Perkahwinan sememangnya memerlukan bajet yang banyak. Oleh itu jika anda ingin menjimatkan salah satu barangnya dalah dengan mengubah sendiri sirih junjung anda.
Ramai yang bertanya macam mana nak gubah Gubahan Sirih yang simple tapi nampak eksklusif. Jom kita lihat cara-caranya di bawah ini.
Bahan- bahan:
1) Span Kering
2) Lidi
3) Pasu Topi
4) Daun Sirih Plastik
5) Jarum Peniti
6) Gambir, Pinang, Kapur
7) Daun
8) Bunga Plum
9) Orchid
Langkah 1 : Letakkan span dalam pasu topi
Anda perlu sumbat span kemas dan “fit” dalam pasu topi.
Langkah 2 : Peniti daun
Gunakan jarum peniti untuk lekatkan daun sirih di sekeliling pasu topi dan cucuk daun sirih.
Ads
Langkah 3 : Gulung sirih junjung dan lilitkan dengan tape hijau
Kalau anda tak confident atau tak pandai gulung, boleh gam dulu daun sirih dengan hot glue gun, dan lilit dengan tape hijau.
Langkah 4 : Cucuk daun sirih ke dalam
Cucuk daun sirih yang digulung tadi dengan teratur dan kemas.
Ads
Langkah 5 : Letak bunga orchid
Bunga orchid tak semestinya kena warna krim, boleh letak orchid apa-apa warna sahaja ikut tema hantaran.
Langkah 6 : Letak daun dan aksesori
Letakkan bunga kecil dan daun-daun dimana-mana sahaja, asalkan dapat cover span dan tidak nampak penuh sangat.
Ads
Langkah 7 : Letak Pinang, Kapur, Gambir
Langkah ini kena hati-hati sikit, kerana ketiga-tiga barang ni agak manja dan senang hancur.
Langkah 8 : Siap!
Hasilnya cukup menarik!
Sumber : facebook ratuseharihandycraftenterprise
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rumah yang bersih, segar dan diserikan dengan haruman mampu menambah keselesaan buat penghuni kediaman. Sekurang-kurangnya bau-bauan dari bahagian dapur atau bilik air dapat dihindari dengan haruman segar.
Persekitaran yang segar juga mampu memberikan kesan positif kepada mood seseorang. Bau yang harum turut dikatakan boleh menghidupkan suasana ceria di samping memberikan ketenangan sepanjang masa.
Penyegar kediaman boleh membuatkan seseorang lebih tenang di samping meningkatkan daya tumpuan. Kewujudan penyegar udara cukup penting untuk membuatkan kita berasa selesa.
Ruangan yang berbau harum akan mencipta kesan yang menyenangkan dan membuatkan kita berasa selesa berada di dalam rumah.
Melalui perkongsian Wawa Nuralsha, wanita ini berkongsi tip tentang ‘mengitar semula’ pewangi kediaman yang telah habis.
Glade korang habis jangan buang dulu! Dah kering potong kecik kecik. Letak dalam bekas. Masukkan air. Semerbak bau harum balik.
Letak je dalam bilik air, ruang dapur, sudut kabinet. Fuhh segar balik baunya.
Penjagaan kulit muka adalah amat penting bagi diri seseorang terutama wanita kerana wanita amat menjaga dan menitikberatkan kulit wajah mereka. Ada yang sanggup berhabis duit demi untuk menjaganya dan ada pula yang biasa sahaja dalam rutin penjagaan wajah mereka.
Skrub buatan sendiri adalah resipi untuk sihat, agar kulit tidak kusam dan bercahaya kulit bercahaya. Ianya adalah semula jadi, sentiasa segar dan tentu sekali bebas daripada kimia. Kami akan kongsikan kepada anda skrub muka yang boleh hilangkan kedutan di wajah anda. Jom kita cuba !
Sebelum itu, anda mesti melakukan proses ini 2 kali dalam seminggu.
Bahan-bahan yang anda perlukan :
1 sudu teh gula
1 sudu teh minyak zaitun
1 sudu teh madu tulen
Kaedah :
Dalam mangkuk bersih tambah 1 sudu teh gula, 1 sudu teh minyak zaitun dan 1 sudu teh madu tulen.
Campurkan semua bahan dengan baik dan sedia untuk digunakan.
Sapukan ini ke kulit anda dan gosok perlahan selama 2 minit dengan gerakan bulat.
Kemudian gunakan satu lagi lapisan di atas dan biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air biasa.
Minyak zaitun mengandungi banyak anti-oksidan seperti asid oleik yang membantu dalam melindungi kulit daripada kesan berbahaya radikal bebas yang mempercepatkan proses anti-penuaan.
Madu adalah pelembap yang sangat baik dan agen yang menenangkan yang membantu membawa cahaya terang pada kulit anda. Ia penuh dengan anti-oksidan yang akan melambatkan proses penuaan. Gula menarik kelembapan dari persekitaran ke dalam kulit. Oleh itu, apabila anda menggunakan gula atau gula derivatif, mereka sebenarnya akan membantu menghidrat kulit anda dan mengekalkan kelembapan dalam.
Sumber : Pinterest
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sirih junjung diibaratkan sebagai dulang utama yang mengetuai dulang-dulang hantaran yang lain. Ianya merupakan dulang perutusan yang sarat dengan adat masyarakat melayu.
Bahan-bahan
Bahan-bahan:
Sirih, bunga ros, bunga gerbera daisy, bunga kapur, span basah
Langkah 1 & 2Langkah 3 & 4
Langkah demi langkah:
1. Cucukkan daun sirih yang telah digulung di sisi bekas.
2. Serikan dengan bunga gerbera daisy.
3. Kemudian hiaskan pula dengan bunga ros.
4. Sisipkan lebihan daun sirih di tepak sirih dengan kemas.
TAHUKAH ANDA Bunga gerbera daisy boleh didapati dalam semua warna kecuali biru, dan ianya mampu bertahan selama 14 hari jika diletakkan di dalam vas yang berisi air. Bunga ini juga mempunyai keupayaan menyerap toksin dan karbon monoksida serta membebaskan oksigen pada waktu malam, jadi apakata letakkan vas berisi beberapa kuntum Gerbera Daisy di bilik tidur anda utuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!