Bagi seorang wanita, mendirikan rumahtangga merupakan keputusan terbesar dalam dirinya, seumur hidupnya. Setelah dinilai dan difikir dalam-dalam, dia menerima kehadiran seorang lelaki yang bakal menjadi suaminya, seseorang yg perlu dilayaninya selama mana dia bergelar seorang isteri.

Dugaan yang paling besar yang perlu dilaluinya ialah bersabar dengan sikap suami, perangai suami dan tingkah laku suami. Bersabar dengan sikap mertua, perangai mertua dan tingkah laku mertua.

Berkahwin bukan dengan pasangan sahaja, malah seluruh ahli keluarga

Jika kita berkahwin dengan seseorang perlu diingatkan kita bukan berkahwin dengan dia sahaja malah termasuk seluruh ahli keluarganya. Mungkin banyak perkara yang akan berlaku tetapi itulah hakikatnya.

Bersabar dengan sikap ahli keluarga suami, perangai ahli keluarga suami dan tingkah laku ahli keluarga suami. Boleh jadi ada suami itu nikmat untuk dirinya…boleh jadi jugak, ada suami itu ujian utk dirinya…siapa pun suaminya, ALLAH dah pilih untuk dia dan itu jodohnya.

IKLAN

Ketentuan dari ALLAH,

Namun jika kita mengalami kesusahan, kesulitan dan kesukaran utk berhadapan dengan sikap suami, mertua dan ahli keluarganya, jika ada perkara yang kita tidak suka dengan suami, mertua dan ahli keluarganya, banyakkanlah berdoa pada ALLAH…

Kita tidak boleh ubah mereka, tapi ALLAH boleh

Minta dari ALLAH…jaga hubungan kita dengan ALLAH agar mudah untuk doa kita sampai kepada ALLAH…minta ALLAH jaga rumahtangga kita, minta ALLAH kuatkan kita…sekurang2nya, itulah sedikit sebanyak yang kita boleh lakukan untuk mengekalkan, mempertahankan rumahtangga kita setelah sudah “lama bersabar”…

IKLAN

Berdoa, tawakal dan berserah…ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita…

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Kredit : Penulisan Firdaus Syakirin