(DIY) Gubah Sirih Junjung Anda Menjadi Eksklusif Dengan Cara Mudah Ini

Share

Perkahwinan sememangnya memerlukan bajet yang banyak. Oleh itu jika anda ingin menjimatkan salah satu barangnya dalah dengan mengubah sendiri sirih junjung anda.

Ramai yang bertanya macam mana nak gubah Gubahan Sirih yang simple tapi nampak eksklusif. Jom kita lihat cara-caranya di bawah ini.

Bahan- bahan:
1) Span Kering
2) Lidi
3) Pasu Topi
4) Daun Sirih Plastik 
5) Jarum Peniti
6) Gambir, Pinang, Kapur
7) Daun
8) Bunga Plum
9) Orchid

 

Langkah 1 : Letakkan span dalam pasu topi

 Anda perlu sumbat span kemas dan “fit” dalam pasu topi.

 

Langkah 2 : Peniti daun

Gunakan jarum peniti untuk lekatkan daun sirih di sekeliling pasu topi dan cucuk daun sirih.

 

Langkah 3 : Gulung sirih junjung dan lilitkan dengan tape hijau


Kalau anda tak confident atau tak pandai gulung, boleh gam dulu daun sirih dengan hot glue gun, dan lilit dengan tape hijau. 

 

Langkah 4 : Cucuk daun sirih ke dalam

Cucuk daun sirih yang digulung tadi dengan teratur dan kemas.

 

Langkah 5 : Letak bunga orchid

Bunga orchid tak semestinya kena warna krim, boleh letak orchid apa-apa warna sahaja ikut tema hantaran.

 

Langkah 6 : Letak daun dan aksesori

Letakkan bunga kecil dan daun-daun dimana-mana sahaja, asalkan dapat cover span dan tidak nampak penuh sangat.

 

Langkah 7 : Letak Pinang, Kapur, Gambir

Langkah ini kena hati-hati sikit, kerana ketiga-tiga barang ni agak manja dan senang hancur.

 

Langkah 8 : Siap!

Hasilnya cukup menarik!

 

Sumber : facebook ratuseharihandycraftenterprise

 

IKLAN