Bila dah kahwin tanggungjawab suami menjadi lebih berat apabila dia bukan sahaja perlu memenuhi keperluan diri malah keperluan isteri juga. Lelaki bernama Firdaus Shakirin ini kongsi di facebooknya, gembiranya seorang isteri itu kerana ada suami yang selalu membahgiakan dirinya.

“Disebalik Isteri Yang Bahagia, Ada Seorang Lelaki Yang Betul-Betul Menjadi Lelaki…”

Disebalik seorang isteri yang bahagia, ada seorang lelaki yg betul2 menjadi LELAKI…

Lelaki yg tahu apa tanggungjawabnya…lelaki yg faham apa kewajipannya…lelaki yg tak pernah abai dlm menafkahi isterinya…

Bagi lelaki lain, memahami isteri itu sukar…tp bagi seorang lelaki yg berjaya membahagiakan isteri, memahami isteri itu mudah…

Isteri tak minta wang ringgit yg byk, cukup sekadar apa yg ada sahaja…isteri tak mintak selalu dibelai dan dimanja, cukup sekadar diberi perhatian dgn masa yg ada…isteri tak minta ditunaikan semua yg dihajatinya, cukup sekadar diberi apa yg wajib kpd dirinya…isteri tak minta dibalas setiap pengorbanannya, cukup sekadar dihargai dgn apa yg telah dilakukannya…

Utk membahagiakan isteri, lelaki tak perlu menjadi kaya…utk membahagiakan isteri, lelaki tak perlu sentiasa ada di depan mata…utk membahagiakan isteri, lelaki tak perlu berusaha sehingga tiada masa utk diri sendiri…

Permintaan isteri itu sederhana…tuntutan emosi isteri itu juga biasa…jgn di rumitkan seolah2 ianya terlalu sukar utk membahagiakan isteri…

Jadi diri sendiri, berubah ke arah yg lebih baik lagi jika perlu, dan bahagiakanlah dia ikut kemampuan kita sahaja…

TITIK.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI