Dapi Popia Nestum Kita Cuba Popia Coklat Hanya Dengan Menggunakan 3 Bahan Ini Sahaja

Share

Biasa kita pernah dengar popia nestum je kan? Tapi kali ni jom cuba resepi lain pula iaitu popia coklat! Kalau bab coklat ni memang confirm sedap! Kudapan ketika menonton tv, memang habis sebalang dalam sekelip mata je! Cara membuatnya pun sangat mudah dan hanya mengunakan 3 bahan. Jom cuba buat popia coklat ini menggunakan resepi perkongsian oleh Nurhazlinda Hamisan.

 

Popia Coklat, Guna 3 Bahan Je!

Bahan-bahan:

Kulit popia
Coklat coin milk beryls
Badam hancur

Cara-cara:

Gulungkan kulit popia sekeping-sekeping.

Bila dah gulung, guntingkan secara serong.

Kemudian goreng sehingga garing, angkat dan toskan.

Cairkan coklat coin milk berlys, bila dah cair tuangkan ke dalam popia yang digoreng tadi. Gaul sehingga popia dan coklat sebati.

Letakkan ke dalam bekas, taburkan badam hancur. Sejukkan dulu, baru tutup bekas. Lagi rangup kalau badam hancur dibakar dahulu.

IKLAN