Cinta adalah fitrah dan setiap orang dianugerahkan naluri untuk saling menyayangi dan disayangi. Islam meletakkan cinta pada tempat yang tertinggi iaitu cinta suci kepada Yang Maha Esa dan menjadikannya sebagai agenda utama dalam kehidupan.

Terdapat tiga peringkat percintaan yang anda hendaklah cuba sedaya upaya untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari dengan unsur-unsur maksiat dan perkara-perkara yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah SWT.

Tiga peringkat tersebut adalah cinta sebelum nikah, cinta selepas bertunang dan cinta selepas bernikah. Jom kita kupas mengenai ketiga-tiga peringkat percintaan yang dimaksudkan ini.

CINTA SEBELUM NIKAH

Demi Menjaga Kesucian Cinta, Inilah 3 Fasa Penting Yang Perlu Dipelihara Pasangan!

Cinta sebelum bernikah adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara tiba-tiba, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian.

IKLAN

Cinta sebelum bernikah biasanya tidak digalakkan dalam Islam kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah kemaksiatan dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci iaitu untuk membawa pencintaan itu ke jinjang pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai orang Islam, mereka haruslah menjaga dan memelihara diri daripada perbuatan maksiat.

Setiap pasangan perlu menjaga batas pergaulan agar tidak mendatangkan fitnah dan membuat dosa tanpa anda sedari. Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berjanji temu (dating) dan berpelukan sama sekali dilarang sebelum adanya ikatan yang sah iaitu pernikahan.

CINTA SELEPAS BERTUNANG

Demi Menjaga Kesucian Cinta, Inilah 3 Fasa Penting Yang Perlu Dipelihara Pasangan!

IKLAN

Setiap pasangan yang bercinta pasti ingin mengakhiri kisah percintaan tersebut hingga ke jinjang pelamin. Ikatan pertunangan adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda sebuah cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang daripada pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan.

Pasangan yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak dengan gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

IKLAN

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal dan bukannya tempoh bermadu asmara. Maka orang yang dalam pertunangan tidak boleh melanggar batas-batas agama kerana masih belum halal untuk bersentuh-sentuhan, berciuman, dan sebagainya.

CINTA SELEPAS BERNIKAH

Demi Menjaga Kesucian Cinta, Inilah 3 Fasa Penting Yang Perlu Dipelihara Pasangan!

Allah mengiktirafkan cinta selepas nikah sebagai yang terbaik serta sumber segala kesenangan dan kasih sayang. Cinta selepas benikah adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama juga masyarakat.

Bagi menyemarkkan cinta selepas pernikahan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih-sayang. Antara cara-cara untuk menyemarakkan rasa cinta tersebut ialah dengan membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan dalam memuliakan pasangan serta rumah tangga yang dibina. Melahirkan zuriat sebagai bukti yang terjalin. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI