Mesti ramai yang terfikir nak hias halaman rumah sepanjang musim perayaan ini, namun disebabkan situasi sekarang kita perlu bijak dan jangan mempersia-siakan usaha yang kita lakukan. Jadi untuk mendapatkan hasil tuaian yang berguna namun masih mengutamakan ruang dekorasi taman yang indah, ini cara menanam sawi namun halaman anda tetap indah dan cantik di musim perayaan.
Semaian Sawi
Ada pilihan sama ada kita mahu terus semai ke dalam pasu atau semai dahulu di talam semaian. Berdasarkan pengalaman saya, eloklah kita semai dahulu di dalam talam semaian. Setelah bercambah, barulah kita pindah ke dalam pasu. Hal ini kerana jika kita terus tanam di dalam pasu ada potensi benih tidak bercambah, dimakan siput babi atau hilang akibat siraman air yang kuat. Media semaian yang biasa saya guna adalah peat moss. Tetapi jika tiada, anda boleh gunakan sabut kelapa hancur (cocopeat). Mana-mana yang mudah untuk anda dapat di tempat anda.
Penuhkan media semaian di dalam talam semaian. Buat sedikit lubang. Jangan dalam agar benih tidak terlalu tertanam dalam. Bubuh satu hingga dua benih satu lubang. Setelah itu tabur dengan sedikit media semaian lagi.Untuk siraman, anda boleh memilih untuk rendam talam semaian ataupun siram dengan penyembur bertekanan tinggi. Biasanya benih sawi akan bercambah dalam dua hingga tiga hari. Siram seperti biasa.
Apabila benih sudah bercambah, pastikan kita letak di tempat yang ada cahaya matahari yang cukup. Saya letak di tepi rumah dengan ada atap di atas. Kita dapat kenalpasti benih kurang cahaya apabila benih tumbuh melidi dan kurus. Ini tanda benih sedang mencari cahaya untuk proses fotosintesis.
Ads
Persoalan selalu saya dapat, bilakah masa sesuai untuk pindah setelah benih bercambah? Tunggu sehingga ada empat hingga lima helai daun. Ketika ini akar pokok sudah kuat dan mampu menahan pergerakan yang banyak.
Jika terlalu awal kita pindah, akar benih mungkin terluka dan seterusnya menyebabkan anak benih mati. Sementara menunggu bibit sawi itu membesar, kita boleh la sediakan campuran tanah yang bagus. Saya sarankan anda baca panduan membuat campuran tanah untuk tanaman pasu.
Penanaman dalam Pasu
Setelah cukup empat hingga lima helai daun, kita boleh sudah pindahkan benih ke dalam pasu.Pindahkan dengan berhati-hati agar akar anak pokok kurang kerosakan. Setelah pindah, letak pasu di tempat redup.
Hal ini penting agar pokok dapat pulih daripada kejutan pemindahan. Yelah ketika pindah kita telah mengganggu akar pokok. Jadi ia memakan masa sekitar lima hingga sepuluh hari untuk akar pokok pulih. Jika selepas proses pemindahan kita letak pasu terus di tempat panas, potensi untuk pokok sawi mati adalah tinggi. Satu pasu sesuai satu hingga tiga sawi sahaja. Jika terlalu padat, boleh menyebabkan berlaku persaingan antara sawi. Hal ini akan menyebabkan sawi tumbuh kurus dan tidak gemuk seperti di pasar.
Ads
Penjagaan Sawi
Sawi adalah sayur yang sentiasa perlukan tanah yang lembab. Siram dua kali sehari. Untuk pembajaan, paling bagus untuk kita gunakan baja organik seperti kompos dan baja tahi ayam. Tabur dalam segenggam seminggu selepas kita pindah di dalam pasu. Kemudian tabur lagi dua minggu selepas itu. Jika anda suka guna baja kimia, anda boleh guna baja NPK hijau dengan kadar satu sudu makan 7 hari selepas pindah. Kemudian selang dua minggu pula.
Cabaran sawi adalah pada serangan serangga perosak. Sawi paling digemari oleh pelbagai jenis serangga seperti beluncas, afid, lalat putih, koya dan juga belalang. Paling mudah adalah cegah dengan semburan cuka kayu dan racun organik buatan sendiri. Semburan dibuat seminggu sekali. Jika sudah terkena serangan, tingkatkan kekerapan semburan setiap hari sehinggalah serangan berkurangan atau hilang.
Ads
Tuai Sawi
Sawi boleh dituai 24-30 hari selepas kita tanam di dalam pasu. Cara tuai adalah dengan kita mencabut sawi terus dari pasu. Jika kita menuai dengan memotong sawi dari pangkal, akar sawi perlulah dicabut. Akar sawi boleh dijadikan sebagai salah satu bahan kompos.
Kesimpulan
Menanam sawi di dalam pasu tidaklah sesukar mana. Kita mulakan dengan menyemai dahulu di dalam talam semaian. Seterusnya pindah ke dalam pasu yang berisi campuran tanah berkualiti. Penjagaan seperti siraman, pembajaan dan kawalan racun perosak mampu menjadi sawi berkualiti. Semaian Sawi ada pilihan sama ada kita mahu terus semai ke dalam pasu atau semai dahulu di talam semaian.
SUMBER : kebunbandar.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu dalam seribu, begitulah ungkapan yang sesuai digambarkan kepada wanita ini yang membantu jirannya menghias rumah. Dari rumah yang nampak biasa, akhirnya bertukar tampak lebih moden dan teratur. Apa yang penting hanya menggunakan barang terpakai serta DIY sendiri. Memang cantik sangat! Idea ini boleh anda gunakan untuk dekorasi rumah baru anda nanti.
Tolong bahagiakan jiran
.
.
Misi kasi jiran kita happy. Sana sini orang dok sibuk deco rumah. Beli itu ini. Ganti macam-macam. Tapi ada jugak yang terpaksa pendam je sebab dia memang tak reti + takde budget. So kami cuba bantu sehabis mampu. Kami cuba sehabis baik untuk guna budget ikut kemampuan + guna pakai barang2 yang dikitar semula. Biasa laa… Kami kan pengutip tegar. Lama gak study apa yg tuan rumah ni suka. Yelah, takkan kita nak deco ikut suka hati kita je kan kan kan. Sangat mudah sebenarnya untuk sediakan barang hiasan.
Untuk rumah yang berkeluasan sangat comel ni cuma kekangan masa dari kami yang busy dengan rutin kerja dan sebagainya, menjadikan progress agak slow. Hampir semua projek diy kami ajak tuan rumah joint sekali. Supaya mereka lebih menghargai penat lelah sendiri.
Banyak DIY hias rumah dan guna bahan terpakai
.
.
Nanti jangan kata patutnya mcmtu, patutnya macam ini. Macam yang saya cakap kita diy hias rumah ni guna apa je yang ada.
Cat sea master glow 5 liter rm110 (utk 1 rmh)
Tikar getah maslino 14m x rm10
Langsir guna kain punji rm2.40 semeter. Guna 12 meter.
Eyelet curtain tape guna yg paling ringan rm15 ( 5 mtr)
( langsir sy jahit sendiri )
Hook utk rod langsir rm3.50. Guna 2 pcs bersamaan rm7
Kami guna kayu penyapu pnjg rm4.50 je beli kat hardware
1 liter cat putih dulux water base utk cat meja mkn dan kerusi + lain2 rm22.00
Cat wall gray stgh liter guna lebih cat wall rmh haku
Karpet rm50 je beli kat sakan
Lampu gantung + aksesori semua DIY guna apa je yg ada.
Sumber : Nani’s Makeover
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dekorasi untuk majis kahwin pastinya memerlukan bajet yang besar. Jika anda ingin berjimat, serikan dekorasi di ruang photo booth atau pintu gerbang dengan chalkboard buatan sendiri. Malah chalkboard juga boleh dipelbagaikan sebagai latar belakang pelamin.
Selagi boleh berjimat kan lebih baik. Lagipun jika nak membeli pasti harganya mahal, jadi kalau buat sendiri kosnya super duper murah. Cara nak membuatnya juga sungguh mudah iaitu dengan mengubah suai bingkai gambar terpakai. Malah chalkboard unik ini juga tampak lebih personalize.
Langkah 1: Keluarkan gambar yang sedia ada di dalam bingkai menggunakan playar.
Langkah 2: Bersihkan sekeliling bingkai tersebut dengan kertas pasir agar ia licin.
Langkah 3: Semburkan bingkai dengan cat sembur dengan jarak anda sekurang-kurangnya 12 inci daripada bingkai yang anda cat. Semburkan secara rata dan licin untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Ulangi proses semburan sebanyak dua lapisan untuk memastikan kesemua bahagian bingkai dilitupi dengan cat.
Langkah 4: Kemudian semburkan pula dengan cat sembur yang khusus untuk chalkboard. Sebelum menyembur, pastikan anda goncang cat tersebut sekurang-kurangnya selama 2 minit agar semburan lebih lancar. Semburkan pada permukaan yang akan dijadikan chalkboard atau anda boleh gunakan sahaja gambar yang ada pada bingkai gambar tadi. Sembur beberapa lapisan agar ia rata dan menutupi kesemua bahagian.
Langkah 5: Pastikan cat kering dan biarkan selama 24 jam. Setelah kering, contengkan kapur di atas permukaan chalkboard, kemudian padam menggunakan tisu.
Langkah 6: Pasangkan chalkboard pada bingkai dan kini ia sudah siap untuk digunakan.
Buntu memikirkan cenderahati istimewa apa yang ingin diberikan kepada tetamu di majlis perkahwinan anda nanti? Kalau inginkan kelainan, idea ini mungkin anda boleh pertimbangkan. Hadiahkan tetamu jemputan dengan balang buatan sendiri sebagai kenang-kenangan.
Balang kuih bersaiz mini boleh anda ubah suai dengan lakaran dekoratif sentuhan kreatif anda. Warnakannya dengan tema yang disukai serta paten yang menarik. Gunakan kreativiti anda untuk mencubanya.
Selain dijadikan sebagai cenderahati untuk tetamu, anda juga boleh pelbagaikan balang ini sebagai gubahan hantaran untuk bunga rampai.
Bahan-bahan:
1. Balang kosong bersaiz mini
2. Pita pelekat / masking tape
3. Beberapa contoh cat dari kedai hardware atau cat akrilik (boleh didapati dari kedai kraf)
4. Berus melukis
5. Reben
6. Tag bercetak terima kasih, coklat atau gula-gula
Cara membuat:
Langkah 1
Buang label yang ada pada balang mini (jika ada). Rendam balang semalaman di dalam singki. Ambil span dan gosok agar kesan gam pada balang dapat dibersihkan. Keringkan.
Ambil pita pelekat dan tampalkan pada balang. Untuk membuat bentuk segi tiga yang kecil, potong pita pelekat nipis dan memanjang. Anda boleh skip langkah ini sekiranya anda tidak kisah saiz segi tiga yang akan terbentuk lebih besar.
Langkah 2
Lekatkan pita pelekat di sekitar balang membentuk garisan memanjang dan segi tiga dengan menindih garisan memanjang pada pelekat itu. Jangan risau sekiranya saiz tidak sama. Tambahkan sedikit pita untuk membentuk segi tiga. Tekan pita tersebut supaya ia dapat melekat dengan sempurna.
Langkah 3
Mula mengecat mengikut garisan dan segi tiga yang terbentuk. Semasa mengecat, cuba jauhi daripada terkena pita pelekat – ini untuk menghalang ia nampak comot. Gunakan kombinasi cat Woodies DIY warna merah jambu cat tiub akrilik dalam warna shimmery gold. Penggunaan dua lapisan warna di atas pita pelekat ini bertujuan untuk memastikan warnanya tampil menarik dan menyerlah.
Langkah 4
Apabila cat telah kering (sekurang-kurangnya 30 minit), tanggalkan pita pelekat itu secara berhati-hati. Sekiranya cat berselerak di bawah pelekat tadi, gunakan pisau kraf untuk menanggalkannya.
Langkah 5
Ikat reben di keliling penutup botol bersama tag bercetak terima kasih. Kemudian masukkan coklat, gula-gula atau bunga rampai di dalamnya.
Langkah 6
Anda telah berjaya mengubah suai balang yang kosong dengan lakaran comel sebagai hadiah untuk tetamu anda bawa pulang di majlis perkahwinan nanti.