Setiap individu itu unik, setiap manusia ada kelebihan tersendiri.Sokongan moral seorang isteri itu amat diperlukan suami kerana doa seorang isteri yang solehah tiada hijabnya, apatah lagi jika masih ada doa dari seorang ibu kongsi lelaki bernama Mizan Dzai ini

BUKAN SEKADAR RELATIONSHIP GOALS.

Lebih kurang 10 tahun yang lepas, Conor McGregor ialah seorang lelaki miskin hina yang tak ada tempat tinggal dan masa tulah dia telah bertemu dengan seorang wanita cantik yang bernama Dee Devlin.

Tak lama lepas kenal, Dee telah bawa Conor keluar dari keadaan dia sebelum itu dan Dee bertindak memindahkan Conor ke sebuah apartment kecil miliknya dan memberi Conor makan setiap hari.

Cerita yang si Dee ni bawa kekasih gelandangan miskin tinggal kat apartment dia tersebar dikalangan kawan dan keluarga tapi Dee buat pekak sebab dia tahu, dia percaya apa yang dia sedang buat.

Dia percaya pada impian, cita-cita dan cinta.

Wanita itu bekerja keras untuk pastikan dia dapat beli makanan mahal yang sihat dan seimbang supaya Conor dapat berlatih dan menjadi lebih kuat dalam sukan yang diminatinya.

IKLAN

Selama bertahun-tahun Dee bertahan tanpa merungut, dia buat apa saja kerja yang mendatangkan duit, sanggup hidup susah semata-mata demi seorang lelaki yang mempunyai impian besar.

Sebab sekitar 6 tahun yang lepas, kerja Conor hanyalah sebagai seorang tukang paip, hampir tak ada tempat bergantung kecuali bergantung pada Dee untuk hidup, kerana kemiskinan dan kerana, mahalnya sebuah impian.

Pada malam Sabtu yang lepas, Dee duduk kat bahagian depan macam yang selalu dia buat untuk menyokong Conor yang tengah buat duit lebih dari 100 Juta dolar melalui pertarungannya untuk ditambah ke dalam kekayaan mereka.

IKLAN

Percaya pada diri kita sendiri dan cari orang yang percayakan impian dan cita-cita kita untuk berada disekeliling, terutamanya pasangan kita.

Setiap individu itu unik, setiap manusia ada kelebihan tersendiri.

Sebenarnya, hidup kita ni terlalu singkat untuk biar dan bersama dengan mereka yang nak tengok kita jatuh tersungkur, apatah lagi mereka sentiasa menunggu masa untuk bertepuk tangan.

IKLAN

Jangan sesekali biar keadaan atau orang lain disekeliling menghancurkan impian kita. Jalan untuk keluar dari kesusahan yang kita harungi sekarang adalah hanya dengan tindakan, fokus dan kerja keras.

Doa seorang isteri yang solehah tiada hijabnya, apatah lagi jika masih ada doa dari seorang ibu tetapi adakah pasangan kita percaya pada impian dan cita-cita kita yang masih belum terlaksana?

Yang baik kita contohi, yang buruk kita jauhi.

#SuamiMithali