
Satu kes isteri yang curang dengan suami orang. Suaminya telah terjumpa gambar kurang sopan isterinya bersama lelaki lain yang di hantar melalui ‘whatsapp’. Isterinya telah merayu untuk memaafkannya dan telah bertaubat. Hati suaminya sedih dan kecewa dengan perbuatan isterinya.
Tetapi memandangkan isterinya tidak pernah mengabaikan anak-anak dan layanan terhadap suami tidak pernah berubah, si suami telah memaafkannya dan menerimanya kembali cuma fikirannya kadang kala terganggu dengan peristiwa tersebut. Adakah suami tersebut di kira dayus jika masih menerima isterinya?
JAWAPAN
Jika sekiranya seseorang itu bertaubat dengan taubat nasuha dan ingin membina rumahtangga dengan seutuhnya maka sifat kemaafan yang ditunjukkan oleh suami adalah amat diperlukan agar kehidupan menjadi baik dan kebahagiaan datang kembali. Tetapi, saya syorkan beberapa perkara:
- Hendakah bertaubat dengan taubat nasuha dan memutuskan secara total sebarang hubungan yang membawa ke arah ketidakbaikan ini.
- Perlu dilakukan perubahan dalam hidup dengan mengenali punca sebab terjadinya episod hitam tersebut. Justeru, berhijrah daripada stail lama atau tempat kerja dan boleh jadi tempat tinggal kepada yang lain dengan azam yang baru dan tekad yang baru amat penting.
- Hendaklah dilakukan acara ibadat secara berjemaah seperti solat jemaah dan lain-lain.
- Hendaklah menghadiri majlis ilmu bersifat harian atau sekurang-kurangnya mingguan agar hati disirami dengan nur dan cahaya rabbani.
- Hendaklah sentiasa muhasabah diri dari semasa ke semasa untuk menjadi lebih baik tanpa mengungkitkan peristiwa kabus hitam yang berlaku.
- Saling maaf memaaf dan bertekad untuk menjadi suami isteri mithali dan mithaliah dalam kehidupan.
Akhir kalam, ingatlah. Bahtera rumahtangga sudah pasti mempunyai badainya. Ingatlah wajah anak-anak yang memerlukan sokongan dan dokongan daripada kedua ibu bapa. Sesungguhnya hidup di dunia ini adalah sementara dan begitu cepat. Maka rebutlah peluang untuk akhirat agar kita bahagia di sana.
sumber : http://www.muftiwp.gov.my
Jaga Bahasa & Jangan Tinggi Suara Pada Suami Sekalipun Korang ‘Geng Sekepala’

Lelaki dan wanita tidak serupa dalam berinteraksi dan reaksi terhadap sesuatu sehinggakan mereka boleh dianggap berasal daripada dua planet yang berbeza. Dr John Gray dalam bukunya cuba mengetengahkan perbezaan antara lelaki dan wanita dari sudut cara berfikir dan bagaimana keduanya menyampaikan sesuatu dengan cara yang juga berbeza.
Menurutnya, umum berpendapat, jika pasangan menyayangi kita, dia akan bertindak dan bersikap sebagaimana kita menyayanginya. Pada hakikatnya, hanya dengan menerima dan menghormati perbezaan antara keduanya kasih sayang dapat disemai.
Mieja berkongsi di twitternya, boleh anggap suami tu macam kawan tapi tak adalah sampai cakap, ” Weh ambil tu kejap.”
Isteri Bukan Dijadikan Dari Kepala Untuk Dijunjung, Bukan Dari Kaki Untuk Dipijak, Tapi Dari Rusuk Untuk Sentiasa Di Sisi

Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak. Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.
Rangka tulang rusuk itu telah direka khas oleh Allah SWT untuk melindungi dan menjaga jantung and struktur-struktur di sekitarnya. Tulang rusuk yang melengkung dan bengkok telah dibentuk untuk fungsinya yang menyembunyikan. Dan seperti tulang rusuk yang melindungi jantung, wanita juga diciptakan untuk melindungi dan menjaga manusia.
Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, janganlah dia menggangu jirannya. Dan berbuat baiklah kepada wanita, sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Jika engkau cuba meluruskannya, maka engkau akan mematahkannya dan jika engkau biarkan, ia akan tetap bengkok. Jadi kerana itu, berbuat baiklah kepada wanita.” (HR Bukhari), Perbandingan yang dibuat antara wanita dan tulang rusuk adalah peringatan yang indah bahawa wanita diciptakan tak sempurna. Ada hari yang mereka diberi “cuti”, bila emosi mereka tertanggung dan mereka rasa tertekan dengan kerja-kerja harian.
Tapi semua ini adalah sebahagian dari fitrah wanita, dan wanita diciptakan sesuai dengan peranan mereka sebagai penjaga utama. Emosi wanita membantu mereka untuk jadi isteri dan ibu yang lebih baik, dan emosi itu juga membantu bila logik akal dan tak mampu bersabar.
Sebagai suami, anda perlu faham bahawa isteri anda takkan jadi sama seperti yang anda mahukan. Dia ada caranya sendiri untuk menyelesaikan sesuatu perkara, yang tak selalunya sama dengan cara yang anda suka. Tapi yakinlah bahawa dia diciptakan cukup sempurna untuk tugasnya dan untuk anda, pasangan hidupnya.
Nabi Muhamad SAW menasihat kita untuk tidak cuba membaiki “kesalahan” isteri masing-masing atau ubah caranya. Nabi SAW menyarankan supaya kita menerima isteri seadanya dan terima bahawa dia ada banyak sifat yang berlainan dari lelaki.
Ini tak bermaksud bahawa lelaki lebih baik dari wanita atau wanita lebih baik dari lelaki tapi seperti tulang rusuk, lelaki dan wanita telah diciptakan sempurna untuk tujuan masing-masing. Wanita atau lelaki takkan lengkap tanpa satu sama lain. Mana isteri lemah, suaminya kuatkan. Mana suaminya kurang, isterinya lebih.
Rasulullah SAW menyifatkan manusia seperti gelas yang halus, yang seharusnya dijaga dengan cinta dan kasih sayang. Isteri adalah salah satu nikmat dari Allah SWT, pasangan untuk anda sama-sama cari ketenangan.
Oleh itu, jangan berkeras dengan isteri anda. Terima perbezaanya sebagai fitrah dan ingat bahawa sifat-sifatnya inilah yang buat dia sempurna untuk tugasnya.
Jangan paksa dia ikut kehendak anda kerana wanita susah menerima kata-kata kesar dan arahan. Mereka lebih mudah membalas kebaikan dan kasih sayang.
Cuba sehabis baik untuk lupakan kesalahan dia yang nampak di mata anda, dan fokus kepada kebaikannya. Paling penting, kasihani dia kerana bila anda cuba “meluruskan” dia, sama seperti tulang rusuk, ia akan patah.
SUMBER : https://aliffchannel.com
Kekal Mawaddah (Romantik), Jalan Pegang Tangan, Baring Atas Riba Walaupun Di hadapan Anak

PETUA UNTUK JADI KELUARGA BAHAGIA
MENCIPTA SEBUAH KELUARGA YANG SAKINAH ADALAH DITUNTUT KERANA SEBUAH PERKAHWINAN ITU SENDIRI BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN ZURIAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH. JADI SEBAGAI PASANGAN ANDA YANG MENCORAKNYA AGAR IA TERCAPAI DAN TERLAKSANA. IKUTI 32 TIP UNTUK MENDAPATKAN KELUARGA BAHAGIA DALAM ISLAM.
.
1. SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
2. Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
3. Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
4. Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
5 .Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
6. Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu – penyayang dan pengasih.
7.Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
8.Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
9.Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
10. Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
11.Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
12.Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
13.Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati –
“Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.”
14. Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
15. Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
16. Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
17. Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
18. Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
19.Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
20.Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
21.Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
22.Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.

.
23. Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
24. Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
25. Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
26. Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
27. Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
28. Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada ) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
29. Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah SAW.
30. Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
31. Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
32 . Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
Kredit Gambar Hiasan Tengku Izryn