Bak kata orang, ‘bila bercinta semua indah belaka’. Memang ada kebenarannya. Saat bercinta merupakan detik yang sukar diungkap mahupun dirungkai kepuasan juga nikmatnya. Tika di samping si dia  seolah-olah anda melayang bersama di awangan. Apa jua masalah yang bertandang pasti ada jalan penyelesaian. Walhal kita pun digalakkan untuk bercinta dan menyayangi sesama umat. Jika percintaan itu berkembang dan terus dibawa ke jinjang pelamin, alangkah indahnya. Namun pernahkah anda terfikir niat anda? Adakah anda bercinta berdasarkan niat yang betul?

Kenapa Anda Terima Si Dia Dalam Hidup? Adakah Sebab Harta, Cinta Atau Rupa?

Soal ini mungkin dianggap remeh, namun sekiranya ia salah, percintaan anda tidak akan ke mana. Dalam apa jua urusan, termasuk dalam soal percintaan haruslah dimulakan dengan niat yang betul. Jika anda bercinta dengan niat yang tidak ikhlas mahupun bersebab, sudah pasti nikmat percintaan tersebut tidak akan anda rasai dan semestinya sia-sia belaka. Berikut ialah 6 niat bercinta yang patut anda hindari.

 

1) Bercinta kerana Harta

Sebaik-baiknya elakkan dari bercinta dengan niat ini. Tiada gunanya hidup dilimpahi dengan harta mengunung sekiranya tidak ikhlas dalam percintaan. Harta datang dan pergi, harta juga boleh dicari, namun cinta sejati amat sukar untuk dimiliki. Hanya dengan ketulusan hati dan nurani sahaja yang membolehkan kita memperoleh sebuah cinta yang suci dan agung. Oleh itu, perbetulkan niat dan kembali menyintai dengan penuh keikhlasan.

Kenapa Anda Terima Si Dia Dalam Hidup? Adakah Sebab Harta, Cinta Atau Rupa?

IKLAN

2) Bercinta kerana Perasaan Asmara

Adakala perasaan cinta itu sukar untuk ditafsir dan kesilapan boleh berlaku. Tarikan terhadap pasangan yang sekadar bersifat luaran boleh dikategorikan sebagai asmara. Adakalanya asmara sentiasa berubah-ubah mengikut rupa, keadaan dan tempat kerana ia bersifat sementara. Lain pula dengan cinta, ia sentiasa berkekalan dan tidak digugat oleh mana-mana halangan. Oleh itu, elakkan bercinta atas alasan asmara dan fizikal semata-mata.

 

3) Bercinta atas Desakan Usia

IKLAN

Sudah menjadi fitrah manusia, apabila usia sudah meningkat senja dan rakan-rakan lain pula asyik berpasangan dan ada yang semakin menghampiri alam perkahwinan, secara tiba-tiba anda mulai gelisah. Akibat faktor usia, anda terima sahaja apa yang ada di hadapan mata tanpa memikirkan faktor yang lain. Hindari tindakan ini. Tawakal dan sentiasa yakin bahawa Tuhan sudahpun menyediakan yang terbaik buat semua umatnya.

Kenapa Anda Terima Si Dia Dalam Hidup? Adakah Sebab Harta, Cinta Atau Rupa?

4) Bercinta untuk Membalas Jasa

Memang betul, ada kalanya kita perlu membalas jasa mereka yang sudah berbudi tetapi tidak dalam soal bercinta dan pasangan hidup. Seeloknya elakkan bercinta atas dasar ingin membalas jasa kerana pastinya ia tidak akan kemana-mana. Apabila bercinta bukan atas dasar keikhlasan, di masa hadapan pasti akan ada masalah yang bakal timbul dan akan mengugat perhubungan tersebut.

IKLAN

 

5) Bercinta Atas Nafsu Semata-mata

Apabila perhubungan hanya melibatkan fizikal semata-mata, sudap pasti nikmat percintaan hanyalah sementara. Memang tidak dapat dinafikan, bersama amat penting di dalam institusi kekeluargaan dan juga bagi tujuan kelangsungan, tetapi hubungan intim hanya lah salah satu dari cabang pernikahan yang tidak berkekalan. Menjadi fitrah manusia, apabila sudah jemu dengan sesuatu pasti layanan yang diberikan tidak seindah dahulu. Oleh itu, elakkan bercinta berlandaskan nafsu  semata-mata.

Kenapa Anda Terima Si Dia Dalam Hidup? Adakah Sebab Harta, Cinta Atau Rupa?

6) Bercinta atas Belas Kasihan / Simpati

Ini juga merupakan niat terakhir wajar dielakkan jika ingin mendapatkan sebuah cinta yang tulus dan suci. Benar, kita sentiasa digalak untuk menunjukkan belas kasihan dan simpati sesama manusia, namun apabila melibatkan perhubungan dan percintaaan, ia pasti tidak akan berkekalan. Belas kasihan mahupun simpati hanyalah sekadar mainan perasaan. Dan akibatnya, sudah pasti perhubungan yang disangka percintaan tidak dapat bertahan lama.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI