Pasti menjadi cita-cita dan impian setiap wanita untuk miliki bentuk badan yang ideal. Masing-masing berusaha keras sama ada berdiet dan melakukan pelbagai senaman untuk menjadi seperti yang diimpikan. Kadang kala semangat berkobar-kobar itu berlaku sementara waktu dan kembali dengan gaya hidup lama.
Yakinlah bahawa setiap usaha itu tidak semudah sebulan atau dua untuk anda boleh kembali kurus dan langsing, namun ia harus melalui proses yang panjang ditambah dengan disiplin daripada empunya diri. Jika mahukan sesuatu yang diimpikan berjaya, perlulah ada pengorbanan dalam diri.
Untuk anda menjadi lebih bersemangat dan berhasrat ingin kurus, dikongsikan tip daripada gadis bernama Ekin Khairi ini. Siapa sangka dahulu beratnya mencecah 85 kg, tapi kini dengan tip diet tanpa sebarang suplemen beratnya menjadi 60kg. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan dan dalam masa yang sama ingin menurunkan berat, jom cuba tip manfaat daripadanya ini.
LANGSUNG TAK AMBIL AIR MANIS
Just wanna share with you guys☺️
Macam mana ekin turun berat badan? Ekin banyak minum air masak, sometimes sehari tu sampai 4-5 liter. Ekin tak minum air manis langsung! Tak makan benda bergoreng, tak makan roti , nasi or fastfood. Makan buah, sayur, kacang, telur, low fat plain yogurt! workout tu yass mesti lah workout. Paling kurang sejam sehari. Lepas dah turun 10 kg, ekin makan nasi tapi segenggam nasi then sayur and protein. Ekin ada cheatday, seminggu sekali cheat day?? harus okay sebab ekin suka sangat chocolate + ice cream
BAJU SAMA TAPI SAIZ BERBEZA
Gambar kiri masa tu berbadan “comel” lagi, time tu bulan May tahun ni, yang kanan tu baru je tadi amik! Ekin dah turun berat badan almost 25kg! Alhamdulillah??? Still ada 7kg nak kena turun lagi! wish me luck!!
p/s : ekin pakai baju sama?
KENA ADA DISIPLIN
Paling penting …..
Disiplin❤️
Sepanjang ekin turunkan berat badan mmg tak amik langsung supplement turunkan berat badan or detox tea
Sekian dari ekin??
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rumah tangga bukanlah sesuatu demi untuk menghalalkan hubungan sahaja malah kerana ia sunnah daripada Nabi Muhammad SAW.
Setiap pasangan pasti ada berlainan perangai, jadi setiap pengalaman kita hidup berkahwin juga berlainan.
Bila ditanya orang dulu, rata-rata para isteri berikan tips-tips yang sama untuk kekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga.
Ingatlah bahawa perkahwinan anda adalah sesuatu yang perlu dipertahankan sampai bila-bila. Jika ada masalah, cari jalan penyelesaian. Jangan mudah putus asa.
Pilihlah seorang yang lebih tua yang anda berdua percayai untuk dijadikan tempat rujukan bila anda berdua ada masalah. Jangan tunggu sampai ‘retak’ baru mahu minta pertolongan.
Jaga solat anda dan Allah akan jaga perkahwinan anda.
Akui bila anda ada melakukan salah kepada suami. Buang ego dan minta maaf.
Bekerjasama itu penting dalam setiap hubungan perkahwinan. Seperti melakukan tugasan rumah bersama-sama agar meringankan beban pasangan.
Beritahu dia bila anda terluka atau apa yang mengganggu fikiran anda sejak mula lagi. Jangan pendam dalam hati.
Sabar itu sangat penting.
Dalam rumah tangga, suami itu adalah tanggungjawab utama anda.
Jaga percakapan agar tidak melukakan hati suami anda. Gunakan perkataan yang lembut dan hormat.
Rancang perjalanan hidup dan hala tuju anda sebagai suami isteri. Jangan selalu harapkan pasangan anda untuk melakukan segalanya.
Sumber : bercinta selepas nikah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Khas untuk bakal pengantin, dah boleh mula berjinak-jinak gunakan lidah buaya ini untuk rejim kecantikan anda. Semoga wajah juga kulit anda bertambah serinya di hari bahagia.
1. Khasiat Pokok Lidah Buaya Mengandungi Bahan Bioaktif Yang Boleh Meningkatkan Tahap Kesihatan
Pokok Lidah Buaya adalah tumbuhan yang mempunyai dahan atau daun yang tebal, mengandungi banyak air di dalamnya.
Ia banyak digunakan di dalam produk kecantikan, kosmetik, farmasi dan industri makanan. Dianggarkan bahawa tumbuhan ini menyumbangkan kepada $13 Billion dalam harga pasaran.
Setiap daunnya penuh dengan tisu licin (gel) yang menyimpan air dengan banyak, sehingga bentuknya menjadi tebal. Gel tersebutlah yang digunakan di dalam produk-produk kecantikan.
“The gel contains most of the bioactive compounds in the plant, including vitamins, minerals, amino acids and antioxidants.”
2. Pokok Lidah Buaya Mengandung Antioksida Dan Antibakteria
Antioksida memainkan peranan yang penting kepada kesihatan. Gel pokok lidah buaya mengandungi kadar antioksida yang kuat, yang tergolong dalam keluarga polyphenol.
Polyphenol ini, serta komponen yang lain di dalam pokok lidah buaya, boleh menghalang pertumbuhan beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan kepada badan.
3. Pokok Lidah Buaya Boleh Mempercepatkan Penyembuhan Kesan Terbakar
Pokok lidah buaya sangat biasa digunakan dalam kaedah rawatan sapu berbanding dengan rawatan makan.
Khasiat pokok lidah buaya ini sudah lama digunakan dalam rawatan kepada kudis, kesan kulit terbakar dan mengelakkan kesan cahaya matahari.
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pokok lidah buaya ini boleh merawat kesan kulit terbakar 9 kali lagi cepat berbanding ubat biasa yang terdapat di pasaran.
4. Air Pokok Lidah Buaya Boleh Mengurangkan Plak Gigi, Setanding Dengan Mouthwash
Pereputan gigi dan masalah gusi adalah salah satu masalah oral yang biasa dialami. Antara cara terbaik untuk mencegah daripada perkara ini berlaku adalah dengan mengurangkan pembetukkan plak pada gigi.
Dalam satu kajian ke atas penggunaan mouth rinse yang melibatkan 300 orang yang sihat, mendapati bahawa air dari pokok lidah buaya setanding dengan mouthwash yang lain – hanya dalam 4 hari.
Perkara ini berlaku kerana lidah buaya boleh membunuh bakteria penyebab plak gigi, yang dikenali sebagai Streptococcus dan yis Candida Albicans.
Menurut laman web Healthline.com, penggunaan pokok lidah buaya dipercayai telah digunakan pada zaman Mesir purba pada 6,000 tahun yang lalu.
5. Pokok Lidah Buaya Boleh Merawat Ulser Mulut (Pecah Bibir)
Ramai orang yang mengalami ulser mulut – mesti ada punya dalam sepanjang hayat mereka.
Biasanya, ulser mulut ini akan berlaku pada bibir, di dalam mulut dan akan berlanjutan selama 7-10 hari.
Sudah banyak kajian yang mencadangkan bahawa pokok lidah buaya ini boleh dijadikan sabagai satu kaedah rawatan berkesan kepada ulser mulut.
Di dalam satu kajian selama 7 hari ke atas 180 respondan yang kerap mendapat ulser mulut, diarah untuk menyapu sedikit cebisan gel pada ulser tersebut setiap hari.
Walaupun tidak setanding dengan ubat farmasi seperti Bonjela atau produk yang mengandungi cortocosteroids yang lain, tetapu tidak dinafikan bahawa ia boleh dijadikan sebagai satu alternatif yang berkesan.
Dalam kajian yang lain, mendapati bahawa gel dari pokok lidah buaya ini bukan sahaja boleh merawat ulser, malah mengurangkan rasa sakit!
6. Pokok Lidah Buaya Boleh Merawat Sembelit
Pokok lidah buaya boleh digunakan untuk merawat sembelit.
Kali ini bukan pada gelnya, tetapi pada latexnya – iaitu sejenis lebihan berwarna kuning yang melekat, dijumpai dibawah kulit daun aloe vera ini.
Salah satu komponen yang bertanggungjawab kepada kesan ini adalan dipanggil aloin atau barbaloin yang boleh bertindak sebagai laxative.
7. Manfaat Pokok Lidah Buaya Untuk Wajah dan Kulit
Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa pokok lidah buaya boleh melambatkan proses penuaan.
Dalam satu kajian ke atas 30 wanita yang berumur atas 45 tahun, sapuan gel pokok lidah buaya yang kerap (90 hari) boleh meningkatkan penghasilan kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit.
Kajian yang lain pula mendapati bahawa pokok lidah buaya boleh mengurangkan erythema (kesan merah pada kulit), tetapi pada masa yang sama mendapati bahawa ia boleh dehidrat sel kulit.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam keadaan tertentu, ada sesetengah pasangan tidak dapat mengelak daripada tinggal berjauhan. Selalunya atas alasan tuntutan pekerjaan atau pendidikan.
Namun begitu ia bukanlah alasan sesebuah hubungan suami isteri itu suram lantaran tidak tinggal sebumbung. Kata orang ‘Jauh Di Mata Dekat Di Hati. Inilah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan percintaan jarak jauh.
Namun usaha perlu ada dan berterusan bagi memastikan hubungan suami isteri kekal ‘hot’. Berikut dikongsikan rahsia mengekalkan hubungan jarak jauh.
Masak Bersama
Lelaki yang pandai beraksi di dapur adalah lelaki yang seksi. Setuju atau tidak? Ajaklah suami anda membantu anda di dapur. Masak makanan yang menjadi kegemaran anda berdua. Selang-selikan acara memasak dengan gurau senda anda berdua di dapur nescaya ia mampu menghangatkan suasana hingga bakal dilanjutkan di atas ranjang. Tapi pastikan anda berdua makan terlebih dahulu!
Beri Kejutan
Pakai baju tidur yang pernah anda pakai ketika malam pertama. Dengan cara ini anda dan suami dapat mengimbau kembali detik-detik indah bergelar pasangan suami isteri. Mungkin anda boleh menabur kelopak bunga mawar yang ditabur sepanjang jalan menuju ke kamar tidur. Tulis juga nota cinta di pintu kamar agar suami tercinta tidak sabar untuk bertemu dengan anda di ranjang.
Keluar Temu Janji
Jika anda berdua sudah lama tidak keluar berdua, rancang dengan pasangan untuk sebuah temujanji yang benar-benar bermakna. Dapatkan seorang pengasuh untuk menjaga anak-anak ketika anda berdua keluar bersama. Bersiap cantik-cantik umpama mahu keluar buat kali pertama dengan si dia. Berjalanlah sambil berpegangan tangan. Sekali-sekala tidak salah tangan ‘merayau’ di bawah meja ketika anda dan pasangan sedang menjamu selera.
Menonton Wayang
Menonton wayang bersama juga dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Pilih filem bergenre romantis. Secara tidak langsung ia dapat menyemarakkan rasa cinta anda dan pasangan. Jika tidak berkesempatan untuk menonton wayang, tonton filem romantik kegemaran anda berdua di kamar tidur. Pastikan anak-anak sudah tidur lena. Selepas itu, anda tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Beraksi Spontan
Jangan memandang remeh kepada aksi spontan. Sekali-sekala layangkan ciuman sayang pada pipi pasangan tanpa si dia dapat menduga tindakan refleks anda itu. Mungkin juga anda boleh berikan satu pelukan yang erat pada pasangan. Tentu si dia akan rasa dihargai dan disayangi dengan sepenuh jiwa dan raga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat bakal pengantin yang nak naikkan seri pengantin waktu atas pelamin, anda pasti tercari-cari petua cantik yang buat nampak wajah nampak fresh dan berseri.