Bukan mudah untuk menjalani kehidupan berumah tangga. Lebih-lebih apabila anda dan pasangan tinggal bersama keluarga. Banyak hati perlu dijaga. Di sini suami/isteri di sana emak dan ayah. Pasti wujud suasana yang kurang senang ketika tinggal bersama.
Usah rasa tertekan dengan masalah yang timbul dan jangan sesekali cepat melatah. Setiap masalah ada penyelesaiannya.
Berbincang
Sekiranya terdapat perselisihan faham, cuba duduk semeja dan berbincang. Kenal pasti masalah yang dihadapi dan selesaikan dengan cara yang baik. Jangan cepat menuding jari pada mana-mana pihak. Cuba bersikap adil dan bijak. Pasti masalah dapat diselesaikan dengan baik.
Lemah Lembut Dalam Percakapan
Perkara paling penting yang anda harus ingat, mesti menjaga percakapan. Jangan sesekali meninggikan suara atau bercakap kasar. Sekiranya anda bercakap dalam nada lemah lembut dan sopan, pasti kemarahan di pihak sana akan beransur hilang. Seperti kata pepatah ‘api jangan di simbah dengan minyak’ kalau dibiarkan makin marak.
Ads
Bersungguh-Sungguh
Jika masalah yang wujud disebabkan tabiat atau sikap yang tidak menyenangkan, bimbing pasangan anda untuk berubah. Anda juga perlu tanamkan azam dalam diri yang untuk sama berubah bagi mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia.
Bersabar
Mungkin anda telah menggunakan pelbagai cara untuk menjernihkan keadaan, namun hasilnya masih sama dan tidak berkesan. Jika perkara sebegini masih berlaku, cuba mengalah dan bersikap sabar. Tidak salah anda mengalah, kerana itu bermakna, anda mampu melawan ego kemarahan anda.
Ads
Sentiasa Bersama
Bagi pasangan yang baru berkahwin, kebiasaannya pihak wanita yang selalu mengalami masalah dengan keluarga mertua. Sekiranya isteri anda mengalami keadaan seperti itu, jangan rasa tersepit, anda perlu bijak menanganinya. Sentiasalah bersama isteri anda walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Sekiranya isteri tidak pandai masak, anda boleh membantunya bersama di dapur.
Luangkan Masa
Sekiranya ini terjadi, cuba luangkan masa bersama keluarga untuk keluar beriadah seperti berkelah di tepi pantai, mandi manda di taman tema air, dan banyak lagi aktiviti. Pasti hubungan kalian akan lebih erat dan bahagia.
Ads
Solat Berjemaah
Solat berjemaah sangat penting dalam mewujudkan sebuah keluarga bahagia. Dengan solat berjemaah, anda dan keluarga bukan sahaja dapat merapatkan silaturahim malah rumahtangga lebih diberkati Allah SWT.
Beri Hadiah
Jangan beri hadiah ketika ulang tahun kelahiran saja, anda juga boleh memberi cenderahati pada bila-bila masa. Mungkin ia kedengaran seperti rasuah, namun jika ‘kena’ pada caranya, hadiah tersebut akan bertukar menjadi pemberian paling indah oleh anda. Sekaligus dapat memujuk hati keluarga mertua anda yang dalam kemarahan.
Tip tambahan:
Elakkan berdebat untuk menegakkan kebenaran anda biarpun hakikatnya anda benar. Cuba beralah dan bersikap sabar.
Sekiranya anda dimarahi oleh ibu mertua, cuba berfikiran terbuka dan fikir balik kenapa anda dimarahi. Muhasabah diri kerana ia mungkin berpunca dari anda sendiri.
Jangan bersikap malas semasa bersama keluarga mertua.
INGAT! Anda bersama keluarga suami, bukan keluarga anda yang selalu melayan anda bak puteri raja.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alam perkahwinan bukanlah seindah yang kita sangka. Ada pahit dan manisnya juga. Begitu juga dengan cabaran yang kita bakal lalui nanti. Dah bersedia? kalau anda masih bergaduh macam zaman ‘couple’ dulu lebih baik anda ubah.
Bila dah berkahwin ni banyak tanggungjawab yang anda perlu pikul. Anda sekarang hidup berdua dengan pasangan. Masing-masing memerlukan sokongan masing-masing. Jangan pentingkan diri sendiri sahaja. Bertolak ansur itu adalah kunci utama dalam rumah tangga. Baca perkongsian lelaki ini. Semoga kita sama-sama ambil ikhtibar.
Ingat lagi bila kami baru berkahwin. Duk rumah sewa. Beli dapur, beli peti ais, beli tilam, beli barang yang penting saja dulu. Benda tak penting macam TV, meja makan, sofa semua tu kami tak beli.
Bulan ni beli peti sejuk. Kumpul duit beli pula mesin basuh. Beli satu-satu. Masa mula duk rumah sewa tu, beli yang mana perlu je dulu. Bukan beli peti ais, mesin basuh sekaligus. Beli sikit-sikit. Dah la rumah sewa kat sini boleh tahan harganya. Tiket flight nak balik kampung lagi. Memang banyak nak guna duit.
Memang perkahwinan membuka pintu rezeki. Kau jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.
Berbuka puasa pun jarang pergi bazar. Makan apa ada je. Banyak masak sendiri di rumah daripada makan luar. Masa tu rasa cukup sangat. Hati pun senang.
Bila dah beberapa bulan berkahwin, Alhamdulillah rezeki makin bertambah. Kehidupan makin stabil. Bila dah ada anak, lagi bertambah rezeki.
Gambar sekadar hiasan
Apa yang gua nak sampaikan, bila mula-mula kahwin tu biasalah kalau kau rasa kesempitan wang. Baru nak mulakan hidup berumah tangga kan. Tapi percayalah Allah akan bantu dan permudahkan semuanya.
Jangan kau pernah putus harapan. Yakinlah dengan rezeki kau. Berdoalah selalu supaya kau sekeluarga dimurahkan rezeki.
Kau jangan ingat nak hidup serupa drama petang-petang tu je. Nak kahwin dengan orang kaya je. Nak hidup senang je. Liku-liku kehidupan selepas kahwin ni cabaran dia banyak. Kau kena tabah. Kau kena kuat. Itu sebabnya kau ada pasangan. Hadapi dugaan tu berdua. Jangan sorang je derita, kau pulak bahagia.
Kalau boleh jangan kahwin guna pembiayaan peribadi. Kalau terpaksa kahwin guna pembiayaan peribadi pun, janganlah pakai habis untuk majlis kahwin je. Sekurang-kurangnya simpan lima ribu untuk kehidupan lepas kahwin tu. Ingat kehidupan selepas kahwin tu penting lagi.
Niat kau berkahwin kena betul. Jangan abaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri. Susah senang sama-sama. Jangan bila dah senang kau lupa isteri yang sanggup bersusah payah dengan kau dulu.
Kesusahan di awal perkahwinan itulah yang jadi kenangan indah. Kenangan kau patut ingat sampai bila-bila. Kenangan yang mendekatkan kau dengan pasangan. Bukannya semakin menjauh.
Sumber : AmirSyahir
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perubahan zaman menyebabkan kita mudah untuk berjumpa dan mengenali seseorang dengan cepat dan mudah. Laman sosial media terutamanya menjadi antara platform utama untuk mencari jodoh pada zaman ini.
Kini, anda sudah boleh mencari jodoh dengan hanya mengadap ‘smart phone’ sahaja. Tetapi perlu juga diingatkan yang medium internet sudah tentu mempunyai kelebihan dan juga kelemahan yang tertentu.
Namun, perlu diingatkan bahawa jangan sesekali beri maklumat peribadi anda kepada dia terlebih dahulu. Sebaiknya kenal hati budi dahulu sebelum berjumpa.
1. Tidak Mengganggu Masa Anda
Laman web adalah sesuatu yang bersifat boleh akses di mana-mana sahaja, tidak kira tempat dan waktu. Ia sangat sesuai bagi mereka yang selalu mengejar masa dan sibuk. Kesibukan merupakan antara faktor bagi golongan lelaki dan wanita lambat bertemu jodoh. Medium alternatif ini, ia akan lebih memudahkan golongan ini untuk bertemu dengan jodoh mereka.
2. Membantu Golongan Yang Kurang Keyakinan Diri
Mencari jodoh melalui internet juga adalah salah satu tempat alternatif yang baik bagi golongan yang kurang berkeyakinan tinggi. Ini kerana mereka dapat menyembunyikan kegugupan mereka berbanding jika bertemu secara berdepan dengan calon pasangan. Jika secara alam maya ia akan memberi sedikit kebebasan untuk bertanya.
3. Tidak perlu Keluar Rumah
Kelebihan mencari jodoh melalui internet juga adalah kita tidak perlu keluar daripada rumah. Bagi sesetengah orang, mereka malas untuk keluar ‘hangout’ terutama pada waktu hujung minggu kerana ia adalah waktu berehat. Jadi dengan hanya perlu melayari web cari jodoh, anda boleh bertemu jodoh dengan pasangan yang serasi.
4. Tidak Perlu Takut Ditolak
Anda yang mencari jodoh melalui internet tidak perlu takut jika mahu menolak atau ditolak oleh bakal pasangan taaruf. Ini kerana penolakan yang berlaku adalah biasa bagi cari jodoh secara ‘online’ ini. Semua calon yang mencari jodoh tidak bertemu secara berdepan. Jadi tidak perlu terasa hati atau tersinggung jika anda juga ditolak oleh calon lain.
5. Banyak Pilihan
Semestinya anda akan mempunyai banyak pilihan. Pilihlah yang terbaik dan serasi. Pastikan anda kenal bakal pasangan anda betul-betul sebelum melangkah ke tahap yang lebih serius.
6. Potensi Mendapat Jodoh Lebih Besar
Mereka yang mendaftar di laman web cari jodoh biasanya adalah mereka yang sudah bersedia untuk berkahwin. Tujuan dan misi mereka adalah jelas iaitu berkahwin. Oleh sebab itu, potensi untuk bertemu jodoh juga adalah lebih besar kerana semua orang yang mendaftar pada laman web tersebut mempunyai misi yang sama iaitu berkahwin.
Sumber : baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali anda berada dalam hubungan cinta, anda ingin menjadikan pasangan anda bahagia. Begitu juga dalam perkahwinan yang sihat, suami dan isteri ingin saling gembira. Membuat pasangan anda bahagia adalah coretan yang indah. Sekiranya suami usaha untuk membuat isterinya gembira, dia juga akan merasa bahagia dan sebaliknya. Jadi usaha untuk menjadikan pasangan anda bahagia adalah menang-menang bagi anda berdua.
Apabila mengenai kebahagiaan dalam perkahwinan untuk isteri anda, ada beberapa hal yang jelas seperti hubungan emosi, kesetiaan, dan rasa hormat. Selain itu, terdapat beberapa perkara lain yang sangat berkesan untuk membuat isterimu gembira tetapi agak kurang terperinci.
Mari lihat bagaimana anda boleh membuat isteri anda gembira dengan cara ini :
1.Dengarkan luahan isi hatinya
Ia adalah persepsi umum bahawa wanita bercakap banyak. Malah, wanita mendapat tenaga daripada bercakap. Mereka meluahkan tekanan mereka dengan bercakap. Untuk menjadikan isteri anda bahagia, anda perlu mendengarnya dengan penuh perhatian dan empati. Anda tidak perlu menyelesaikan masalahnya kecuali dia meminta anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah mendengar dengan penuh perhatian dan menenagkannya.
2. Hormati Keputusannya
Semua orang tahu bahawa rasa hormat adalah sangat penting kepada seorang wanita dalam hubungan kasih sayang tetapi menghormati keputusannya adalah satu lagi tahap kepuasan emosi baginya. Jika anda benar-benar mahu menjadikan isteri anda berasa penting dan berharga maka percaya kepada keputusannya.
3. Berikan layanan sewajarnya
Isteri anda mungkin tidak pernah mengatakannya tetapi dia mahu menjadi nombor satu dalam hidup anda dari segi kepentingannya. Cara yang paling berkesan untuk memuaskan kehendak ini adalah dengan memberi layanan yang lembut dan baik terhadap seorang wanita iaitu isteri anda. Ia akan membuatnya gembira sehingga dia akan bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk anda sebagai balasannya.
4. Mengambil berat terhadapnya
Cara lain yang berkesan untuk membuat isteri anda gembira adalah dengan menunjukkan anda mengambil berat dengan dirinya.Tanya soalan tentang kerjanya, kesihatan, perasaan dan sebagainya. Seorang wanita akan benar-benar merasa di hargai jika anda lakukan itu.
5. Tunjukkan kasih sayang anda kepadanya
Wanita memerlukan jaminan hubungan kasih sayang dengan mendengar “Saya sayang kamu”, atau “i love you”. Ia boleh menaikkan mood isteri dan semangatnya. Jadi, untuk membuat isteri anda bahagia, anda perlu memberi kasih sayang sepenuhnya kepadanya.
Sumber : seemabzakir
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!