
Selain penjagaan wajah, penjagaan kuku juga sangat penting dan perlu menjaga kebersihannya. Kebiasaanya wanita amat mementingkan penjagaan kuku mereka.
Kuku yang bersih akan membuatkan anda merasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Tak perlu pergi ke kedai lagi, anda kini boleh melakukannya sendiri. Jom kita lihat!
#1 Lidah buaya/aloe vera
Caranya bersihkan lidah buaya dan ratakan pada kuku. Lakukan secara harian kerana ia dapat membersihkan kuku selain dapat mengilatkan.
#2 Bawang putih
Kupas kulitnya terlebih dahulu, tumbuk sehingga lumat dan gosokkannya pada kuku. Kemudian cuci sehingga bersih dan kuku akan lebih berkilat.
#3 Limau nipis
Mudah sahaja caranya anda perlu mengosokkannya pada kuku selama beberapa minit dan cuci sehingga bersih. Kuku anda akan nampak kilat dan menawan.
#4 Belimbing buluh
Caranya juga sama seperti limau nipis, anda hanya perlu mengosok belimbing buluh kepada kuku dan biarkan selama beberapa minit.
#5 Ubat gigi
Oleskan ubat gigi pada bahagian kuku anda kemudian berus dengan lembut. Biarkan selama beberapa minit dan bilas. Hasilnya sangat memukau.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI