Sempoi tapi sangat manis! Itulah yang penulis mampu gambarkan mengenai perkahwinan pembaca berita TV3, Azaria Tagaya Norio Tagaya dengan suami pilihan, Reza Syafiq Zainal Rashid. Pernikahan yang diadakan pada 15 September lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak menyatukan mereka dalam suasana yang sangat sederhana.

Kahwin Tanpa Duit Hantaran, Baju Kahwin Pun Jahit Sendiri. Jimat Paling Awesome Azaria Tagaya & Reza Syafiq

Jarang-jarang sekali apabila seorang selebriti memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan simple. Namun bagi Azaria Tagaya dan Reza, mereka mengutamakan apa yang wajib terlebih dahulu.

 

“Masa kita buat perancangan untuk berkahwin, Reza memang tahu yang saya tak mahu majlis yang besar-besar. Saya memang selalu beritahu kawan-kawan dan orang lain yang saya tak mahu majlis. Dan kawan-kawan saya tahu.

 

Andai ada yang buka cerita pasal perkahwinan impian ke apa ke, memang saya tak akan join conversation. Kalau majlis pun saya taknak, pelamin lagilah!” tawa Azaria.

Kahwin Tanpa Duit Hantaran, Baju Kahwin Pun Jahit Sendiri. Jimat Paling Awesome Azaria Tagaya & Reza Syafiq

IKLAN

Tambah Azaria lagi, “Hantaran dan sebagainya bukan wajib. Cukuplah ada mas kahwin, cincin, ada wali.Kemudian didaftarkan pernikahan itu. Tu pun dah cukup. Pendapat saya, biasanya orang mengadakan majlis ni untuk memberitahu kepada orang tentang perkahwinan mereka.

 

Tapi bagi saya, pengumuman di media sosial pun dah ok. Itu pendapat masing-masing. Untuk majlis perkahwinan kami, memang saya buat secara ringkas sahaja.” katanya.

 

Reza yang merupakan seorang jurumekap kesan khas untuk filem juga bersependapat dengan isteri tersayang.

IKLAN

 

Kahwin Tanpa Duit Hantaran, Baju Kahwin Pun Jahit Sendiri. Jimat Paling Awesome Azaria Tagaya & Reza Syafiq

“Duit hantaran tu tak penting pun. Apa yang Azaria nak nanti, saya boleh beli selepas kami kahwin, jadi tak perlu tunjuk pada orang. Lagipun kami berkahwin sewaktu PKP. Banyak kedai yang masih tidak beroperasi. Malah pernikahan kami pun di pejabat agama jadi bila dah semuanya ringkas, baik diringkaskan sahaja.

 

IKLAN

Baju perkahwinan kami juga dijahit sendiri. Kedai jahit banyak tutup. Kasut kahwin pun kami beli secara online. Yang seronoknya, kami berjimat sangat banyak! Total perbelanjaan kami hanya RM3,000 sahaja.” Ringkas Reza.

 

Banyak sebenarnya tip yang boleh diambil dari kisah perkahwinan Azaria dan Reza. Mereka banyak berjimat dari pelbagai segi tambah-tambah lagi sewaktu ekonomi tidak stabil sekarang ni. Yang pasti, perlu ada persetujuan dari kedua-dua belah pihak.

 

Nak tahu apa lagi kisah mereka? Jom tonton video ni.

***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI