Kecantikan

Elak Muka Nampak Kelabu, Bakal Pengantin Kena Tahu Pilih Foundation Wajah

Share

Foundation sememangnya menjadi salah satu barang solekan yang penting untuk para wanita. Ia digunakan sebelum memakai bedak untuk menjadikan kulit anda kelihatan lebih sempurna kerana ia dapat menutupi sebarang kesan cela yang ada di wajah anda. Tetapi, itu semua bergantung kepada jenis foundation yang dipakai.

Antara manfaat yang boleh didapati dalam pemakaian foundation adalah ia tahan lama, mempunyai SPF untuk perlindungan kulit, menutupi cela, dapat mencerahkan kulit serta melembapkan kulit anda. Pastikan anda memilih foundation mengikut tona kulit yang bersesuaian agar tidak nampak pelik ketika memakainya. Berikut beberapa jenis foundation yang munkin boleh menjadi panduan untuk anda ketika memilihnya

Maybelline Dream Satin Skin Liquid Foundation SPF 24 PA++

Foundation farmasi terbaik untuk kulit kering

Krim asas terbaik untuk kulit kering kerana ia adalah sejenis cecair yang mempunyai liputan yang luar biasa dan 100% sempurna untuk muka anda. Datang dengan perlindungan SPF 24 PA++, foundation jenama Maybelline ini ringan dan dapat melembapkan k sepanjang hari. Mempunyai 6 jenis mengikut warna kulit yang boleh dipilih.

L’Oreal True Match Liquid Foundation

Terbaik untuk kulit kombinasi

Anda mempunyai 9 warna untuk memilih yang sepadan dengan tekstur & tona kulit anda. Mampu mendedahkan kualiti kulit yang lebih cantik, formula mudah sebati memberikan kemasan yang tidak akan bercapuk di muka anda. Jangan risau kerana ia bebas minyak, tiada wangian tamnahan dan diuji oleh ahli dermatologi. Keputusan tahan lama dan semula jadi yang memberi anda penghidratan selama 24 jam.

Elianto Whitening Stick Foundation

Foundation dengan SPF yang dapat memutihkan kulit wajah

Krim asas ini sangat mudah dipakai dan mudah sebati pada kulit. Formula ringan yang canggih memberikan rasa yang sangat halus dengan liputan yang tinggi dan tidak melekit pada kulit anda. Selain itu, produk ini mengandungi sifat pemutihan dengan SPF60 + / PA +++ supaya kulit tampil semula jadi.

Dengan menggunakan produk ini, ia dapat menutupi semua ketidaksempurnaan pada wajah seperti liang, garis halus dan bintik-bintik gelap.

SILKYGIRL Skin Perfect Liquid Foundation

Foundation murah terbaik untuk remaja dan beginner

Krim asas Silkygirl dengan kandungan nano seaweed plus vitamin E ini bertindak sebagai anti-oksidan terhadap radikal bebas yang melindungi kulit dari garis halus. Ia mengandungi SPF 30 dan PA +++ untuk melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB yang berbahaya. Tambahan pula, kulit dapat dilindungi dengan sempurna kerana teksturnya yang ringan, sekaligus memberi efek lebih sekata dan bebas cela.

IKLAN