
Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya. Ini 11 tips buat pasangan baru kahwin yang boleh anda amalkan.
TIPS PASANGAN BARU KAHWIN
***********************************
- Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
- Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
- Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
- Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
- Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.
- Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
- Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
- Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
- Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Tulisan asal : Isma Addi Jumbri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Orang Kurang Bahagia Kerap Upload Gambar Di Media Sosial

Menurut pakar, pasangan yang kelihatan sering update status yang menunjukkan saling bergurauan sesama sendiri di media sosial, sering berkongsi komen dan selfie diri sendiri walaupun berada dalam situasi yang biasa-biasa sahaja, mungkin bermaksud untuk menyembunyikan hubungan mereka yang tidak stabil.
Nikki Goldstein, pakar perhubungan dan seksologi dari Australia menyatakan bahawa pasangan yang kerap memuat naik status di media sosial selalunya mengharapkan tanggapan yang baik daripada orang luar tentang hubungan mereka.
Kebiasaannya, individu yang sering membuat posting itu adalah mereka yang mahu kelihatan bahagia di mata orang lain di media sosial. Jumlah like dan comment yang banyak memberi kelagaan kepada individu ini. Mereka sepertinya cuba membuktikan betapa bahagianya hubungan mereka dimata orang lain.
Goldstein juga berpendapat pasangan yang cenderung untuk mengambil gambar antara satu sama lain dan segera memuat naiknya ke Instagram adalah pasangan yang sering ‘hilang’ serta tidak dapat menghayati momen bersama pasangan.
Seseorang individu yang terlalu fokus mengambil selfie, kemudian mengaplikasikan filter terbaik dan meletakkan hashtag yang pelbagai sebenarnya terlepas momen indah yang berlaku disekelilingnya. Bukankah tujuan asal mengambil gambar itu adalah untuk merakamkan kenangan indah untuk dikenang semula satu hari nanti?
Pasangan masa kini lebih gemar merakamkan gambar dan terus memuat naik di media sosial dan sentiasa memerhatikan jumlah like dan comment yang diperolehi dari masa ke semasa.
Benar atau tidak kajian ini, tepuk dada tanya selera.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Isteri Saling Memerlukan, Gaduh Lama-Lama Pun Tak Guna

Isi Kandungan
ToggleDalam menjalani kehidupan, dugaan pasti ada untuk setiap pasangan yang berumah tangga. Inilah dikatakan ujian bagi menentukan apakah kita layak untuk terus berjuang ataupun hanya mampu mengikut emosi yang akan membawa binasa di kemudian hari. Maka bagi yang sudah menunaikan separuh dari agamanya, rumahtangga adalah merupakan antara medan pertarungannya untuk mendapatkan bekalan ke akhirat sana.
Suami isteri perlu lah adalah kerjasama dalam rumah tangga. Jika tiada kerjasama ia akan menjadi rumit. Anda berdua saling memerlukan. Nikmati lah saat indah bersama pasangan dengan gembira. Amalkan perkara-perkara ini dalam rumah tangga anda. Jangan gaduh lama-lama!

#Kesefahaman Antara Suami Isteri
Menerima pasangan seadanya akan lebih mudah dan terasa kemanisannya. Apabila kita saling memahami, suami isteri lebih mudah berkomunikasi dan menerima kelemahan dan kelebihan masing-masing.
Pastinya pada awal perkahwinan agak sukar bagi sesetengah orang untuk menerima perkara baru dalam kehidupannya, tetapi inilah yang dikatakan mengenal hati budi semasa berumahtangga. Fahami pasangan dan hiduplah bersama dengan bahagia.
#Faham Peranan Masing-Masing
Kekalutan dalam rumahtangga, ketidak harmonian menjalani bahtera sebenarnya semuanya berpunca dari ahli-ahlinya sendiri. Sebagai seorang suami dan isteri anda berdua perlulah memainkan peranan masing-masing atau ia akan menyebabkan runtuhnya sesebuah rumah itu.
#Sentiasa Bertolak Ansur
Komunikasi adalah salah satu cara penyelesaian yang paling berkesan jika berlaku pergaduhan. Tanpa komunikasi, hubungan anda berdua akan senyap seperti tiada apa yang berlaku. Ia tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Setiap kali berlaku sahaja pergeseran atau konflik, berlaku ikhlaslah dan bersegera menyelesaikannya melalui komunikasi sesama kita, agar kita lebih memahami kesilapan kita, dan keinginan dia, lalu berupaya untuk bertolak ansur pula selepas itu.
#Keutamaan
Sentiasa utamakan isteri anda dahulu dalam apa pun keputusan anda. Dengar juga pendapat isteri. Tanya sekali pendapat dia, jangan buat isteri macam tunggul. Maksudnya, janganlah sampai anda lebih-lebihkan kawan berbanding isteri. Sampai sanggup bertegang urat sebab kawan anda dah guris hati isteri.
#Tidak kedekut
Seorang ketua keluarga yang baik adalah seorang suami yang tidak kedekut dengan isterinya. Seorang ayah tidak berkira dengan anak-anaknya. Sentiasa memenuhi keperluan setiap ahli keluarganya dan membelanjakan hartanya untuk kepentingan keluarganya terlebih dahulu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kahwin Hanya Sekali, Pastikan Busana Pengantin Anda Kena Dengan Badan

Perkahwinan merupakan salah satu perkara yang indah dalam hidup kita. Pastinya semua orang mengingkan perkahwinan yang mereka bina berkekalan hingga ke akhir hayat. Kalau boleh mahu melalui perkahwinan sekali sahaja seumur hidup.
Pemilihan baju pengantin adalah sangat penting kerana ia akan mencerminkan konsep majlis perkahwinan anda nanti. Sudah pasti ia adalah perkara yang rumit perlu diselesaikan oleh setiap pengantin. Ini beberapa tips yang kami akan kongsikan kepada anda. Semoga anda dapat membuat pilihan dengan bijak dan berhemah!

1. Berapa pasang
Tentukan berapa pasang yang korang nak. Jumlah pasang bergantung kepada berapa jenis majlis yang korang adakan. Secara umumnya, minimum dua pasang dah cukup; satu pasang dipakai ketika majlis pernikahan dan kenduri di rumah perempuan, dan satu pasang semasa kenduri di rumah lelaki. Kalau korang buat semua majlis serentak pada satu hari, satu pasang pun dah cukup. Yang penting, jangan pakai sepasang baju yang sama pada hari yang berlainan.
2. Beli / tempah / sewa
Untuk mendapatkan baju pengantin, tiga cara utama yang boleh dilakukan; tempah, beli ataupun sewa. Cara terbaik adalah dengan menempah, kerana anda boleh berbincang dengan tukang jahit berkenaan rekabentuk yang diingini berdasarkan citarasa anda. Tambahan lagi, ukuran dan saiz boleh disesuaikan dengan badan korang. Kalau korang nak beli yang dah siap, sesuai kalau korang yang ade bentuk dan saiz badan yang normal kerana kebanyakan baju direka berdasarkan saiz normal kebanyakan orang.
Ataupun, kalau korang takde bajet yang tinggi untuk menempah sendiri atau membeli yang dah siap, korang boleh menyewa set pakaian pengantin daripada butik-butik pengantin. Namun, harus diingat, perlu menyewa dengan lebih awal, takut takde saiz dan baju yang sesuai kalau lambat.
3. Reka bentuk
Rekabentuk baju pengantin yang korang pilih, samaada baju melayu, baju kebaya melayu, ala Inggeris, ala Bollywood dan sebagainya, perlulah sesuai dengan tema majlis perkahwinan korang. Dari segi jenis material pula, perlulah menentukan samaada nak kain satin, songket, lase dan sebagainya. Dapatkan pandangan daripada pereka baju ataupun jurujual butik pengantin untuk mendapatkan rekabentuk dan jenis material yang sesuai dangan bentuk badan korang untuk majlis perkahwinan.
A) Badan Gempal Dan Tinggi
Individu yang berbadan seperti ini sesuai menggayakan busana berwarna gelap seperti hitam, coklat gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Jika ingin bergaya dengan baju bercorak, pilih corak bunga-bunga kecil. Elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menyerlahkan kegempalan anda.
B) Badan Kurus Dan Rendah
Jika anda termasuk golongan ini, serlahkan penampilan dengan menggayakan warna busana yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda tampak lebih tinggi. Lengkapkan penampilan anda dengan memakai kasut tinggi seperti wedges, ia mampu membantu menambahkan ketinggian anda.
C) Badan Kurus Dan Tinggi
Bagi individu yang berbadan kurus dan tinggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.
D) Bentuk Badan Buah Pear
Busana yang tepat untuk bentuk tubuh ini adalah yang mampu menyeimbangkan bahagian atas tubuh dengan bahagian bawah tubuh. Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, perincian yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.
E) Bentuk Tubuh Epal
Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik. Pilih warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.
F) Bentuk Tubuh 4 Segi Atau Brick/Rectangle
Pilihlah pakaian dengan potongan yang jelas agar membantu membentuk lekuk tubuh, seperti pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki perincian pita dan kerut yang ringkas. Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. Jangan mengenakan terlalu banyak perincian dan gabungan rona berlebihan agar kesannya tidak terlalu serabut. Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.
G) Bentuk Tubuh Jam Pasir
Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis busana dan warna. Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan skirt dengan potongan A-line agar anda kelihatan lebih ramping.

4. Warna
Pemilihan warna baju pengantin yang salah akan sedikit sebanyak mencacatkan majlis perkahwinan, jadi korang kene berhati-hati. Pastikan warna yang dipilih sesuai dengan bentuk tubuh dan warna kulit korang. Jika anda berbadan gempal, anda boleh tampak lansing jika mengenakan baju pengantin yang berwarna sedikit gelap dan diperbuat daripada material kain tidak licin.
Untuk pengantin yang berkulit gelap, seelok-eloknya elakkan warna gelap kerana akan menenggelamkan seri pengantin baru. Namun, memilih warna yang sangat terang juga adalah tidak sesuai terutama apabila gambar diambil. Pilihan terbaik adalah memilih baju pengantin yang berwarna lembut dan sederhana, seperti kuning dan putih. Apa-apapun, semuanya bergantung kepada citarasa dan minat korang.
5. Aksesori
Walaupun baju pengantin yang dipakai adalah ringkas dari segi rekabentuk, jenis dan warna materialnya, tapi korang masih boleh menyerlahkan penampilan dengan menggunakan aksesori yang sesuai. Rantai, keronsang, gelang, mahkota dan selendang adalah aksesori yang sesuai untuk dipakai pengantin wanita. Manakala, untuk pengantin lelaki, bergantung kepada jenis baju yang dipakai, aksesori yang sesuai adalah songkok, keronsang, sampin dan keris.
Perlu diingatkan aksesori yang dipakai usahlah terlampau banyak sehingga menyebabkan anda tidak selesa dan sukar bergerak. Di samping aksesori tambahan, pemilihan kasut yang bersesuaian dengan pakaian yang dipakai turut memainkan peranan yang penting. Elakkan memakai selipar biasa.
Sumber : miezipro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI