Eina Azman melalui detik getir apabila suaminya, Datuk Paduka Kaizer, disahkan positif Covid-19 tahap empat pada tahun 2021. Namun dengan izin Allah dan berkat doa, beliau kini sembuh dan pasangan ini menunaikan umrah nazar sebagai tanda kesyukuran.
Kredit foto: Instagram Eina Azman
Eina Azman Bersyukur Suami Bebas Covid-19
Beberapa hari lalu, Eina Azman berkongsi di Instagram tentang perjalanan umrah keduanya bersama suami. Umrah nazar itu ditunaikan selepas suami tersayang sembuh daripada Covid-19 tahap empat.
“Assalamualaikum. Tahun lepas Eina ada bernazar untuk suami Eina selepas kena covid. Alhamdullilah semuanya dipermudahkan. Jadi Eina dan suami akan menunaikan umrah untuk kali kedua. Jadi di sini Eina dan suami ingin meminta maaf kalau kami ada salah dan silap. Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang. Insyallah semoga yang baik-baik untuk kita semua.”
Kredit foto: Instagram Eina Azman
Detik Cemas Ketika Pandemik Covid-19
Ketika negara dilanda gelombang Covid-19, keluarga Eina Azman turut terkesan. Dua pembantu rumahnya disahkan positif, begitu juga dengan beliau dan suami. Lebih mencemaskan, suami Eina berada pada tahap empat pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh.
Ads
Menurut perkongsian Eina, beliau sering melakukan ujian saringan Covid-19 dan hasilnya sebelum ini negatif. Namun dalam tempoh seminggu, beliau serta keluarga disahkan positif. Keadaan menjadi sukar apabila perlu menjaga anak-anak sambil bimbang kesihatan suami yang mengalami demam panas serta paras oksigen tidak menentu.
Usaha dan Doa Demi Suami
“Salam semua. Dukacita saya ingin maklumkan saya, suami dan dua bibik saya didapati positif Covid-19. Macam nak gugur jantung bila dapat result. Anak saya menangis ketika perlu buat test. Sementara tunggu result, hati ini risau sangat fikir apa jadi kalau kena dekat anak-anak?”
Ads
Eina turut berkongsi bahawa beliau mengalami demam panas dan batuk, manakala keadaan suaminya lebih membimbangkan kerana paras oksigen turun naik. Mereka perlu ke hospital setiap dua hari untuk pemantauan rapi.
Ads
Umrah 2019. Kredit foto: Instagram Eina Azman
Doa dan Sokongan Buat Eina Azman
“Syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan, suami saya akhirnya pulih daripada Covid-19 tahap empat dengan paru-paru merebak 30%. Doktor pernah memberi amaran jika oksigen tidak stabil dalam tempoh 2-3 hari, suami perlu masuk ICU. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu.”
Umrah 2019. Kredit foto: Instagram Eina AzmanUmrah 2019. Kredit foto: Instagram Eina Azman
Eina Azman turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan para pengikutnya di Instagram yang sentiasa mendoakan serta memberi pelbagai tip untuk memulihkan suaminya. Beliau percaya doa ramai orang adalah sebab utama suaminya akhirnya pulang ke rumah dalam keadaan lebih baik.
Kisah ini menjadi inspirasi buat ramai bahawa setiap ujian boleh dihadapi dengan doa, usaha, serta keikhlasan hati. Kini, pasangan ini menunaikan umrah nazar sebagai tanda syukur atas nikmat kesembuhan yang diberikan Allah SWT.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak peluk kebahagiaan, suami isteri kerjasama buat semua benda. Baik soal mendidik anak, cukupkan rezeki, dan selesaikan bab kerja rumah. Biar saling merasa penat lelah hidup membina keluarga, barulah akan lebih menghargai.
Meniti usia perkahwinan ke 15 tahun, penyanyi dan penyampai radio, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkongsi tip keharmonian dalam rumah tangganya bersama isterinya, Nora’ Asikin Rahmat yang lebih mesra dipanggil Ekin.
Memetik laporan gempak, menurut Mawi, suami dan isteri tidak boleh mementingkan diri sendiri malah perlu bekerjasama dalam segala aspek agar rumah tangga sentiasa bahagia.
“Alhamdulillah, saya dan isteri sudah berumah tangga selama 15 tahun. Banyak saya belajar, bila berumah tangga, kita tidak boleh mementingkan diri.
“Suami dan isteri perlu bekerjasama dan tak boleh nak lepaskan diri saja. Bila dah hidup bersama, waktu inilah kita nak kenal baik dan buruk pasangan kita.
“Kita perlu belajar menerima kelemahan pasangan kita. Paling penting, kita juga perlu gembirakan pasangan sebab ini membantu dalam menceriakan hari-hari kita bersamanya,” katanya.
Untuk info, Mawi mendirikan rumah tangga dengan Ekin pada 20 Disember 2008 dan mereka ikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 11 tahun.
Sumber : Gempak, Instagram cahawaasmawi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali hari raya, bila ada ahli keluarga yang menginap di hotel ataupun di homestay, pasti ada yang memandang serong. Hakikatnya ia demi menjaga aurat sesama sendiri kerana apabila sudah bercampur beramai-ramai, agak sukar untuk menjaga perihal aurat.
Dalam kemeriahan kita menyambut hari raya yang mulia ini, mungkin ramai yang lupa dalam menjaga batas-batas yang disyariatkan dalam Islam. Kita seolah lupa dan terlalu berseronok sehingga banyak larangan yang diabaikan.
Berikut perkongsian daripada Ustazah Asma’ Harun yang mengupas tentang topik ini secara menyeluruh.
Apabila tiba musim raya, isu tidur di homestay atau hotel akan jadi ‘trending’. Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara.
Maka ada yang mencemuh, pandang atas bawah atau cakap belakang. Cerita di sebalik beraya di kampung memang seronok tapi sebenarnya mudah terpalit dosa jika tidak diteliti sebaiknya.
Jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik, maka akan berlaku pendedahan aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur. Bukan itu sahaja, bagi yang menyusu badan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahu Akbar.
Semasa menjadi perunding cara rumah tangga dulu, memang ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan pornografi atau ketagih melihat benda lucah bermula dengan situasi begini di kampung.
Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak.
Tuan Puan,
Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara maruah anak isteri.
Firman Allah SWT:
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (Surah at-Tahrim 66: 6)
Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham, walaupun dah 2 tahun tak beraya dengan anak-anak, lama tak balik, maka fahami dulu situasinya kenapa.
Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dll tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri.
Seorang anak pula harus jujur jika bermalam di hotel/homestay. Terangkan kepada ibu ayah dengan baik dan jelas, kadang mungkin mereka terlalu rindukan anak yang sudah lama tak pulang, jadi tugas kita ialah cuba jelaskan dengan baik.
Mudah-mudahan ibu ayah memahami dengan lapang dada.
Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam dirumah ibu bapa, perlulah sebab yang berkaitan syara’, bukan kerana tidak selesa dan lain-lain, dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati.
Dan pada waktu selain rehat malam maka sepatutnya perlu berada di rumah supaya boleh berbakti dan menggembirakan hati orang tua dan keluarga.
PENTING SANGAT, janganlah jadi seperti tetamu pula, datang pada waktu makan atau waktu tertentu sahaja, sikap ini memanglah akan menyakitkan hati banyak pihak. Tidur hotel atau homestay asalnya tiada masalah, tapi sikap kita yang bermasalah.
Maksudnya: “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Luqman 31: 15)
Kita maklum bahawa batas aurat seorang wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya (ajnabi) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Daripada Ibnu Abbas r.a., beliau mengatakan:
مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَجْهُهَا وَكَفَّاهَا وَإِنَّمَا لَمْ يَكُونَا عَوْرَةً؛ لِأَنَّ الْحَاجَةَ تَدْعُو إلَى إبْرَازِهِمَا وَإِنَّمَا حُرِّمَ النَّظَرُ إلَيْهِمَا: لِأَنَّهُمَا مَظِنَّةُ الْفِتْنَةِ
Maksudnya: “Apa yang zahir daripadanya (perempuan) ialah muka dan telapak tangannya. Kedua-duanya bukanlah aurat kerana terdapatnya keperluan (hajat) untuk mendedahkannya. Adapun diharamkan untuk melihat pada kedua-duanya kerana biasanya kedua-duanya akan membawa kepada timbulnya fitnah.” (Kitab Asna al-Matalib, 1/176)
Walaupun batasan auratnya masih boleh dijaga, namun sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi saudara-mara yang ramai dan tiada privasi, sebaiknya bermalam di tempat berasingan kerana waktu tidur kita tak sedar apa yang terdedah.
Kecuali jika di kampung memang tak ramai atau setiap keluarga mendapat privasi yang diperlukan. Maka ketika itu tidur di rumah ibu bapa lebih baik bagi meraikan dan menggembirakan mereka.
Jika kita miliki anggota keluarga yang ramai, maka semakin ramailah orang yang perlu dijaga batas auratnya, terutama sekali wanita. Mereka perlu menjaga aurat daripada sepupu, ipar, bapa tiri, adik-beradik angkat, biras, dan lain-lain.
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak suruhan (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.” (Surah an-Nur 24: 31)
Semoga para suami, ibu ayah, abang, adik lelaki, ibu ayah mertua memahami akan kepentingan dalam penjagaan aurat ini dan tidak semudahnya berkecil hati dan bersangka buruk terhadap anak-anak yang memilih untuk bermalam selain di rumah.
Maksudnya : “Sesiapa yang memelihara penglihatannya, maka Allah SWT akan menyinari (memberi petunjuk) pandangannya dan juga hatinya.” (Kitab Tafsir Ibnu Kathir: Tahzib wa Tartib, Dr. Solah al-Khalidi, 4/2343)
Mari kita amalkan doa ini, mudah-mudahan maruah diri dan keluarga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT:
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Maksudnya: “Ya Allah lindungilah auratku, amankanlah apa-apa yang menjadi pemeliharaanku.” (HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Semoga penerangan ini bermanfaat, Allah merahmati dan melindungi seluruh ahli keluarga kita daripada perkara mungkar serta salah faham di dalam rumah tangga. Ameen Ya Rabbal Alamin.
Ajinamoto bukan sekadar digunakan sebagai bahan penyedap masakan tetapi juga boleh digunakan sebagai baja untuk menyuburkan tanaman.
Tidak hanya itu sahaja, ajinamoto juga boleh dijadikan sebagai regim penjagaan kulit wajah. Melalui satu hantaran diTikTok, seorang pengguna TikTok, Bindia Tamayo06 telah berkongsi tip kecantikan memutihkan kulit wajah dengan menggunakan ajinamoto.
Bagi bakal-bakal mempelai yang rasa nak nampak kulit wajah putih bak salju, bolehlah cuba tp ini.
Dalam perkongsian video tersebut, masker ajinamoto disapukan pada kulit wajah dan dibiarkan selama 15 minit. Hasilnya dalam tempoh 2 hari, ia mampu memutihkan kulit wajah.
Video itu telah tular dan ramai warga maya telah mencubanya. Daripada komen-komen yang diberikan, ramai yang mengakui petua tersebut berjaya memutihkan kulit wajah mereka.
Hasilnya kulit wajah nampak ‘glowing’. Jangan pakai terlalu lama, cukup pakai hanya 15 minit sahaja.
BAHAN:
1 sudu besar ajinamoto
Sedikit air
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Campurkan ajinamoto dengan sedikit air. Kacau rata.
2. Sapukan pada seluruh wajah.
3. Biarkan selama 15 minit.
4. Bilaslah dengan air bersih.
Anda juga boleh menggunakan ajinamoto yang dicampurkan dengan tomato kisar atau lobak merah. Terpulang pada anda.
KHASIAT MASKER AJINAMOTO PADA KULIT WAJAH:
1. Sebagai toner wajah.
3. Sebagai skrub wajah.
4. Sebagai pencuci kuli wajah.
5. Menghilang jerawat pada kulit wajah.
NOTA: BAGAIMANAPUN PETUA INI MUNGKIN SESUAI PADA SESETENGAH ORANG MENGIKUT KESESUAIAN KULIT WAJAH MASING-MASING. BAGI MEREKA YANG MEMILIKI KULIT WAJAH SENSITIF TIDAK DIGALAKKAN MENCUBA PETUA INI.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...