Dari sempit nampak luas bila dapur rona putih. Itulah kesan pemilihan warna yang tepat. Belum lagi ‘bermain’ dengan perabot dan segala gajet yang warnanya cerah juga.
Sebenarnya ramai mak-mak suka warna putih, cuma tak berani tanggung risiko sebab warna ini memerlukan sikap rajin berganda. Maklumlah, putih cepat kotor. Kalau tumpah, memang ketara kena cuci.
Namun, warna ini paling minimalist dan cantik malah boleh membangkitkan mood untuk memasak. Haaa.. kalau anda rasa nak ubah dapur ke warna putih, jom baca perkongsian Dinah Rakhim.
Putih itu ‘timeless’ maka sebab itulah dapurrona putih adalah konsep kabinet paling popular sepanjang masa. Untuk ruang dapur yang seluas 177 kaki persegi ini, pilihan warna putih dapat memantulkan cahaya dan menjadikan ruang dapur ini kelihatan lebih besar.
Menggunakan kabinet keseluruhannya warna putih, white quartz countertop, Bosch appliances, Eubiq sockets, Ash timber SPC flooring dan subway tiles, hasilnya sangat memuaskan hati.
JOM KITA LIHAT TRANSFORMASI PROSES MAKEOVER INI DILAKUKAN:
Ramai calon pengantin pasti mengalami situasi panik menjelang hari perkahwinan. Tidak kurang juga dalam mempersiapkan hari bahagia tersebut pasangan mempelai akan menjadi tertekan dan kelam kabut gara-gara banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Sebenarnya jika kena dengan caranya, persediaan majlis perkahwinan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa ‘pusing kepala.’
Berikut ini dikongsikan beberapa tip tentang persediaaan majlis perkahwinan cara bebas stres.
Tentukan dahulu konsep perkahwinan secara keseluruhan. Apakah konsep yang anda mahukan. Buat senarai semak untuk pemilihan konsep perkahwinan sama ada ingin dilangsungkan indoor atau outdoor. Ini amat penting kerana ia sangat mempengaruhi bajet anda.
Cubalah untuk membuat data keperluan dan apa sahaja yang perlu dilakukan. Kemudian atur waktu bila anda akan melakukannya. Dengan adanya timeline, anda tidak akan pening mengatur waktu pertemuan dengan pihak vendor.
Tentukan jumlah undangan sejak dari awal. Ini kerana ia akan mempengaruhi bajet lainnya. Berbincanglah dengan kedua belah pihak keluarga mengenai siapa yang perlu diundang. Dengan mengetahui jumlah pasti undangan, maka anda dapat membuat anggaran kuantiti makanan yang perlu dipesan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa makanan adalah perkara yang memerlukan bajet yang tinggi.
Solekan wajah merupakan agenda penting bagi memastikan aura wajah ratu tampil glam di hari bersejarah. Jika ingin ‘selamat,’ peruntukkan 10 hingga 12 bulan sebelum hari perkahwinan untuk memilih juru mekap yang sesuai. Ini penting supaya anda berkesempatan untuk mecuba mekap yang sesuai.
Sebahagian besar pasangan mempelai enggan menggunakan khidmat perancang perkahwinan kerana bimbang dengan kos yang perlu dibayar. Sedangkan hakikatnya mengambil khidmat perancang perkahwinan banyak membantu pasangan mempelai merencanakan persediaan majlis perkahwinan secara teratur. Malah, sebenarnya ia boleh disesuaikan dengan bajet yang diperuntukkan oleh bakal mempelai.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masuk umur 40 an, ramai yang memilih untuk bertenang tanpa menambah hutang, apatah lagi nak meluaskan ruang rumah dan berangan nak tambah ‘cawangan’ rumah tangga.
Tapi untuk berhenti bekerja kenalah ada sedikit sebanyak persediaan, barulah kita boleh duduk di rumah dengan tenang. Apa guna bersara tapi kepala diserabutkan dengan komitmen kewangan dan tanggungjawab lain yang belum selesai.
Supaya dapat bersara dengan tenang, perkongsian daripada Mohd Shukur boleh kita pertimbangkan.
Kalau boleh diundurkan masa saya sepatutnya merancang kewangan dan masa persaraan sebegini;
Tak perlu rumah yang besar dan tak perlu 2 tingkat apatah lagi 3 tingkat. Keperluan hanya sebuah rumah yang kecil untuk masa tua atau masa persaraan yang simple. Panjang rumah sekarang dah terbuat 145 kaki.
Setiap kali duduk kat depan, malas nak pergi dapur. Setiap kali gi dapur, fikir 3X apa nak bawa ke depan.Kawan sebaya yang duduk banglo 3 tingkat pun cakap, aku nak naik atas kena fikir dulu apa nak bawak.
Sekarang nak jual pun sayang, harga memang jatuh teruk tak kiralah brand apa pun. Spare part ori pula mahal. Kalaulah duit kos pembelian, kos interest, pembaikian, kos wear & tear ni sejak dulu lagi di sedekahkan ke surau, tahfiz, Palestine dan lain-lain lebih tinggi manfaatnya dan pahala mengalir walaupun dah tiada nanti.
Saya tidak memerlukan dilihat memandu kereta mahal sebagai tanda sudah berjaya, ianya adalah mesej yang salah kepada generasi muda. Cukuplah pakai Vios atau City sahaja.
Bila drive Vios anak tadi pergi kedai, terfikir juga kenapalah tak pakai Vios sahaja. Macam manalah boleh terjebak kat kereta branded yang lebih menguntungkan pengeluar kereta di luar negara tu sedangkan fungsinya sama sahaja.
Yang penting ialah survival skill. Bila tengok life graduate yang kerja makan gaji (kecuali yang jadi Top Management ), saya beritahu kepada anak-anak, jangan kerja makan gaji. Mari kita berniaga. Buka syarikat sendiri. Kita mula dari bawah dahulu. Modal dah ada. Tapi kita belajar manage dengan modal yang kecil supaya minimumkan risiko.
Tengok kehidupan rakan seorang ustaz yang ada Maahad Tahfiz hidupnya ceria penuh semangat. Dia ada taska/tadika, kedai mini market, jadi pemborong / supplier. Keuntungan perniagaannya digunakan untuk membiayai maahad tahfiz. Hidupnya bermotivasi dengan ganjaran akhirat, kejar award akhirat jadi MDRT di sana. MasyaAllah.
Cukuplah rumah teres setingkat sahaja sepatutnya tapi tingkatkan bilangan. Sementara tunggu anak dewasa dan bagi kat dorang, boleh sewakan kepada orang lain. Ramai kini yang tak mampu sewa rumah yang mahal-mahal, mereka mencari yang ‘mur-mur’ untuk meneruskan kehidupan. Jika beri diskaun boleh membantu mereka yang dalam kesukaran.
Tak perlu nak ambil tahu berapa harga atau nilai sekarang. Simpan sahaja duit dalam Tabung Haji. Tak payah ada apa-apa emosi, tak payah nak ambil tahu atau nak fikir. Apa pun berlaku di dunia kini tak ada kaitan. Dapat 3.2% pun dah banyak dan bersyukur.
Kalau 1M dah dapat 32K bertambah lagi. Itu dah dizakatkan.Hanya tumpukan kepada bisnes, fokus ini sahaja. Bekerja dan buat keuntungan dalam bisnes. Ini lagi tenang dan menyeronokkan.
Budaya kerja di Malaysia, sampai ke malam malah weekend. Kita terlalu mengejar wang.
Di Australia contohnya, tepat jam 5.00pm dah tutup. Saya dah sampai dah kedai tu dan barang tu pun depan saya, peniaga tu baru nak berkemas tutup, tapi disuruhnya datang esok sebab dah pukul 5.00pm.
Malam bersama keluarga. Weekend berehat dan bercuti, yang banyak duit tu mereka ada bot laju atau yacht sendiri, tak payah nak fikir urusan kerja time weekend.
Jika kerja kerajaan ambil lah pencen awal sebelum umur 50. Makin lambat buat akan makin susah nak buat sebab dah terliur gaji makin meningkat. Antara keputusan yang memberi kepuasan kepada saya ialah saya kerja makan gaji sekejap sahaja, pelbagai kerja tetapi cukup untuk dapat pengalaman.
Pernah kerja kilang rokok sekejap masa lepas sekolah dulu bahagian QC. Pernah kerja di Bank bahagian Hire Purchase, tapi bahagian apa pun sama saja. Kerja di bank ni semua pakai lawa-lawa. Habis duit dek pakaian dan gaya hakikatnya pening dek hutang credit card yang main swipe.
Yang bayar minimum lama-lama terciduk betul, naik kesian tengok interest jer lebih 1k sebulan. Kan bagus jika jumlah itu yang disimpan dalam tabung haji. Simpan 1500 sebulan bukannya interest credit card. Tapi kalau yang dalam Top Management tu memang best lah.
Bila buat part-time ejen insurans tahun 1992 ( dah 31 tahun ) barulah saya nampak peluang buat full-time bisnes jadi ejen ni pada awal tahun 1996. So dah 25 tahun berhenti makan gaji dan full-time in business based on komisen bukannya gaji tetap.
Jadi jika ada yang takut-takut nak berhenti makan gaji untuk join full-time bisnes, saya dah advanced 25 tahun dari pemikiran anda.
Tengok kehdupan orang kahwin dua ni tak sesuai dengan jiwa. Nak post check-in stay hotel dengan isteri pun takut. Mula-muka hairan juga, bila tanya baru faham. Dia kata, kalau isteri lagi satu tahu dia pun nak juga. Kalau dengan isteri kedua duduk 5-Star hotel, isteri satu lagi pun nak juga 5 Star.
Perkongsian ini jika tidak sesuai untuk anda, mungkin ‘masuk’ untuk orang lain. Jika tidak manfaat kepada anda, mungkin manfaat kepada orang lain.
Benarkah suami yang kentut di hadapan isteri dianggap sebagai perkara yang romantik?
Melalui satu video yang dimuat naik oleh Dr Aisah Dahlan, doktor (Parenting) dari Indonesia, Dr Aisah Dahlan menyifatkan suami yang paling suka kentut atau kentut di hadapan isteri tergolong sebagai lelaki yang romantik.
Walaupun video tersebut sudah lama, (12 Mac 2022) namun ia tetap menarik perhatian. Dalam video di akaun TikTok miliknya @dr.aisyahdahlan, beliau menjelaskan bahawa uniknya jika si suami kentut di hadapan isteri, perbuatan ini dianggap romantik dalam rumah tangga.
Video ini juga turut dimuat naik pengguna akaun TikTok @abdisoburchann
“Memang jika berbicara tentang kentut ia berkaitan dengan sesuatu yang dianggap ‘kotor.’
Lebih-lebih lagi, kentut di hadapan pasangannya mungkin kelihatan tidak masuk akal.
Perbuatan ‘membuang gas’ di hadapan isteri mungkin perkara biasa di kalangan suami. memang biasa. Tahukah anda bahawa perbuatan ini termasuk dalam ciri-ciri romantik?
Ramai orang beranggapan kentut adalah perbuatan tidak sopan malah kotor. Namun, ternyata kentut juga boleh mewujudkan sisi romantik antara suami isteri dalam rumah tangga.
“96 peratus lelaki suka kentut di hadapan isteri,” kata Dr Aisah Dahlan dalam video pendek itu.
Bagaimanapun, Dr Aisah Dahlan berkata, jika suami suka kentut di hadapan isteri, itu adalah romantik dalam rumah tangga.
“Itulah romantik,” kata Dr Aisah Dahlan.
Beliau juga menyarankan apabila suami kentut walaupun tidak berbau, isteri berpura-pura menghidunya sambil bergurau senda supaya suasana lebih romantik.
Bayangkan, murahnya mencari romantik dalam rumah tangga. Tunggu dia (suami) kentut.
Selain itu, doktor Aisah Dahlan juga menyebutkan dengan hanya suami kentut akan menciptakan suasana romantik yang unik.
Dengan adanya sedikit ilmu pengetahuan, kesedaran isteri tentang ‘ilmu’ mencipta romantik semakin bertambah.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...