Dua Tahun Lepas Suami MUABELLAZ Dapat Jambangan Duit Sempena Hari Lahir, Tahun Ni Lagi SWEET!

Share

Teringat lagi hadiah jambangan duit yang dihadiahkan Muabellaz kepada suami tersayang, Anuar Muhammad. Wang yang dihadiahkan itu adalah untuk meraikan dan menghargai kesusahan yang dilalui Anuar bersama Bellaz sejak mereka berkahwin.

 

Baca juga Jodoh Dengan Gadis Cantik, Jejaka Sindrom TREACHER COLLINS Bersyukur Tamatkan Zaman Bujang. – Pesona Pengantin

 

Membelek laman Instagram jurusolek kelahiran Kedah ini, tidak pernah sunyi dari hasil solekan yang begitu menarik dan kreatif. Bersempena hari lahir suaminya tahun ini, Muabellaz titipkan ucapan yang cukup indah.

 

Happy birthday to my lovely husban..Mat Nuart..

Suami dan papa yang terbaik untuk mama…
B orang yang paling banyak membantu mama, nasihat mama, bagi semangat dorongan untuk mama berjaya, sentiasa support binimu ini dari dulu. Tanpa b, mama takkan smpai ke tahap ni..Pengorbanan b dengan mama terlalu banyak.

Terima kasih menjaga mama dan anak-anak mama dan family mama. Lebiuu so much. Mama doakan b diberikan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki sentiasa, dipanjangkan umur serta bahagia bersama kami. Mama, Eica/Aidil/Yusuf dan Babylopa. Lebiu Mat Nuart.

 

Kredit foto: Instagram Muabellaz
Kredit foto: Instagram Muabellaz

 

Muabellaz bukan nama asing lagi bagi ‘pencinta’ kecantikan dan solekan. Selebriti media sosial, Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali dengan nama Muabellaz ini seringkali membuat tutorial mekap secara live

di media sosial sehingga membuatkan ramai pengikutnya menjadikan wanita sebagai rujukan dalam menatarias wajah.

 

Dari seorang anak yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang susah, Muabellaz bangkit dengan pengalaman dan skil yang ada untuk mengubah nasib keluarga. Ibu yang mempunyai empat orang anak ini sudah memiliki pelbagai aset mewah hasil daripada keringatnya dalam dunia solekan.

Kredit foto: Instagram Muabellaz
Kredit foto: Instagram Muabellaz
Kredit foto: Instagram Muabellaz

 

 

IKLAN