Tak sangka betul, dari apartment jadi ala kondo yang sangat cantik! Puas hati kalau dapat hasil macam ini, keluar bajet lebih pun tak apa bila tengok sebelum dan selepas.
Lihatlah perubahan dekorasi yang dibuat oleh Faizz Fauzi dan Muhammad Arif Arif. Kedua individu ini lah yang bertanggung jawab mengubah suai kediaman itu.
Dari Apartment Jadi Ala Kondo
Menurut Faizz, tuan rumah melakukan ubah suai secara keseluruhan selepas membeli rumah yang terletak di Subang Bestar ini. Sebelum itu kediaman tiga bilik ini dijadikan rumah sewa dari pemilik terdahulu.
Tapi nak dapat rumah yang cantik kenalah ada modal dan jumlahnya boleh tahan juga. Sebelum tahu pecahan kosnya, kita layan dulu gambar kediaman ini.
Bahagian dapur
Ini pula biliknya.
Ads
Bilik Kedua
Ads
Bilik Ketiga
Ads
Tengok Tandasnya
Ini Modalnya
Cantik sungguh kan! Menurut Faizz dia mengambil masa dua bulan untuk menyiapkan kediaman ini dan ini pecahan kosnya untuk korang yang nak tahu.
Cermin sebagai elemen dekorasi yang mampu memberi karakter pada sesebuah ruang agar tampil lebih menarik selain dapat memberikan ilusi ruang yang luas. Ia juga merupakan salah satu idea feature wall yang paling mudah untuk diterapkan. Tetapi satu masalah yang bakal mengganggu proses menampal cermin adalah keadaan dinding yang tidak rata.
Seperti perkongsian saudari Affan Ali di laman facebook, yang pada mulanya menghadapi kesukaran untuk tampal cermin pada dinding kediamannya yang tidak rata.Tetapi hasil dari idea bernas yang disokong oleh suaminya, Puan Affan telah berjaya mendapat solusi yang kemudiannya telah dikongsi bersama.
Mari kita lihat bagaimana mahu menyelesaikan masalah tampal cermin ini. Semoga bermanfaat buat pasangan yang berpindah rumah baru nanti dan semua mendapat inspirasi dari perkongsian ini.
“Sekadar pengkongsian. Jika nak tampal cermin mesti ada masalah dinding tak rata bukan? nah saya ada tips untuk dapat hasil yang cantik & kemas. Saya sendiri pun try and error juga. Pada mulanya tampal begitu sahaja pada dinding. Frust tak cantik, senget benget. Yang paling sedih, cermin tu sempat juga lah 2 keping jatuh dan pecah.
Berkecai.. lastly tiba-tiba dapat idea nak buka semula semua cermin yang sudah ditampal kemudian nak tampal di atas plywood dulu. Ingatkan idea saya tu tak logik, bagitahu suami. dan dia cakap cuba lah. Terus saya beli plywood di hardware. Beli yang paling nipis ya.
Dlm RM20++ sekeping. Besar size tilam queen gituu. Mula-mula drill plywood pada dinding. Setelah selesai, baru lekatkan balik guna gam xbond construction tu. Boleh cari di Mr.Diy tak sampai RM10. Hasilnyaaaa Alhamdullillah puas hati. Semua boleh try tips ini”
Suka pilih konsep minimalis apabila hasilnya lebih kemas dan luas, jadi golongan isteri yang tak cukup masa nak mengemas rumah, boleh cuba idea ini.
Seperti idea yang dikongsikan Puan Susun Atur Sioca ini, ruang rumahnya nampak bersih dan luas.
Rujuk gambar kediamannya memang kosong sebab prinsipnya, tiada fungsi tak beli. Jika terbeli, let go. Malah dek kerana prinsip ini juga dapur pun nampak kosong. Tapi pegangan ini memang mudahkan kehidupan malah menjimatkan. Boleh lihat perkongsian beliau ini.
Wanita Ini Pilih Konsep Minimalis, Senang Kemas Rumah Dan Nampak Luas
Rumah saya ada empat bilik dan satu air well. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.
Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di’one-stop-centre’kan di bilik baju. Side table juga tak ada.
Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di’one-stop-centre’kan di bilik buku. Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.
Baju Cuma Gantung, Senang Nak Ambil Dan Simpan
Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri.
Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai!
Pakaian kecil-kecil masuk je dalam kotak tapi pastikan satu jenis satu ‘rumah’. Kain pelikat, kain batik, tuala kena lipat tapi easy peasy sahaja.
Jangan Campur, Baru Nampak Kemas
Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA ‘RUMAH’ SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas.
Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dan lain-lain.
Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli. Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya.
Tiada Deko Di Dinding
Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua.
Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal).
Tiada Karpet Tapi Ada PVC Mat
Rumah saya juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.
Perjalanan minimalis saya ni entah bila mulanya. Tau-tau dah kosong je rumah. Adik saya cakap macam orang baru pindah.
Seronok dan lega. Tu perasaan saya dapat beritahu tentang journey ni. Banyak lagilah yang saya minimaliskan. Bukan rumah je, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan. Masih banyak perlu saya baiki. Masih banyak nak belajar.
Jadi kalau anda rasa rumah dah penuh dengan barang, cuba pilih konsep minimalis. Barulah nampak ruang lebih luas dan kemas.
Di samping hiasan-hiasan dekorasi seperti lantera, sangkar burung dan sebagainya, selipan bunga-bungaan segar mahupun artifisial menaikkan seri seni hiasan dekorasi pelamin. Tambahkan pelbagai jenis bunga-bungaan bagi menyuntik warna-warni pada ruangan pelamin.
Pastinya kehebatan pelamin fairytale yang menjadi langkah permulaan kehidupan bersama pasangan raja dan ratu sehari akan terkenang-kenang buat selamanya.
Dikongsikan Lapan Tip Menghias Pelamin Fairytale
*Bunga-bunga segar yang disusun di dalam pasu besar manis sekali diletakkan di kiri dan kanan singgahsana.
*Penggunaan kerangka lampu lantera sebagai bekas hiasan bunga menyuntik elemen kreativiti yang tersendiri.
*Gabungan bunga mawar dan baby breath yang dililit sempurna antara idea kreatif yang boleh dijadikan hiasan pelamin. Tambahan botol kecil pada lilitan bunga menjanjikan hasil yang lebih menarik.
*Bunga mawar putih ilham bentuk hati boleh juga digantung selain diletakkan di atas dulang berkaki tinggi.
*Pilihan lain untuk juntaian flora di pelaminan antaranya orkid dan juga cherry blossom.
*Suntikan bunga mawar di dalam kerangka kayu berbentuk permata ini mampu mencuit jiwa tetamu jemputan yang datang ke majlis meraikan pengantin.
*Sangkar burung yang mulanya polos akan lebih mencuri deria pandang tatkala dihias dengan bunga di dalam dan di atas sangkar.
*Untuk gaya yang lebih unik, susun sekuntum bunga mawar di dalam balang kaca kecil berantai. Selang-selikan peletakan kuntuman bunga mawar dengan kelopak-kelopak bunga mawar.
Waktu Persiapan
Waktu untuk membuat persiapan majlis resepsi dengan konsep unik ini sebaiknya dilakukan setahun sebelum atau minimum enam bulan sebelum majlis berlangsung. Jadi kalau sampai terjadi hal-hal yang tidak diinginkan, masih punya waktu untuk menyelesaikannya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!