Manisnya wajah Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa. Bila bercakap pun lemah lembut saja. Setiap sesi ceramah Ustazah Norhafizah memang kita akan rasa cepat sangat masa berlalu kerana topik yang dibicarakan semuanya best. Ada amalan bangun tidur yang Ustazah kongsikan dalam satu video daripada Himpunan Nasihat Ustaz.
Rata-rata ramai yang tahu mengenai makanan sunnah antaranya kurma, habbatus sauda, minyak zaitun dan pati delima. Tapi ramai yang susah nak jadikan pemakanan sunnah ni sebagai amalan kecantikan. Kali ini Ustazah Norhafizah kongsikan petua kecantikan yang mudah. Cuma anda perlu istiqamah!
Bangun pagi dan minum air suam sebanyak satu botol air mineral (500ml) + 1/4 . Lebih kurang satu botol suku. Baca doa yang dibaca ketika minum air zamzam.
Ads
2. Kemudian ambil satu sudu minyak zaitun dan minum.
Ads
3. Selepas itu, ambil dua sudu atau lebih pati delima.
4. Ambil secawan air suam, masukkan satu sudu madu, satu sudu kecil minyak habbatus sauda, satu sudu minyak kelapa dara dan beberapa helaian safron. Kacau sebati dan minum.
Ads
5. Biarkan perut ‘berehat’ selama dua jam. Kemudian, barulah anda boleh menikmati hidangan berat.
Menurut Ustazah lagi, selepas setiap kali makan makanan berat, ambil sedikit cuka tamar unutk ‘mencuci’ perut. Jangan terlalu banyak kerana cuka bersifat asid dan pedih pada perut.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan rumah tangga yang harmoni dan sejahtera buat selamanya. Oleh itu, setiap pasangan perlu melakukan perkara yang boleh memupuk rasa cinta antara satu sama lain bagi mengimarahkan perkahwinan.
Salah satu perkara tersebut ialah dengan perancangan pergi berbulan madu secara berfasa. Semua maklum bahawa bulan madu dapat mengeratkan hubungan suami isteri sekali gus dapat meluangkan masa bersama secara privasi dan romantik.
Jom kita lihat 4 fasa bulan madu yang boleh anda ikuti.
BAHARU BERKAHWIN
Selepas selesai majlis perkahwinan, tentu anda ingin waktu untuk berehat kerana penat dengan menyediakan persiapan perkahwinan. Mungkin anda pergi bercuti ke suatu tempat bersama pasangan dan menganggap ia sebagai bulan madu. Waktu ini merupakan waktu pertama anda berbulan madu bersama si dia. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sesuatu perkara yang baharu dan mengenali pasangan anda dengan lebih memdalam.
SELEPAS SETAHUN BERKAHWIN
Anda berdua masih dalam honeymoon year dan masih di dalam proses untuk menstabilkan kedudukan kewangan anda. Tidak perlu ke Paris atau Milan untuk berbulan madu kerana bimbang kosnya akan membebankan anda berdua. Oleh kerana anda berdua masih muda, apa kata anda rancang percutian yang lebih mencabar. Pergi backpacking ke Terengganu atau daki Gunung Kinabalu di Sabah. Aktiviti seperti ini boleh menambahkan persefahaman anda berdua kerana ia memerlukan banyak kerjasama.
SELEPAS 5 TAHUN BERKAHWIN
Ketika ini mungkin anda sudah mempunyai anak dan tempoh inilah yang sangat penting untuk anda kembali bercinta seperti zaman sebelum berkahwin. Setelah ada anak, keutamaan lebih tertumpu kepada mereka dan kadangkala anda berdua terlupa untuk candlelight dinner bersama sehingga hilang unsur-unsur romantik di dalam perkahwinan. Untuk itu kami cadangkan anda untuk pergi ke negara yang romantis seperti Paris atau cuba meluncur ski bersama di Switzerland. Jadi, ketepikan duit anda awal-awal untuk sesi bulan madu ini!
SELEPAS 10 TAHUN BERKAHWIN
Anak-anak sudah mula bersekolah dan anda mahu rehat yang mencukupi daripada kesibukan kerja. Memandangkan kedudukan kewangan sudah semakin stabil, apa kata anda ke Jepun bersama pemandu pelancong dan lihat budaya orang di sana. Atau mungkin, budaya orang India atau Belanda menarik perhatian anda. Berbulan madu dengan pemandu pelancong membuatkan percutian anda lebih teratur dan relaks kerana mereka tahu tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bercakap mengenai lelaki botak ramai yang menyatakan mereka ini seksi. Betul ke? mungkin kenyataan itu ada benarnya.
Sesetengah wanita juga lebih menyukai lelaki botak berbanding lelaki yang berambut. Mengapa? Ini 6 sebabnya kenapa perempuan menyukai lelaki botak.
1. Lebih seksi
Ya, lelaki botak ini kelihatan seksi di mata wanita kerana kulit kepalanya yang bersih dan dijaga rapi ditambah pula dengan cara pemakaiannya. Memang boleh buat cair!
2. Kelihatan lebih matang
Menariknya lelaki botak ini mereka kelihatan lebih matang di mata wanita. Mengapa? mungkin kerana mereka memiliki gaya dan personaliti mereka yang tersendiri.
3. Lebih kemas dan bergaya
Tidak dinafikan memiliki rambut tetapi mengalami keguguran juga boleh menimbulkan masalah. Berbanding lelaki botak, mereka tidak perlu bimbang dengan masalah ini. Sebaliknya, mereka akan kelihatan lebih seksi dan kemas dengan apa juga penampilan.
4. Tidak cerewet
Jika sudah tidak berambut mestilah mereka tidak akan cerewet. Mengapa? sebab mereka tidak perlu memikirkan gaya rambut apa yang mereka perlu buat. Malah, mereka juga boleh berjimat kerana tidak perlu membeli gel rambut atau pomade.
5. Kelakar
Kebanyakkan lelaki botak ini seorang yang kelakar. Mungkin kerana gaya mereka yang bersahaja dan boleh menghiburkan anda di mana sahaja.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasih-sayang antara suami isteri perlu sentiasa dipupuk agar rumah tangga yang dibina kekal utuh dan harmoni. Hubungan yang dijalinkan hendaklah dijaga sebaiknya agar cinta antara satu sama lain tidak mudah pudar. Ini penting untuk memastikan hubungan suami isteri kekal dan berpanjangan.
Selalu kita dengar pasangan yang sekian lama mendirikan rumah tangga menghadapi masalah dalam perhubungan, tidak seperti saat bercinta yang penuh dengan bunga-bunga cinta dan perasaan sayang yang meluap-luap. Perkara ini mungkin terjadi disebabkan oleh perkara-perkara tertentu seperti kurangnya toleransi, komunikasi dan lain-lain lagi.
Sebelum perkara ini menjadi lebih parah, lebih baik anda mengambi tindakan sewajarnya. Ada cara yang boleh dipraktikkan untuk mengeratkan kembali hubungan cinta suami isteri yang semakin pudar. Jom kita lihat lapan cara berkesan dan praktikal ini agar hubungan suami isteri kembali berseri!
1. SENTIASA BERKOMUNIKASI
Segala permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga hendaklah dibawa berbincang. Sekiranya ada perasaan tidak puas hati antara satu sama lain, luahkan dan jangan simpan terlalu lama. Jika tidak diluahkan, pasangan tidak tahu apa yang anda rasai.
2. ELAK PERTENGKARAN YANG BERPANJANGAN
Pertengkaran antara suami isteri adalah perkara biasa dan mustahil sekiranya tidak terdapat perselisihan faham. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Sekiranya terdapat perselisihan faham, salah seorang daripada anda haruslah beralah dan mengambil jalan untuk menyelesaikan perselisihan faham ini.
Bawa berbincang dan luahkan isi hati yang mungkin anda pendamkan selama ini. Jangan memendam perasaan marah terlalu lama kerana ia boleh merosakkan lagi hubungan anda berdua.
3. CUBA KURANGKAN BEBELAN
Bab-bab membebel ini biasanya berlaku pada isteri. Kepada isteri di luar sana, kurangkanlah membebel. Pasangan anda akan rasa bosan sekiranya setiap hari anda membebel. Malah anda sendiri pun tidak suka mendengar orang membebel, betul tak?
4. INGAT TARIKH-TARIKH PENTING
Suami isteri harus mengingati tarikh-tarikh penting seperti hari ulang tahun perkahwinan, hari lahir dan lain-lain lagi. Jia perlu setreminder di telefon bimbit ataupun catatkan dalam diari. Ucapan pun sudah cukup untuk menandakan yang anda ingat tarikh tersebut. Jangan pula senyap sunyi saja dan akhirnya terus lupa. Pasti pasangan anda rasa amat sedih. Masa belum kahwin punyalah ingat semua benda, tup-tup dah kahwin semuanya lupa!
5. SOLAT BERJEMAAH
Setiap hari mesti paling kurang ada satu waktu yang pasangan boleh solat jemaah bersama-sama. Contohnya Solat Subuh, Maghrib dan Isyak sebab kalau solat Zuhur dan Asar mungkin masing-masing bekerja. Solat bersama pasangan amat berkesan untuk mengeratkan hubungan suami isteri dan juga keluarga.
6. MAKAN BERSAMA
Ada pasangan yang terlalu sibuk dengan kerja hingga langsung tidak ada masa untuk makan bersama. Seboleh-bolehnya cubalah untuk makan bersama, tidak kira ketika makan tengah hari atau makan malam. Makan malam bersama semua ahli keluarga elok diamalkan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.
7. BERIKAN PUJI-PUJIAN
Anda juga boleh memuji pasangan untuk mengambil hatinya. Tidak menjadi satu kesalahan jika anda membuka mulut untuk memuji suami atau isteri anda. Contohnya, anda boleh memuji suami tampak kacak saat mengenakan pakaian baharu yang dibelinya. Begitu juga sebaliknya. Lumrah seorang manusia suka dan merasa gembira saat ada orang lain memujinya dengan pujian yang tulus dan ikhlas.
8. JANGAN TERLALU CEMBURU
Cemburu yang melampau boleh mengeruhkan hubungan. Anda harus mempercayai sepenuhnya terhadap pasangan anda. Jangan sesekali ada prasangka yang tidak baik sekiranya anda tidak pasti mengenai sesuatu perkara. Cemburu boleh membawa bencana dalam hubungan rumah tangga. Elakkan sifat cemburu yang melampau serta jadilah pasangan yang lebih matang dan positif.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!