Bila sebut saja tentang hantaran kahwin, kita semua pasti akan teringat persalinan baju, kasut, beg, jam yang kebanyakannya barang berjenama. Maklumlah hendak dijadikan hantaran, tetamu yang datang akan menilik jadi kenalah barang yang elok dan hebat sikit.
Tapi menurut penulis buku kewangan Azizul Azli Ahmad hantaran sebegini walaupun mahal tapi sebenarnya sudah pun ketinggalan zaman, bukan trend terkini. Pengantin yang masih menyediakan barangan ini ternyata tak up to date. Kenapa? Sebab menurut Azizul semua barang ini adalah barang kehendak. Hantaran kahwin terkini yang sepatutnya disediakan bakal pengantin adalah barang keperluan lepas kahwin!
Ads
Bila ada yang marah dan hentuk kepala bila saya kata “Kenduri Kawin Bukan Duit Hantaran Lelaki”, izinkan saya beri cadangan.
Jika hantaran kita RM15,000, adakah kita habiskan dengan sewa khemah, tempah baju, makan tetamu dan bayar juru foto sahaja?
Semua itu tiada dalam rukun nikah sebenarnya. Lebih tidak malu duit itu habis dalam sehari, lepas kenduri duduk rumah sewa atau balik rumah mertua.
Tidur atas tilam lipat, pelamin sewa semua sudah tidak ada. Belum kira hutang yang berjela-jela.
Tetamu makan tidak habis buang merata-rata. Bakal suami kumpul duit RM15,000 sampai hendak terkeluar biji mata, minum air suam digerai itu dah biasa.
Belajar rasa malu guna duit orang lain untuk bermewah dan bermegah. Kenduri itu ‘kewajipan’ ibu bapa atas rasa syukur anak kita telah diijabqabulkan. Jika tidak mampu kata Ustaz Kazem, buat makan nasik lemak sahaja.
Cadangan saya, jadikan hantaran itu sebagai deposit rumah pertama. Bagaimana caranya?
Beli rumah flat di Bangi, Kajang dan Damansara Damai. Masih ada rumah bawah RM100 k lagi.
Deposit yang kita perlukan cuma RM10,000 sahaja (10 peratus).
Bayaran peguam, jurunilai, setem hasil sekitar RM3,700 sahaja. Jumlah semua RM13,700 dan masih ada baki RM1,300 lagi.
Pujuk abah atau wali jika abah dah tidak ada lagi mintak tambah RM 700 bagi jadi RM 2,000.
Beli nasi ayam madu yang harga RM 5 untuk 200 tetamu kita. Pacak satu khemah pun tidak mengapa. Buat dua jenis air panas dan sejuk saja. (RM1,000)
Jemput sedara terdekat, ahli surau kita dan jiran tetangga dekat. Kita bukan orang kaya hendak jemput 1 Malaysia.
Tetamu yang datang dapat yasin bercetak cuma RM0.70 senaskah baru RM140 sahaja.
Masih ada baki RM860 boleh gunakan untuk sewa baju pengantin, jika bijak buat baju melayu yang boleh pakai raya nanti.
Dengan modal RM15,000 hantaran kawin, rumah dapat kawin pun dapat. Jangan ‘poyo’ sangat kata itu semua sumbangan calon suami, ikut kami mahu buat apa.
Masyarakat Kelantan Terengganu sudah buat lama, kita saja buat buat terkejut atau saja tinggal duduk rumah sewa lama. Saya lagi suka.
Rancang duit hantaran buat apa bukan hendak bermewah lepas tu upload dalam instagram, ramai yang tengok dan gelak sahaja.
Bak kata orang, ‘bila bercinta semua indah belaka’. Memang ada kebenarannya. Saat bercinta merupakan detik yang sukar diungkap mahupun dirungkai kepuasan juga nikmatnya. Tika di samping si dia seolah-olah anda melayang bersama di awangan. Apa jua masalah yang bertandang pasti ada jalan penyelesaian. Walhal kita pun digalakkan untuk bercinta dan menyayangi sesama umat. Jika percintaan itu berkembang dan terus dibawa ke jinjang pelamin, alangkah indahnya. Namun pernahkah anda terfikir niat anda? Adakah anda bercinta berdasarkan niat yang betul?
Soal ini mungkin dianggap remeh, namun sekiranya ia salah, percintaan anda tidak akan ke mana. Dalam apa jua urusan, termasuk dalam soal percintaan haruslah dimulakan dengan niat yang betul. Jika anda bercinta dengan niat yang tidak ikhlas mahupun bersebab, sudah pasti nikmat percintaan tersebut tidak akan anda rasai dan semestinya sia-sia belaka. Berikut ialah 6 niat bercinta yang patut anda hindari.
1) Bercinta kerana Harta
Sebaik-baiknya elakkan dari bercinta dengan niat ini. Tiada gunanya hidup dilimpahi dengan harta mengunung sekiranya tidak ikhlas dalam percintaan. Harta datang dan pergi, harta juga boleh dicari, namun cinta sejati amat sukar untuk dimiliki. Hanya dengan ketulusan hati dan nurani sahaja yang membolehkan kita memperoleh sebuah cinta yang suci dan agung. Oleh itu, perbetulkan niat dan kembali menyintai dengan penuh keikhlasan.
2) Bercinta kerana Perasaan Asmara
Adakala perasaan cinta itu sukar untuk ditafsir dan kesilapan boleh berlaku. Tarikan terhadap pasangan yang sekadar bersifat luaran boleh dikategorikan sebagai asmara. Adakalanya asmara sentiasa berubah-ubah mengikut rupa, keadaan dan tempat kerana ia bersifat sementara. Lain pula dengan cinta, ia sentiasa berkekalan dan tidak digugat oleh mana-mana halangan. Oleh itu, elakkan bercinta atas alasan asmara dan fizikal semata-mata.
3) Bercinta atas Desakan Usia
Sudah menjadi fitrah manusia, apabila usia sudah meningkat senja dan rakan-rakan lain pula asyik berpasangan dan ada yang semakin menghampiri alam perkahwinan, secara tiba-tiba anda mulai gelisah. Akibat faktor usia, anda terima sahaja apa yang ada di hadapan mata tanpa memikirkan faktor yang lain. Hindari tindakan ini. Tawakal dan sentiasa yakin bahawa Tuhan sudahpun menyediakan yang terbaik buat semua umatnya.
4) Bercinta untuk Membalas Jasa
Memang betul, ada kalanya kita perlu membalas jasa mereka yang sudah berbudi tetapi tidak dalam soal bercinta dan pasangan hidup. Seeloknya elakkan bercinta atas dasar ingin membalas jasa kerana pastinya ia tidak akan kemana-mana. Apabila bercinta bukan atas dasar keikhlasan, di masa hadapan pasti akan ada masalah yang bakal timbul dan akan mengugat perhubungan tersebut.
5) Bercinta Atas Nafsu Semata-mata
Apabila perhubungan hanya melibatkan fizikal semata-mata, sudap pasti nikmat percintaan hanyalah sementara. Memang tidak dapat dinafikan, bersama amat penting di dalam institusi kekeluargaan dan juga bagi tujuan kelangsungan, tetapi hubungan intim hanya lah salah satu dari cabang pernikahan yang tidak berkekalan. Menjadi fitrah manusia, apabila sudah jemu dengan sesuatu pasti layanan yang diberikan tidak seindah dahulu. Oleh itu, elakkan bercinta berlandaskan nafsu semata-mata.
6) Bercinta atas Belas Kasihan / Simpati
Ini juga merupakan niat terakhir wajar dielakkan jika ingin mendapatkan sebuah cinta yang tulus dan suci. Benar, kita sentiasa digalak untuk menunjukkan belas kasihan dan simpati sesama manusia, namun apabila melibatkan perhubungan dan percintaaan, ia pasti tidak akan berkekalan. Belas kasihan mahupun simpati hanyalah sekadar mainan perasaan. Dan akibatnya, sudah pasti perhubungan yang disangka percintaan tidak dapat bertahan lama.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini ramai isteri yang bekerja demi membantu suami menambahkan rezeki keluarga. Walaupun isteri bekerja dan mempunyai pendapatannya sendiri, wang atau harta isteri adalah milik peribadinya, malah tidak boleh dimanfaatkan kecuali dengan keredaan dan kerelaan isteri.
Tugas utama yang diamanahkan oleh Allah kepada setiap wanita adalah membesar dan mendidik anak-anak. Malah tiada seorang pun yang dapat menggantikan peranan kaum wanita dalam memikul tugas ini.
Di dalam Al-Quran turut membicarakan perihal wanita dalam pelbagai sisi kehidupan. Bermula dengan hak dan kewajipannya sehinggalah menyentuh tentang keistimewaan tokoh-tokoh wanita dalam sejarah Islam dan kemanusiaan.
Sungguhpun begitu, Islam tidak pernah melarang wanita untuk keluar bekerja membantu menambah rezeki keluarga. Mereka boleh memilih bidang apa sekalipun asalkan pekerjaannya itu ‘halal’, mendapat persetujuan suami dan tidak melanggar syariat.
Gaji atau pendapatan isteri ini sebenarnya boleh mempengaruhi suasana dalam keluarga. Gaji yang berkat ditambah dengan usaha dan bantuan yang ikhlas itu secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri.
Walau bagaimanapun, terdapat juga di kalangan suami yang sering mengambil kesempatan terhadap isterinya yang bekerja. Seolah-olah, suami dengan sengaja memanfaatkan pendapatan yang diperoleh oleh isteri, sehingga menimbulkan pelbagai perbalahan dalam rumah tangga.
Justeru, fenomena inilah yang sering kali mengundang pelbagai persoalan dan pertanyaan. Apakah wang itu milik isteri semata-mata sehingga tidak ada hak bagi suami untuk menikmatinya? Atau wang tersebut milik bersama?
Bergembiralah wahai Muslimah. Islam juga menyarankan agar kaum lelaki berbuat baik terhadap wanita.
Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Bertakwalah kalian dalam (memperlakukan) terhadap wanita.” (Riwayat Muslim)
Dalam Shahihain dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah bersabda: “Hendaklah kalian memperhatikan kaum wanita dengan baik.” (Riwayat al Bukhari dan Muslim)
Justeru, setiap wanita itu harus memahami bahawa di bawah naungan Islam, wanita bakal hidup dalam kemuliaan lagi berharga serta hak-haknya dilindungi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah baginya.
Nafkah Kewajipan Suami
Umumnya, wanita merupakan sebahagian masyarakat yang dijamin kehidupannya. Baik sebagai anak, isteri, ibu atau saudara perempuan. Sementara lelaki pula, mereka diberi tanggungjawab untuk melindungi kaum wanita, dan wanita itu sendiri tidak wajib untuk menanggung nafkah keluarga.
Begitu juga dengan wanita yang sudah berkeluarga, segala keperluan rumah dan anak-anak haruslah ditanggung oleh suami.
Dan ini merupakan salah satu bentuk penghormatan Islam terhadap kaum wanita.
Allah SWT telah berfirman: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita), dan kerana mereka (kaum lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka”. (Surah An Nisaa’: 34)
Seperti mana ‘mahar’, pendapatan isteri juga boleh dikategorikan sebagai hak mutlak isteri. Suami tidak mempunyai hak walau sedikit pun ke atas harta tersebut. Kelemahan fizikal atau statusnya sebagai isteri, tidak bererti suami boleh “merampas” hak miliknya, atau memanfaatkannya mengikut kemahuannya.
Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul Rahman al Jibrin pernah ditanya tentang hukum suami yang mengambil wang (harta) milik isterinya, untuk digabungkan dengan wangnya (suami).
Menjawab pertanyaan ini, Syaikh al Jibrin menyatakan, tidak dinafikan isteri lebih berhak dengan mahar dan harta yang dia miliki, baik melalui usaha yang dilakukan, hibah atau warisan. Ia adalah hartanya dan akan kekal menjadi miliknya. Dia yang paling berhak untuk melakukan apa saja dengan hartanya itu, tanpa ada campur tangan pihak lainnya.
Sepenuhnya Milik Isteri
Wang atau harta isteri adalah milik peribadinya, tidak boleh dimanfaatkan kecuali dengan keredaan dan kerelaannya. Setelah mendapat keredaan itu, barulah ia menjadi ‘halal’ bagi suaminya.
Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT: “Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.” (Surah an Nisaa’: 4)
Ayat di atas, jelas ditujukan kepada para suami, bukan kepada para wali wanita.
Syaikh ‘Abdur Rahman as Sa’di di dalam tafsirnya menulis, ketika ramai orang (suami/lelaki) berbuat aniaya kepada kaum wanita dan merampas hak-hak mereka terutamanya mas kahwin yang dirasakan berat untuk diberikan kepada isteri, maka Allah memerintahkan para suami untuk tetap memberikan mahar tersebut kepada isteri.
Apabila para isteri mengizinkan bagi kalian (para suami) dengan reda dan kerelaan iaitu mengurangkan sebahagian daripadanya atau menunda atau digantikan dengan yang lain, maka tiada masalah bagi kalian (para suami).
Ada beberapa pertanyaan yang diajukan kepada Syaikh Bin Baz, antaranya: “Saya telah menikahi seorang guru. Apakah saya berhak mengambil daripada gajinya dengan redanya untuk suatu keperluan, misalnya untuk meminta sebuah rumah?”
Beliau menjawab: “Tiada masalah bagimu untuk mengambil gaji isterimu atas dasar redanya, jika dia seorang wanita rasyidah (berakal). Begitu juga dengan segala sesuatu yang diberikan kepada mu untuk membantumu, tiada masalah untuk engkau gunakan. Dengan catatan, ia rela dan dewasa.”
Tolak Ansur Suami Isteri
Hakikatnya, terdapat jalinan kasih sayang yang begitu utuh dan erat antara suami isteri. Namun, kemesraan ini tidak seharusnya berlandaskan kepada wang ringgit.
Ini kerana harga kemesraan dan keutuhan dalam rumah tangga itu tidak boleh diukur dengan harta benda dan wang semata. Sebaliknya kejujuran, kerjasama dan saling memahami merupakan resipi utama dalam kebahagiaan berkeluarga.
Andai kata suami itu seorang yang ‘cukup’ serba serbi, mungkin dia tidak akan tergamak untuk mengambil atau menggunakan harta isterinya. Begitu juga bagi seorang isteri, pasti dia tidak sanggup untuk meminta itu dan ini sekiranya suaminya seorang yang tidak bergaji besar.
Dalam keadaan ini, isteri sangat dianjurkan untuk membantu suami. Malah, rumah tangga akan terasa manis andai bantuan itu diberikan dengan hati yang benar-benar ikhlas dan reda.
Sebagaimana yang lakukan oleh Zainab, isteri Ibnu Mas’ud, menerusi Al Bukhari meriwayatkan hadis Abu Sa’id dalam Sahihnya, ia berkata: “Dari Abu Sa’id al Khudri: …Zainab, isteri Ibnu Mas’ud datang meminta izin untuk bertemu. Ada yang memberitahu: “Wahai Rasulullah, ini adalah Zainab”. Baginda bertanya, “Zainab yang mana?” Maka ada yang menjawab: “(Zainab) isteri Ibnu Mas’ud”. Baginda menjawab lagi, “Baiklah. Izinkanlah dirinya”, maka dia (Zainab) berkata: “Wahai Nabi Allah. Hari ini engkau memerintahkan untuk bersedekah. Sedangkan aku mempunyai perhiasan dan ingin bersedekah. Namun Ibnu Mas’ud mengatakan bahawa dirinya dan anaknya lebih berhak menerima sedekah ku.” Nabi bersabda, “Ibnu Mas’ud berkata benar. Suami dan anakmu lebih berhak menerima sedekahmu.”
Dalam lafaz lain, Nabi SAW menambahkan: “Benar, ia mendapatkan dua pahala iaitu pahala menjalin tali kekerabatan dan pahala sedekah.”
Syaikh Abdul Qadir bin Syaibah al Hamd mengatakan, terdapat beberapa pengajaran melalui hadis di atas:
1. Dibolehkan bagi wanita bersedekah untuk suaminya yang miskin.
2. Suami adalah orang yang paling utama untuk menerima sedekah daripada isterinya berbanding orang lain.
3. Isteri dibolehkan bersedekah untuk anak-anaknya dan kaum kerabatnya yang tidak menjadi tanggungannya.
4. Sedekah isteri tersebut termasuk bentuk sedekah yang paling utama.
Maka oleh sebab itulah, bagi seorang isteri yang baik, akan dapat mengelola wang dan harta milik peribadinya secara bijak, membelanjakan pada hal-hal yang bermanfaat bagi dirinya di dunia dan akhirat serta tidak boros sehingga mendatangkan kerugian baginya.
Sumber: Majalah i
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gambar perkahwinan merupakan memori yang akan dikenang oleh setiap pasangan pengantin. Momen yang dirakamkan oleh jurufoto pastinya menjadi kenangan terindah dalam hidup anda.
Untuk mendapatkan gambar yang cantik, anda haruslah memilih jurufoto yang berpengalaman dalam bidang ini. Perhatikan juga reviu-reviu daripada mereka yang pernah menggunakan khidmat mereka.
Selain itu, anda juga perlu belajar untuk ‘pose’ supaya gambar anda nampak ‘hidup’ dan tidak kaku. Gambar yang kaku tidak boleh diubah meski sehebat mana pun jurufoto anda.
Jadi sebelum kahwin, belajarlah beberapa ‘pose’ jika anda mahu dapatkan gambar perkahwinan yang cantik. Tip ‘wedding pose’ ini telah dikongsi oleh seorang jurufoto menerusi akaun Twitter miliknya, @hafizaquafiz.
*******************************************
Aku nak kongsi few wedding pose yg korang boleh cuba as a photographer/pengantin
Groom stand behind bride or vice versa, give them too look into distance or toward each other. Capture their romantic interactions, their joy & emotions!
For this pose, other than shoot straight from forward direction, korang boleh pelbagaikan angle shoot untuk jadikan shoot tu lebih menarik dan best. I love to separate them apart & join their hand. Supaya aku dapat fokus juga dekat diorang punya reactions.
Have them walking slowly toward us (photographer). Have them to talk to each other & focus on capturing candid and natural expression.
Pelbagaikan kompo, be creative!
No gap between body. Ask them to look to the eyes, feel the love gitew! Position their hand accordingly, direct where should their body face to. Pose yang ni kena santai, lagi santai lagi love!
This is my personal favourite composition in wedding photography. Walaupun sesetengah orang tak dapat terima awat pengantin kecil sangat dalam gambaq.
For this compo, u need to be detail, so that we get the frame & compo that we want. Framingkan ikut kreativiti anda.
Ask them to hold their hand, face facing each other atau seorang sahaja yang pandang muka pasangan. Or both look forward, up to you! Be creative okay!
You can either position bride to the front or vice versa to create some layer between them. Jarak diorang berdiri up to u. Want some deep pose, ask them to shut of their eyes, held head bit up, there u go.
For moment, just shout “happyyyyyyy lagi guys!”
You need to get them to trust & comfortably comfort with u first before doing this.
Tips: Layan pengantin seperti kawan/keluarga, be good & do good with them.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...