DATO NURUL ZAHID Berubah Demi Rumahtangga, Lama Kahwin Tak Semestinya BAHAGIA.

Share

Bila berborak tentang perkahwinan dengan orang-orang tua, mesti ada yang akan kata mereka bahagia kerana sudah lama kahwin. Namun, kebahagiaan dalam rumahtangga itu diukur dari sejauh mana keikhlasan kita untuk membahagiakan pasangan.

 

Perkongsian Dato Nurul Zahid tentang perkahwinan dan kebahagiaan ini sangat seronok untuk dikongsikan. Buat bakal pengantin dan pasangan yang sudah berkahwin, ambillah initipati ini sebagai rujukan untuk mencari kebahagiaan rumahtangga.

 

Kredit foto: Instagram Dato Nurul Zahid

 

Probably one of the best day of my life.

“Walaupun suami bgtau lepas habis seminar tadi “Sayang, apa yg dia org bgtau semua I biasa buat” .. Alhamdulillah dengan pengalaman dari perkahwinan kami terdahulu, banyak penambahbaikan yang kami buat untuk tidak melakukan kesilapan yang berulang.”

 

Kredit foto: Instagram Dato Nurul Zahid

 

“Kebahagiaan perkahwinan tidak diukur/nilai melalui berapa lama sebuah perkahwinan itu tetapi, sebenarnya bagaimana kita sebagai suami dan isteri tidak sombong dan akur untuk berubah. Punca bahagia adalah dari HATI. Dari Allah kurniaan itu datang bukan dari HARTA dunia atau apa sahaja yang boleh dibeli dengan MATAWANG.

Cukuplah kita belajar menjadi isteri yang sentiasa bersyukur dan terus ingin menambah ilmu serta mengakui dan terus memperbaiki kelemahan yg sedia ada.

Kredit foto: Instagram Dato Nurul Zahid
Kredit foto: Instagram Dato Nurul Zahid

Semoga kita semua Allah kurniakan perkahwinan yang Sakinah, Mawaddah dan Rahmah. Berkasih sayang dikala kita masih kuat dan sihat serta kecenderungan untuk menjaga antara satu sama lain dikala kita lemah dan tidak sihat.

Terima kasih Allah kerana memilih kami untuk majlis ilmu hari ini. Alhamdulillah.

 

Kredit foto: Instagram Dato Nurul Zahid
Kredit foto: Instagram Dato Nurul Zahid

 

 

 

IKLAN