Situasi normal bila ada keluarga masuk campur urusan rumah tangga, tetapi jangan sesekali dibiar sampai makan diri dan keruhkan hubungan.
Realitinya, banyak kes keretakan rumah tangga berpunca daripada campur tangan pihak ketiga. Terutamanya nasihat dari keluarga terdekat! Jom cuba renungkan kejap…
Keluarga Masuk Campur Tangan Urusan Rumah Tangga
1. Tanya Apabila Buntu
Ya, tidak salah mendapatkan pertolongan orang lain terutamanya ahli keluarga yang terdekat mengenai masalah rumahtangga.
Namun kalau boleh, minta pertolongan/nasihat hanya apabila anda benar-benar buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setakat masalah kecil, anda dan pasangan harus berbincang sebaiknya. Dikhuatiri jika mendapatkan nasihat dari keluarga atau orang lain, masalah kecil tersebut akan merebak menjadi masalah yang lebih besar.
2. Bijak Memilih Nasihat
Kena teliti dan bijak mengambil nasihat-nasihat yang diberi. Salah percaturan, porak peranda rumah tangga anda. Bukan semua nasihat boleh diterima bulat-buat. Kadang kala, nasihat tersebut baik untuk anda tetapi bukan kepada pasangan anda. Ini boleh dikategorikan sebagai nasihat berat sebelah.
Ads
3. Pilih ‘Kaunselor’
Bertanya kepada individu yang boleh membantu menyelesaikan masalah. Tetapi dapatkan nasihat dari individu yang anda rasa boleh menyelesaikan sesuatu masalah dan bukannya mengikut emosi semata-mata.
Individu sebegini dilihat mampu memberikan pandangan merangkumi masa sekarang dan juga akan datang.
Ads
4. Berbincang Terlebih Dahulu
Sebelum mendapatkan bantuan keluarga atau insan sekeliling, apa kata anda dan pasangan cuba sehabis mungkin berbincang mencari jalan penyelesaian. Jika boleh, hal rumah tangga harus diselesaikan tanpa melibatkan campur tangan pihak ketiga terutamanya keluarga terdekat.
Tidak salah mengambil pandangan nasihat orang ketiga bagi menyelesaikan masalah rumahtangga tetapi anda haruslah berhati-hati.
5. Tegur Jika Keterlaluan
Sebagai ketua keluarga harus bijak menjalankan peranan sebagai ketua. Sekiranya si isteri asyik mengadu domba mengenai hal berkaitan rumah tangga anda, kemungkinan besar peratus untuk keluarga mertua masuk campur adalah tinggi.
Ads
Jika sesuatu pertikaian berlaku melibatkan campurtangan pihak lain, anda haruslah bijak mengatasi masalah ini. Jangan sesekali melibatkan emosi dalam percakapan. Terangkan secara tenang dan jelas kepada semua terutamanya pihak mertua/keluarga bahawa masalah tersebut seharusnya anda dan isteri sahaja yang selesaikannya.
Anda juga disarankan untuk menegur pasangan jika kerap melibatkan keluarga atau orang ketiga dalam masalah anda berdua. Tegur sebaiknya.
Hah, jadi selepas ini kalau ada ahli keluarga masuk campur tangan dalam rumah tangga, pastikan anda tahu macam mana nak selesaikan. Bukan hanya buat tak tahu yang lama-lama akan pudarkan perasaan cinta. Kuasai bab ini, okay!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi kebiasaan pada hari Isnin dan khamis untuk sesiapa jua untuk merebut pahala berpuasa sunat. Malah ada yang berpakat di kalangan teman sepejabat. Niat ini sungguh murni namun perlu dingat bagi wanita yang sudah berkahwin hendaklah meminta keizinan dari suami terlebih dahulu, untuk berpuasa . Jika tidak diizinkan oleh suami, ibadah ini tidak boleh dilakukan.
Kenapa?
Sabda Rasulullah saw;
Seorang wanita tidak boleh berpuasa walau pun satu hari dalam keadaan suaminya berada di rumah kecuali dengan izin suaminya. Melainkan pada bulan Ramadan.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah.
Keperluan mendapatkan izin
Imam Nawawi menjelaskan suami berhak mengajak isterinya jimak bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat.
Dalam hal ini isteri perlu meminta izin terlebih dahulu bagi memastikan suami tidak berhasrat kepada isteri yang tentunya akan membatalkan puasa sunat jika suami meminta dilayani keperluan batinnya pada siang hari.
Selain itu keizinan untuk berpuasa sunat ini juga perlu sebagai satu bentuk penghormatan kepada suami sebagai ketua keluarga
Masa bercinta semuanya indah dan ‘sweet’. Segala yang dikatakan akan dituruti oleh pasangan. Ramai pasangan beranggapan keindahan itu akan kekal sebaik memasuki alam rumah tangga.
Baca perkongsian tentang realiti hidup selepas berkahwin yang dikongsi oleh baitulmuslim.com tentang cabaran yang bakal dilalui oleh pasangan selepas mendirikan rumahtangga. Jangan risau atau takut pula nak berkahwin , artikel ini sebagai pengetahuan buat bakal pengantin.
Sukar tinggalkan gaya hidup semasa bujang
Perkara ini memang biasa terjadi kepada golongan muda dan biasanya lelaki lebih susah untuk mengubah perkara ini daripada perempuan. Biasanya lelaki susah untuk meninggalkan hobi mereka seperti lepak atau ‘mengeteh” sehingga lewat malam ataupun menghabiskan masa bermain permainan video. Sepatutnya selepas berkahwin dan jika mempunyai anak di awal perkahwinan anda sepatutnya kurangkan perkara tersebut atau berhenti terus kerana buat masa tersebut anda sepatutnya melebihkan masa bersama anak atau isteri dan pada awal perkahwinan adalah waktu yang sangat penting untuk memastikan rumah tangga tersebut mampu bertahan atau tidak. Kehidupan rumah tangga tidak seperti yang diharapkan atau diinginkan
Sebelum berkahwin semestinya anda telah merancang pelbagai perkara namun kebanyakkanya sukar untuk dicapai disebabkan pelbagai faktor dan disaat ini juga pasangan suami isteri biasanya akan mengenali kriteria atau perangai sebenar pasangan masing-masing. Pada waktu ini sangat penting untuk bertolak ansur dan jangan sebab tidak tutup lampu atau letak baju merata-rata sahaja anda boleh bergaduh besar.
Pembahagian tugas dan peranan
Perkahwinan adalah bermakna anda akan mempunyai tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan seperti kebiasaan kita tahu yang tugas suami adalah mencari nafkah untuk keluarga dan menyediakan keperluan bagi keluarga seperti rumah pakaian dan sebagainya. Isteri pula diberi tanggungjawab untuk menguruskan urusan rumahtangga seperti memasak atau menjaga anak. Tetapi hakikatnya, dalam zaman yang serba mencabar ini, peranan ini belum tentu akan dapat digalas sepenuhnya oleh seorang suami mahupun isteri. Pada masa kini, kos sara hidup yang serba meningkat tidak memungkinkan seorang suami menyara isteri dan keluarga sendirian. Ketika inilah ehsan dan tolak ansur isteri diperlukan. Dalam masa yang sama juga, suami harus bertolak ansur membantu isteri melakukan tugas-tugas di rumah. Maka dengan demikian barulah wujud kesefahaman dalam rumahtangga pasangan tersebut.
Selalu berbeza pendapat
Perkara ini sering berlaku di awal perkahwinan dan biasanya pasangan suami isteri akan berbalah dan bertekak dalam membicarakan perkara yang remeh-temeh dan masing-masing akan cuba mempertahankan ego masing-masing. Pada masa ini anda mungkin akan merasakan pendapat anda lebih baik dan perlu diikuti . Ini berlaku kerana sebelum berkahwin pasangan tersebut membuat keputusan sendiri tanpa perlu mengambil kira pandangan orang lain ,namun setelah berkahwin kebanyakan keputusan yang dibuat perlulah dipersetujui bersama.
Hubungan dengan keluarga mertua
Selepas berkahwin, anda bukan sahaja telah menjalinkan hubungan dengan pasangan anda sahaja namun dengan seluruh keluarga pasangan anda juga. Disebabkan itu perlunya anda pandai bergaul dengan keluarga baru. Mungkin akan ada keluarga yang senang bergaul namun tidak mustahil terdapat sebilangan keluarga yang kurang peramah. Disina penting anda bersabar dan cuba untuk megambil hati mereka dan untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mertua juga memerlukan masa, jadi baik suami atau isteri perlulah bersabar dalam memahami sikap dan hidup keluarga mertua
Sumber:https://baitulmuslim.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin ramai pula yang pilih berkahwin di Thailand, biasanya ini jalan pintas bagi yang nak kahwin lebih dari satu.
Terbaru, tersebar pula gambar menunjukkan seorang pempengaruh terkenal, Aliff Teega bernikah lagi satu di Thailand pada 21 November 2023.
Gambar itu mula tersebar di aplikasi X dan TikTok sehingga menyebabkan ramai mempersoalkan tindakan pempengaruh itu.
Melihat dari gambar yang tersebar, ada nama pasangan terbabit iaitu Mohd Hazalif dan isterinya Fatin Umaidah.
Namun setakat ini belum ada sebarang kenyataan bagi mengesahkan pernikahannya di Thailand. Bagaimanapun, dia hanya mengesahkan dirinya sudahpun menikah lagi satu sebelum ini di Instagram.
Apa yang jelas, Aisyah meminta netizen untuk tidak bercakap buruk soal suaminya dan isteri kedua. Katanya, dia reda dengan ujian perkahwinan yang dilaluinya hari ini.
Kita doakan yang baik-baik buat pasangan ini, moga ada jalan terbaik dan dipermudahkan urusannya sekeluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak perlu bertahan demi anak-anak kalau jadi mangsa keganasan rumah tangga, itu pandangan pelakon wanita, Nelissa Nizam apabila dia sendiri pernah lalui perkara yang sama.