,kahwinlah,tak payah nak menunjuk,nak berlebih dari apa yang nabi buat. Kerana berbuat dosa semasa akad, bimbang keberkatan perkahwinan pun hilang. Seronok tak menentu hingga kerobek dalam perut isteri tunjuk seluruh dunia, kerja Allah yang sedang membentuk anaknya dalam perut adalah ibarat memdedah rahsia Allah yang disembunyi dalam perut dan belum dilahirkan. Apa kata kalau Allah tidak sempurnakan anak itu kerana ibubapanya keterlaluan seronok, kerana Allah Maha Kuasa Menentu apa saja. Biarlah Allah melaksanakan anugerahnya tanpa dijaja. Sepatutnya gambaran dalam petut hanya untuk alasan perubatan.
Gambar sekadar hiasan
Seperkara lagi, jika akad di masjid,pengantin mesti berpakaian yang sesuai dengan masjid, bukan pakaian pengantin yang macam duyung, lepas tu solat berimam pula dengan pakaian itu. Menampakkan susuk tubuh itu juga aurat walau tertutup, sebab itu orang guna telekung untuk menghilang susuk tubuh di masjid. Bahkan sepatutnya diluar masjid pun sedemikian. Lepas akad nikah, bawa juruphoto pi ambik gambar dalam hutan, dalam bendang,dalam kebun,pamer seluruh dunia, peluk sana sini berbagai gaya,buat muka manja,untuk apa? Nak tunjuk pada dunia, pada kawan,fikir banyak kali, adakah boleh isteri ditunjuk sedemikian rupa. Ini bukan budaya Islam, ini budaya orang lain yang bercanggah dengan Islam.
Perkara pergaulan suami isteri diluar rumah dan dikhalayak patut dibataskan dengan rasa malu, jangan seronok tak menentu, nak tayang bini puteh gebu. Naik motor berpeluk tu ok, kerana takut jatuh, tapi ambik gambar dok peluk sana sini dan tunjuk seluruh dunia tu buat dosa saja. Lebih teruk gambar bini yang kelabu hitam, orang kg saya kata sam-sam diedit bagi puteh pang, putih seputihnya, itu sudah tertakluk kepada riak dan menunjuk. Isteri dan apa yang ada padanya adalah rahsia utk suami, suami yang mengizin ditayang beroleh dosa dan bersifat dayus. Menayang kecantikan rupa tubuh badan tidak termasuk dalam amalan iman. Ingatlah,perkahwinan adalah gerbang hidup, jika ia dicemar dengan dosa, seluruh hidup terheret sama. Berkahwin memang seronok, jagalah batas agama.
– ABD GHANI HARON
Hukum Cium Dahi Isteri Di Depan Khalayak Ramai Selepas Akad
Secara umumnya, mencium isteri di depan umum termasuk dalam kategori khawarim al-muru’ah (perkara yang boleh merosakkan maruah dan kemuliaan akhlak seseorang). Imam al-Nawawi menyatakan di antara khawarimul muru’ah tersebut adalah:
“Mencium isteri dan hamba di depan orang atau meletakkan tangannya di bahagian tubuh isteri/hamba yang biasanya merupakan tempat berseronok-seronok, seperti pada dadanya atau seumpamanya…
Namun, perbuatan itu tidaklah termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan. Sungguhpun demikian, mencium kepala isteri termasuklah dahinya tidak termasuk dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan maruah seseorang. Hal ini disebutkan oleh Al-Khatib al-Syirbini;
وأما تقبيل الرأس ونحوه فلا يخل بالمروءة-مغني المحتاج 575/4
“Adapun mencium kepala dan seumpamanya, maka tidaklah mencacatkan maruah.”
Justeru itu, mencium dahi isteri selepas akad nikah tidaklah haram sekiranya ia dilakukan bukan di masjid. Malah ianya juga tidak termasuk dalam ketegori perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Namun, sekiranya ia dilakukan di dalam masjid, terdapat dua perincian berkaitannya;
1) Ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa haram bagi pasangan suami isteri mencium pasangannya ketika beriktikaf di dalam masjid JIKA dengan syahwat.
2) Sekiranya pasangan suami isteri mencium pasangannya ketika beriktikaf di dalam masjid sebagai tanda kemesraan dan penghormatan tanpa syahwat, maka hukumnya adalah harus (Hasyiatain 77/2, al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 131/13).
Hidup berumah tangga adalah satu hal yang sangat memerlukan setiap individu memainkan peranan dan tanggungjawab dengan baik. Suami perlu faham tanggungjawab isteri, begitu juga dengan isteri yang harus fahami suami.
Sikap seseorang menjadi faktor utama kepada kebahagiaan rumah tangga. Baru lah rasa cinta itu terjalin setiap hari. Ini adalah 5 sikap suami yang pasti membuatkan isteri tersenyum sepanjang masa.
1. Tidak kedekut
Seorang isteri perlu lah fahami suami. Jangan meminta-minta jika si suami tidak mampu. Cukuplah sekadar keperluan dan sedikit perhiasan diri sahaja.
2. Suka memuji
Isteri pasti akan merasa seronok lebih-lebih lagi apabila suami memuji masakkan isterinya. Tentu gembira sekali hati isteri. Kalau kurang tegurlah dengan cara yang baik agar tidak melukakan hati isteri.
3. Selalu hantar mesej di telefon
Hati isteri mana yang tidak suka apabila suaminya sering menghantar kata-kata manis menerusi telefon buat isterinya. Itu dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
4. Jadi pendengar yang baik
Bila balik dari kerja suami janganlah buat hal sendiri. Layan isteri anda dengan baik dan bertanya padanya bagaimana keadaannya di tempat kerja hari ini. Biar dia luah kepada anda. Dengan cara itu isteri akan merasa suami sangat menghargainya.
5. Gentlemen di tempat awam
Cuba sesekali suami layan isteri seperti seorang puteri. Contohnya, bantu isteri duduk di restoran, buka kan pintu kereta, dan sebagainya. Pegang tangan isteri ketika berjalan sama di pasar raya.
Ahmad Zakwan & Nur Sabrina Percaya Cinta Pandang Pertama
Siapa sangka pertama kali melihat Sabrina, Zakwan terus suka dan jatuh cinta. Semuanya bermula sewaktu Zakwan interview Sabrina. Ini baru lah dikatakan cinta pandang pertama!
Detik Perkenalan Perkenalan
Kami bermula dari sesi interview. Zakwan ialah interviewer saya. Dari situlah bermulanya putik cinta kami. Boleh dikatakan cinta pandang pertama dan perasaan kami mutual dari mula kami berkenalan hingga kini Tidak mengambil masa yang lama, selepas bertunang pada bulan Oktober tahun lepas, selepas persetujuan daripada kedua belah keluarga, pada Mac tahun ini kami bersetuju untuk bernikah.
Keistimewaan Pasangan
Bagi saya, Zakwan seorang yang bertanggungjawab, komited dengan kerja dan hubungan kami. Dia juga sentiasa memberikan komitmen dan bekerja keras dengan setiap kerja yang dilakukan. Itu yang membuatkan saya jatuh cinta. Bagi Zakwan pula, Sabrina seorang wanita yang sangat istimewa kerana dia boleh tahan dan sabar dengan perangai dan komitmen yang saya tanggung. Seorang yang ringkas tapi sangat bermakna buat saya.
Detik Lamaran
Lamaran yang dibuat oleh suami saya sangat kelakar. Saya dilamar selepas 3 minggu kami berjumpa. Momennya ialah saya menyuruh dia untuk berhenti vape dan jawapan spontan, Zakwan kata dia akan berhenti selepas kahwin. Dengan niat bergurau saya kata “oklah kalau macam tu kita kahwin minggu depan”. Zakwan diam seketika dan dengan serius dia membalas “how about end of this year”. Perasaan saya bercampur ketika itu. Tidak sangka dengan niat bergurau, dia serius untuk melamar saya. Saya menerima dengan hati terbuka.
Destinasi bulan madu
Walaupun kami belum berbulan madu kerana beberapa faktor, tetapi lokasi pilihan kami salah satunya ialah Bandung. Kami memilih Bandung kerana ia mempunyai pelbagai kawasan yang menarik dan cantik. Kedudukan tanah tingginya juga mampu memberikan suasana nyaman dan sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu.