Hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi. Setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang dengan malam, pasang dan surut.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon, Elfira Loy, 29, yang sudah hampir empat tahun melayari bahtera rumah tangga menyifatkan perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang tidak mudah untuk digalas.
Ibu kepada dua cahaya mata ini berpendapat bahawa banyak pengorbanan yang perlu dilakukan dalam memastikan kehidupan rumah tangga kekal harmoni dan bahagia.
“Sebelum berkahwin, persepsi saya terhadap perkahwinan ini berbeza dan selepas melaluinya memang apa yang saya fikir sebelum ini tak sama.
“Saya rasa orang yang dah berkahwin saja akan tahu apa itu perkahwinan sebenar. Ia bukan mengenai dua hati saja.
Ads
“Selain itu, banyak pengorbanan dari sudut perasaan, kerja, hati serta masa. Hanya orang yang matang boleh melaluinya. Kalau tak matang memang akan selalu ada pergaduhan sepanjang perkahwinan,” katanya.
BERKAHWIN KETIKA KERJAYA DIPUNCAK
Ditanya kenapa dia memilih untuk mendirikan rumah tangga ketika namanya berada di puncak, Elfira berkata, soal populariti bukan sesuatu yang dikejarkan selama ini.
Ads
“Itu bukan keutamaan dari awal saya masuk dalam bidang hiburan ini. Saya bergelar artis sebab nak kukuhkan nama. Segala gelaran atau penghargaan yang diberi, itu semua orang yang beri. Saya hanya fokus kepada kehidupan sendiri dan tak pernah rasa perbezaan itu,” katanya.
Dalam pada itu, Elfira turut menasihatkan sesiapa yang ingin berkahwin muda supaya mencari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu.
“Perkahwinan ini bukan mudah. Jadi kena cari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu baru ambil keputusan berkahwin.
Ads
“Perkahwinan ini bukan sekadar suka sama suka, kemudian ajak berkahwin. Banyak ilmu yang perlu dipelajari.
“Bagi saya, melayari rumah tangga ini perlu ada keikhlasan. Ikhlas itu yang akan buat semua benda menjadi mudah,” katanya.
Untuk info, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 di Cyberjaya. Pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata, Rayyan dan Aria.
Bila si isteri kreatif, kabinet TV lama nampak molek pula hasilnya selepas digodek dengan menggunakan beberapa bahan.
Selamat bajet suami, tak perlu beli yang baru dan kenapa nak membazir kalau barang masih boleh diguna.
Isteri Buat Kabinet TV Lama Diberi Nafas Baru, Molek Pula Hasilnya
Bagi anda yang mempunyai kabinet TV yang sudah lama dan buruk, apa kata cuba teknik pengubahsuaian yang dikongsikan oleh Puan Irni Yalena.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Rattan Webbing
Gunting
Stapler
Penyembur Cat
Bagaimana cara teknik untuk melakukannya, ada boleh sahaja melihat pada perkongsian gambar di bawah:
Nampak menarik kabinet TV lama ini, bukan? Lagi pun warna putih memang akan naikkan seri rumah bagi nampak luas dan lapang. Cuba anda pula yang cuba godek barang perabot lama, mesti jadi molek macam ini!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi anda yang baru kahwin, perlu ambil peduli dan belajar macam mana untuk kekalkan bahagia dalam perkahwinan sampai ke hujung nyawa.
Seorang isteri bukan hanya perlu jaga makan minum suami tetapi 10 perkara ini juga wajib dipantau selalu. Ini antara perkongsian daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah untuk jadikan baja dalam hubungan.
1. Jaga rahsia suami
Ada isteri tanpa sedar menceritakan keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini menanam dosa dalam diri.
2. Jaga sifat malu dalam diri
Tebalnya sifat ini dalam diri mengangkatkan lagi martabat dan maruah bagi kaum hawa.
3. Apabila suami balik kerja, beri dia rehat
Biarkan suami rehat 30 minit sebelum bertanya pelbagai soalan. Sampaikan khabar yang gembira dahulu dan kurangkan cerita-cerita yang tidak enak untuknya.
4. Jaga diri dengan kerapkan membaca Al-Quran dan maksudnya
Isteri selalunya kuat ‘overthinking’ dan bila dah rasa begitu, mulalah ada yang ‘membisik’ dan menambah api kemarahan.
5. Jaga diri dengan perbanyakkan solat taubat sebelum terlambat
Mohon maaf dengan suami setiap masa kerana biasanya suami meninggalkan dunia terlebih dahulu berbanding isteri.
6. Fahami kesan marah
Seri muka hilang, mudah sakit jantung, darah tinggi, selesema, mudah dijangkiti virus, tulang rapuh dan hancur rumahtangga. Justeru, kawal marah.
7. Cemburu sifat orang yang beriman & tanda kasih sayang
Namun jika ia berlebihan akan membuat suami stress dan tertekan. Jika timbul rasa cemburu, perbanyakkan berdoa dan berserah pada Allah untuk Dia menjaga rumahtangga kita agar terus harmoni.
8. Jaga rumah tangga
Jangan benarkan kemungkaran berlaku. Pesan pada diri dan suami supaya hindari hal-hal kemungkaran.
9. Seimbangkan hidup
Banyakkan aktiviti membersihkan hati, membetulkan amalan, berkawan dengan orang yang baik, jaga solat, berkatkan rezeki, riadah selalu dan buat semua perkara sehabis baik.
10. Amalan harian terbaik seorang isteri adalah solat taubat
Selain solat taubat, dinasihatkan juga agar istighfar 70 kali, sembahyang hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik kepada semua orang dan doakan keluarga serta semua jiran tetangga ya.
Moga petua ini dapat meramaikan lagi isteri solehah dan berbakti sehabis baik pada rumahtangga bahagia.
Isteri solehah adalah bidadari syurga. Semoga bermanfaat!
Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular berita legenda dikir barat, Halim Yazid kahwin lagi dengan wanita berusia 21 tahun baru-baru ini di medsos.
Halim Yazid Kahwin Lagi
Dalam usia 64 tahun, siapa sangka pelantun lagu Anak Tupai direzekikan jodoh lagi yang mana beza jarak usia pun 43 tahun. Namun ini bukan satu halangan buat Nurul Farhana Asyikin, 21, menerima Halim Yazid.
Diijab kabul pada 8 November 2022, wanita itu tulus menerima Halim yang merupakan bapa kepada lapan cahaya mata.
Kenal Di Media Sosial
Menurut Halim yang merupakan pesara Universiti Malaya, percintaannya Nurul Farhana bermula apabila wanita itu pernah menjadi pengasuh anak sepupunya. Hubungan itu lebih erat selepas masing-masing berkenalan di laman sosial.
“Isteri berasal dari Kelantan dan merupakan peminat saya. Walaupun dia masih muda tetapi dia tetapi tahu lagu-lagu dikir barat yang saya nyanyikan,” katanya.
Perkahwinan Direstui Isteri Pertama
Pendikir barat yang berasal dari Kampung Changgai, Pasir Puteh itu menzahirkan kesyukuran perkahwinan poligami direstui isteri pertama. Namun, kedua-dua isterinya itu tidak pernah bertemu biarpun tinggal dengan jarak tiga minit sahaja di Salak Tinggi, Sepang.
“Isteri pertama dan kedua tidak pernah bergaduh dan tidak berbaik, mereka tidak berjumpa dan memang tidak bergaduh,”ujarnya yang menyambut kelahiran anak pertama bersama Nurul Farhana enam bulan lalu.
Kisah pasangan berbeza usia Halim dan Nurul Farhana menjadi perhatian para peminat. Rata-rata mendoakan agar mereka berbahagia.