Dahsyatnya doa seorang isteri sehingga Allah SWT menyatakan dalam surah Al-Ghafir, ayat 60, “Berdoalah kepada Aku, nescaya akan Aku perkenankan.” Ini yang kita sedia maklum, syurga seorang isteri itu terletak pada keredhaan suaminya.

Berdoalah dalam apa keadaan sekalipun kerana doa seorang isteri ini besar impaknya di dalam rumah tangga. Ini yang dikongsikan Muhammad Ahmad di Facebok miliknya.

MAKBULNYA DOA SEORANG ISTERI

Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.

Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?

IKLAN

Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.

Sambil masak doa untuk suami,sambil basuh baju doa untuk suami. Sambil pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami,bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.

IKLAN

Wahai yang bergelar isteri,bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:

IKLAN

“ya الله ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. ya الله ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintahMU. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”

⭐️Isteri antara syurga atau neraka buat suami⭐️

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI