Kalau rajin, anda boleh deko dapur jadi kemas dengan cara yang cukup jimat. Tak perlu pun kabinet bagai tetapi hanya menggunakan meja lipat, wanita ini dapat ubah suasana dapurnya jadi lebih tersusun.
Idea daripada Puan Ana Sakura ini akan membuatkan ruang dapur sentiasa kemas hanya dengan menggunakan meja lipat. Jom, tengok!
Deko Dapur Jadi Kemas, Tak Perlu Kabinet Tapi Guna Meja Lipat Je
Penstoran tanpa guna kabinet dapur tutup.
Bukan sahaja jimat bajet terutama yang duduk rumah sewa, tetapi juga cantik dengan kombinasi aksesori yang sangat berbaloi.
DEKORASI DAPUR TANPA KABINET
Aksesori tambahan:
– Letak wallpaper yang kalis air seperti pvc wallpaper, material keras dan berkilat. Boleh cari di shoppe.
– Letak shelf tanpa L sesiku yang boleh dibeli di Ikea pada harga RM59
Ads
– Kombinasi warna mestilah tidak lebih dari 3 pilihan warna supaya warna diblend cantik dan tidak nampak serabut
– Gunakan bidai jenis zebra blind yang dibeli pada harga RM59
– Bahagian skirting juga memainkan peranan, untuk kelihatan lebih kemas
– Pokok hiasan, bingkai gambar dan organizer box beli di kedai ECO
Ads
– Untuk labelling pula boleh tempah di shoppe atau beli sticker saja
Ini Idea Yang Digunakan
Idea 1
Idea 2
Ads
Idea 3
Idea 4
Idea 5
Idea 6
Jadi kalau anda rasa dah bosan tengok suasana dapur dalam rumah, boleh lah ubah dan naikkan seri dengan idea deko ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan pandang rendah pada rumah kos rendah, kalau pandai deko dan susun perabot, hasilnya tetap cantik dan luar biasa.
Apa yang penting ialah perancangan yang rapi dan susun atur yang tepat. Ditambah pula dekorasi yang menarik, tidak kira apa jua jenis kediaman anda, pasti akan terlihat seperti mahligai indah buat penghuninya.
Rumah Kos Rendah Cantik Walau Kecil
Seperti rumah teres kos rendah ini yang dihias dengan tema hitam putih, tampak ringkas tetapi kemas.
Melalui perkongsian tuan punya kediaman kali ini, En Aslam Ahmad di Facebook, ilham dekorasi kediaman ini adalah daripada isterinya sendiri.
Keadaan rumah yang kecil serta merta nampak lebih luas dan lapang apabila dicat putih. Pemilihan perabot dan perhiasan yang minimal juga membuatkan kediaman ini lebih moden disamping bertepatan dengan tema yang telah tuan rumah pilih.
Haa.. apa yang dikongsi adalah hasil sebelum dan selepas pasangan ini hias rumahnya. Nampak ketara bezanya, bukan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin lama menjadi suami isteri, semakin anda mengenali baik buruk pasangan. Belajarlah untuk menerima diri mereka seadanya. Jangan pula dicari kesempurnaan orang luar.
Hakikatnya, baik isteri mahupun suami ada kelebihan mereka sendiri. Jika kekurangan pasangan yang digali, makin terserlahlah sakit di hati. Sudahnya sendiri yang akan merasa penat di akhirnya.
Terima Baik Buruk Pasangan, Jangan Dicari Kesempurnaan
Sedihnya bila berbelas tahun hidup bersama, tiba-tiba terjadi badai perpisahan. Sama ada berpunca orang ketiga ataupun lain-lain sebab. Kesannya bukan saja pada pasangan, malah anak-anak turut merasai deritanya.
Maka itu, selagi anugerah berkasih sayang tuhan berikan. Jagalah ia dengan sebaik-baiknya. Bagi Zura Betty yang baru meraikan ulangtahun perkahwinan ke 16 tahun bersama suami, beliau berkongsi pesanan.
Jaga Bab Komunikasi Dengan Pasangan
Diam tak diam lebih 16 tahun dah usia perkahwinan. Titik pertemuan dengan pergaduhan sampai beranak enam.
Beberapa hari lepas dikejutkan dengan berita perceraian teman rapat. Usia perkahwinan kami lebih kurang. Ujian Allah tak siapa boleh halang.
Banyak kisah rumahtangga musnah berpunca dari komunikasi. Ini yang selalu saya pesan dan share juga pada anak-anak team. Dalam sebuah perhubungan komunikasi sangat perlu. Tidak kira dalam organisasi apa entah lagi family.
Ramai wanita memilih untuk berdiam dari bergaduh. Katanya tak kuasalah nak gaduh. Sama sahaja. Tapi hakikat keduanya memendam rasa.
Bila sampai satu saat, ledakan mula melahar. Waktu tu adakalanya sudah tak bermakna.
Jangan Dicari Kesempurnaan Orang Luar
Dalam berumahtangga juga tak lari dari kesilapan. Jangan suka mengungkit kisah lama yang hanya akan menguris perasaan dan menjadi barah dalam perhubungan.
Sebab tu bila ada masalah lebih baik selesaikan waktu tu dan lupakan. Jangan simpan akhirnya menjadi dendam dan ungkitan.
Bila pasangan mula tinggi suara, yang sorang sila diam. Jangan dibalas dengan ungkapan demi ungkapan. Bila dah reda kemarahan, duduk dan berbincang. Cari jalan penyelesaian. Jangan diam yang tidak berkesudahan.
Bila semakin berumur, adakalanya semakin sensitif, cepat terasa juga tersinggung. Itu lumrah. Tapi cepat-cepat cari jalan keluar.
Jangan dipendam perasaan, kelak merana jiwa.
Jangan dicari kesempurnaan pada orang luar. Carilah kelebihan yang ada pada pasangan pinjaman tuhan. Di sini pentingnya syukur.
Dalam berumahtangga yang paling penting ialah companionship. Teman sehidup semati, teman yang boleh berkongsi rahsia hati. Siapa pergi dulu Allah sahaja yang ketahui.
Maka selagi dipinjamkan untuk terus bersama, hargailah dan saling bertoleransi.
Berkahwin dengan suami orang bukan benda baharu. Cuma kebelakangan ini ramai sangat yang cuba ‘masuk jarum’ dengan suami orang tambah-tambah wanita muda. Bonda Rozita Ibrahim bagi pesanan padu dan memang makan dalam!
Berkesempatan untuk berada di Rumah Hutan Terapi Alam milik Bonda Rozita Ibrahim memang seronok. Suasana hutan yang damai membuatkan pesanan yang disampaikan Bonda lebih ‘feel’ untuk dihadam. Banyak ilmu yang Bonda kongsikan dan perbincangan tentang perkahwinan yang dijawab tulus dari hati seorang ibu.
Wanita muda kahwin suami orang. Apa kata Bonda?
“Saya selalu pesan kepada staf saya tentang hal ini. Ada dua perkara saya selalu kata, hari ini kita ambil suami orang, esok lusa, suami kita orang ambil. Dan pertanyaan saya, kenapa nak kahwin dengan suami orang, bekas orang?
Mereka ni pernah merasa dan buat tak elok dengan isterinya. Kalau memilih untuk hidup dengan kekayaan yang suami orang ni dah usahakan dengan isterinya, kita bukan dapat apa-apa.
Kredit foto: Instagram Bonda Rozita
Kerana nak merasa tumpang BMW, rumah banglonya, itu dia punya. Nanti kalau kena cerai, kita hanya bekas isteri. Orang yang berilmu pasti akan cari wanita yang berilmu untuk jadi teman hidupnya. Buat ‘geli-geli’ bolehlah!” tegas Bonda.
Soal jodoh memang itu ketentuan tetapi manusia juga boleh membuat pilihan.
“Kalau saya lelaki, saya akan pilih wanita yang ada harga diri dan bukan semata-mata nak tayang beg tangan mewah. Sebagai wanita, saya akan cari duit dan harta sendiri. Biar sama-sama kaya, baru menjadi!” katanya.
Seronok bercerita tentang kedua-dua orang menantunya. Menurut Bonda, isteri yang dipilih anak-anaknya adalah bermula dari menjadi kakitangan di bawah seliaannya. Walaupun pada mulanya mereka tidak pandai memasak dan mengemas rumah namun itu bukan ciri utama untuk menjadi isteri yang baik.
“Pada saya, menantu saya perlu pandai kerja dan cari duit. Bab masak dan sebagainya, itu boleh dipelajari kemudian. Yang paling saya tegaskan pada anak-anak lelaki saya hanya satu perkara…
Hormat mentua dengan baik. Kalau bukan kerana didikan mentua terhadap anak mereka, anak-anak lelaki saya tak dapat isteri yang baik, anak-anak yang comel seperti sekarang. Pada saya, bila kita sayang anak orang, menantu itu akan sayang pada kita, akan baik dengan kita.”
Seronok berjalan di Rumah Terapi Alam Bonda Rozita. Selain dikelilingi suasana hutan, di sini juga ditawarkan rawatan spa. Setiap bilik rawatan diberi sentuhan dekorasi menarik dan menenangkan. Bagi pasangan yang baharu berkahwin, lokasi ini terbaik untuk anda berbulan madu.
Ada air sungai yang jernih, chalet yang bersih dan selesa serta cafe yang menyajikan makanan enak. Tak perlu keluar pun dari kawasan ini kerana semuanya ada! Nak lebih ekstrim, pasangan pengantin boleh cuba ATV. Memang rasa taknak balik!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!