Ada sesetengah negeri mewajibkan bakal pengantin menghadiri sesi temuduga bersama tok kadi sebelum mendapat surat kebenaran untuk berkahwin.
#1: Dua kalimah syahadah beserta maksud
#2: Al-fatihah
#3: Istighfar
#4: Doa Qunut dan hukum jika tertinggal doa qunut dalam solat Subuh
#5: Rukun Iman
- Beriman kepada Allah S.W.T
- Beriman kepada Malaikat
- Beriman kepada kitab-kitab suci
- Beriman kepada para Rasul
- Beriman kepada hari akhirat
- Beriman kepada Qada’ dan Qadar
#6: Rukun Islam
- Mengucapkan dua kalimah syahadah
- Mendirikan solat 5 waktu
- Berpuasa di bulan Ramadhan
- Menunaikan zakat
- Menunaikan haji bagi yang mampu
#7: Rukun nikah
- Pengantin Lelaki
- Perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
- Islam, baligh, berakal
- Tidak berada dalam ihram atau umrah
- Tidak dipaksa kahwin
- Tidak beristeri lebih dari 4 orang
- Pengantin Perempuan
- Islam
- Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
- Bukan isteri kepada seseorang
- Tidak berada dalam iddah
- Akad (Ijab & Qabul)
- Lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul.
- Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul.
- Lafaz ijab dan qabul membawa maksud yang sama.
- Had atau tempoh masa perkahwinan tidak boleh dinyatakan dalam lafaz ijab dan qabul.
- Wali
- Islam, baligh, berakal
- Merdeka
- Tidak berada dalam ihram atau umrah
- Bukan seorang lelaki yang fasik
- 2 orang saksi
- Islam, baligh, berakal
- Merdeka
- Boleh melihat dan mendengar dengan baik
- Tanggungjawab wali bukan ke atasnya
#8: Lafaz niat mandi hadas
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keluarga Yang Sempurna Bermula Dari Isteri Yang Happy
Isteri suri rumah biasanya lagi teruk tahap stres/depresi dalam diri dia. Lagi-lagi yang 24/7 anak-anak kecik menempek kat dia & terperap je dalam rumah.
Tak perlulah asyik dok condem suri rumah. Dok ulang kata surirumah takpenat, goyang kaki rehat2. Hari2 buat benda yang sama. Motherhood routine, mengadap orang caci sana sini, masa untuk diri sendiri jauh sekali — biasa nya akan ada satu perasaan yang terbuku dalam hati terlampau lama. Bila dah lama sangat jadi nanah. Paham2 la rasa nya macamana.
Perasaan rasa diri takguna tu biasa. Nak beli barang, duit sendiri takde. Saving & harta jauh sekali. Bila nampak kita membeli lebih sikit mula lah kata kita menyusahkan suami. Tak sedar diri awak tu surirumah.
Surirumah yang ada anak kecik2 lagi lah.. nak makan, mandi, tidur semua tak menentu. Ikut rezeki mood anak hari tu macamana. Orang lain dah mandi sampai 3x, surirumah ada yang sekali pun belum mandi. Lagi2 kalau anak jenis takboleh lepas mak nya. Makan? Apa yang anak makan tu jelah kita sauk sekali biasanya.
Dapat suami yang memahami alhamdulillah. Tak mintak banyak. Cukup lah paham situasi, pinjam telinga, bagi semangat & jangan tambah serabut. Tolong la hargai para isteri surirumah. Jangan buat dia macam macai.
Lagi teruk kalau dapat suami yang lepas tangan ni lah. Isteri tu sakit ke penat ke emosi stabil tak stabil semua dia buat taktau. Dia tau balik kerja dia mengadap tv/phone. Agak bosan dia keluar lepak dengan member. Balik tidur. Anak? Dia lepas semua kat isteri. Mana nya tak timbul isu isteri bunuh diri, anak kena kelar. Try tanya, suami nya buat apa? Jawapan yang tepat — suami nya tunggul.
Sebab apa suri rumah biasa boleh sampai teruk macamni? Dia takde kawan. Social life zero. Hidup dia untuk anak & suami. Kalau suami tunggul, itulah makin teruk. Sakit penat dia takde cuti. Kalau rasa awak tu suami yang ada rasa simpati, bagi lah masa untuk isteri tu ber’me-time’. Tak lama. 15minit pun isteri tu dah hargai. Tolonglah jaga anak sekejap. Buat apa yang patut kat rumah.
The struggle is real. Tak payah sembang kata mengada-ngada. Try tanya dekat suri rumah yang stres/depresi ni : pernah tak rasa nak bunuh diri? Betul. Normal. Sebab rasa diri tu takde guna. Menyusahkan orang.
Suami please do your job. Tunjukkan yang awak hargai isteri & ibu anak2 awak. Isteri tu manusia biasa. Bukan robot, bukan orang gaji, bukan macai yang takde perasaan.
Suami boleh ada banyak time off kan? Lepak dengan member, main game berjam jam masa. Isteri tu awak bagi tak? Kalau dia mintak tolong jaga anak 5minit pun payah, rasa2 diri tu layak ke jadi suami & ayah?
Keluarga yang bahagia memang bermula dari seorang ibu & isteri yang happy fizikal & mental. Siapa yang bertanggungjawab buat si ibu & isteri ni happy?
Ketua keluarga tu sendiri ?
Bila ada lompong dalam keluarga tu, check balik ketua keluarganya. Bila saling melengkapi masing2 lengkapkan mana yang kurang, insyaAllah bahagia dunia akhirat ❤️
Kredit : Farah Nunaa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wahai Lelaki, Hargailah Wanita Yang Diciptakan Dari Tulang Rusukmu Ini
“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan dari jiwa yang satu itu. Dia menciptakan pasangannya, dan dari keduanya Dia memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.” (Surah An-Nisa`: 1)
Dalam ayat ini dinyatakan bahawa daripada jiwa yang satu, Allah SWT menciptakan pasangannya. Qatadah dan Mujahid mengatakan bahawa yang dimaksud jiwa yang satu adalah Nabi Adam. Sedangkan pasangannya adalah Hawa. Qatadah mengatakan Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam. (Tafsir Ath-Thabari, 3/565, 566)
Dalam hadis sahih pula menyebut: “Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Apabila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau boleh bersenang- senang namun padanya ada kebengkokan.” (Riwayat Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 3632)
A. Hak seorang wanita
1. Hak memperoleh mahar dalam pernikahan
Allah SWT telah berfirman:
“Berikanlah mahar kepada wanita-wanita yang kalian nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian sebahagian daripada mahar tersebut dengan rela hati maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik.” (An-Nisa`: 4)
2. Hak perempuan yatim dipelihara
Allah SWT berfirman:
“Dan jika kalian khuatir tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bila mana kalian menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita lain yang kalian senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kalian khuatir tidak dapat berlaku adil maka nikahilah seorang wanita sahaja atau budak-budak perempuan yang kalian miliki. Yang demikian itu lebih dekat untuk kalian dan tidak berlaku aniaya.” (Surah An-Nisa`: 3)
Urwah bin Az-Zubair pernah bertanya kepada Aisyah tentang firman Allah SWT: maka Aisyah menjawab, “Wahai anak saudariku. Perempuan yatim tersebut berada dalam asuhan walinya yang turut bersyarikat dalam harta walinya, dan pihak wali ini ternyata tertarik dengan kecantikan anak yatim kerana berikut hartanya. Maka wali ingin menikahinya tanpa berlaku adil dalam pemberian mahar sebagaimana mahar yang diberikannya kepada wanita lain yang ingin dinikahinya. Para wali pun dilarang menikahi perempuan-perempuan yatim kecuali jika mereka mahu berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim serta memberinya mahar yang sesuai dengan yang biasa diberikan kepada wanita lain. Para wali kemudian diperintah untuk menikahi wanita-wanita lain yang mereka senangi.”
B. Suami diperintah untuk berlaku baik kepada isterinya
Allah SWT berfirman:
“Dan bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para isteri) secara patut.” (An-Nisa`: 19)
Al-Hafizh Ibnu Katsir ketika mentafsirkan ayat di atas menyatakan: “Halusi ucapan kalian terhadap mereka (para isteri) dan perbaiki perbuatan serta penampilan kalian sesuai kemampuan. Sebagaimana engkau menyukai bila dia (isteri) berbuat demikian, maka engkau (semestinya) juga berbuat yang sama. Allah SWT berfirman dalam hal ini:
“Dan para isteri memiliki hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf.” (Surah Al-Baqarah: 228)
Sementara itu Rasulullah SAW sendiri telah bersabda:
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarga (isteri)nya. Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga (isteri)ku.” (Tafsir Al-Qur`anil ‘Azhim, 2/173)
Seorang wanita telah dicipta untuk menjadi seorang makhluk yang mulia dan istimewa. Namun, janganlah anda kotori kemuliaan itu dengan akhlak yang bertentangan dengan ajaran yang telah digariskan agama.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Gaduh Lama-Lama, Dah Kahwin Nanti Kena Tetapkan Peraturan Ini Dalam Rumah Tangga
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Mustahil tiada langsung perselisihan faham berlaku di dalam rumah tangga. Perkara ini merupakan situasi yang tidak boleh dielakkan lagi.
Jadi, apa kata daripada membiarkan setiap sesi pergaduhan menjadi berlarutan, tetapkan peraturan yang dipersetujui bersama pasangan. Ini bagi menjamin anda dan pasangan masih berada dalam keadaan terkawal walaupun dalam situasi yang tegang.
1. Jangan Bergaduh Di Khalayak Ramai Terutama Di Depan Anak
Bergaduh di hadapan orang lain hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, masing-masing akan berebut-rebut untuk menang berbanding mencari jalan untuk menyelesaikannya. Perlu diingat, jangan sesekali ‘berperang’ di hadapan anak-anak, kerana ini akan memberi impak negatif kepada mereka sehingga besar.
2. Jangan Bergaduh Melalui Telefon
Ini termasuk melalui aplikasi teks seperti whatsapp dan sebagainya. Ini kerana maksud yang ingin di sampaikan itu di salah erti. Sedikit salah faham sahaja mampu mencetuskan pergaduhan yang lebih serius. Lebih baik perselisihan faham diselesaikan secara face-to-face. Anda tidak hanya boleh menilai keikhlasan melalui kata-kata sahaja tanpa melihat perkara lain seperti nada suara, bahasa tubuh dan ekspresi muka pasangan.
3. Jangan Tidur Dalam Keadaan Marah. Tetap Tidur Di Atas Katil Yang Sama
Seboleh-bolehnya cuba selesaikan perang anda dan pasangan sebelum masuk tidur. Tidur dalam keadaan marah menandakan tiada penyelesaian kepada perselisihan anda, seterusnya akan memanjangkan tempoh perang tersebut sehingga esok hari dan hari-hari berikutnya. Jadikan katil tempat anda berdua beradu sebagai ‘fight free zone’. Sebesar mana pun perselisihan faham di antara anda berdua, anda akan tetap tidur bersama.
4. Ambil Masa Untuk ‘Cooling Off’
Masa bertenang membolehkan anda dan pasangan berfikir dengan waras dan rasional. Perkara ini boleh mengelakkan terjadinya perbalahan dengan nada suara yang tinggi seperti terjerit-jerit dan menengking. Anda berdua akan lebih cepat menyelesaikan perselisihan dalam keadaan bertenang dan rasional.
5. Jangan Kongsi Cerita Gaduh Anda Dengan Ibu, BFF Mahupun Di Media Sosial
Meluahkan atau menceritakan hal selisih faham anda kepada orang lain bukanlah jalan menyelesaikan masalah, lebih-lebih lagi dengan meluahkannya di laman sosial. Tanya diri sendiri, apakah tujuan anda berbuat demikian, mahu si dia kelihatan jahat dan anda baik?. Secara realitinya anda bukan sahaja tidak menghormati pasangan, malah membuka aibnya kepada orang lain.
6. Jangan Menjerit-Jerit Atau Mengeluarkan Kata-Kata Kesat
Semasa berada di dalam keadaan marah, kita sememangnya cenderung untuk mengeluarkan kata-kata kesat, namun anda sendiri tidak suka jika pasangan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anda bukan? Menjerit-jerit dan mencaci maki mungkin memberikan anda rasa puas, namun untuk seketika sahaja. Pernahkah anda terfikir jika cacian anda itu menjadi satu doa buat pasangan?
7. Cari Jalan Penyelesaian
Semasa berada dalam situasi tegang tersebut, anda seharusnya sentiasa ingat matlamat utama adalah untuk mencari jalan penyelesaian. Jangan sesekali fokus tentang salah siapa perkara ini terjadi. Anda perlu membuat keputusan tepat untuk bangkit daripada kekecewaan dan kemarahan untuk mencari cinta dan kekuatan.
Jadi, tetapkanlah ‘Peraturan Gaduh Aman’ anda bersama pasangan dan paling penting pastikan masing-masing mematuhi peraturan ini. Kalau perlu, tambah peraturan baru dari masa ke semasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI