Zaman sekarang ramai yang suka guna gajet untuk memasak tetapi tak semua ambil peduli tentang cara bersihkan alatan tersebut, salah satunya air fryer.
Ya, betul kalau ada peralatan memasak canggih, aktiviti memasak akan menjadi jauh lebih mudah dan singkat.
Tip Bersihkan Air Fryer Cara Mudah, Hasilnya Lebih Bersih!
Namun, selepas digunakan sudah semestinya kita perlu mencuci bersih peralatan tersebut sebelum disimpan. Mungkin ada yang beranggapan perkara ini remeh tetapi nak cuci air fryer ni rumit juga ya.
Ads
Jadi, apa kata anda ikut step-by-step mudah yang dikongsikan Amanda Tan melalui grup Resepi Air Fryer [Malaysia] ini supaya air fryer sentiasa suci bersih tanpa terjadi apa apa kerosakan pada komponen elektrik.
Hari ini kita kongsikan cara membersihkan Air Fryer kita. Semenjak aktif dalam group ini, saya pun menerima banyak PM untuk menanyakan saya cara saya membersihkan Air Fryer. Hah! kebetulan saya nak membersihkan Air Fryer hari ini lalu terfikir untuk membuat video ini. Harap perkongsian saya memberi serba sedikit manfaat kepada semua!
Ads
Ads
Peralatan Yang Diperlukan:
Cuka Buatan
Soda Bikarbonat
Span Lembut
Sabun Cuci Pinggan
Kain Bersih
Berus Plastik
Hah, lepas ini senang kerja rumah golongan isteri bila dah dapat tip bersihkan air frayer macam ini. Yang penting bersih daripada kotoran dan pastinya lebih selamat untuk keluarga tersayang. Jangan lupa cuba tip ini, ya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Senangnya nak buat kek, tak perlu guna mixer. Hanya masukkan semua adunan dalam pengisar dan terus kukus. Selepas siap dikukus, curahkan coklat sehingga meleleh, yummeh.
Bahan A:
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
3 biji telur
Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikabonat
1 sk baking powder
Cara :
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
2. Selepas itu kukus adunan selama 45 minit.
3. Curahkan coklat ganache. Siap untuk dihidang.
Sumber : Ayank Afeza
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kombinasi sirih yang digubah mewah dengan kehadiran bunga-bunga segar menjadikan gubahan ini tampak eksklusif dan mewah. Malah menjadi pelengkap adat untuk sebuah majlis pertunangan atau perkahwinan.
Bahan-Bahan • Gunting • Daun sirih • Bunga hiasan • Span hijau • Pembalut hijau • Bunga cengkih • Lidi • Dulang
Langkah-Langkah: 1. Ambil sirih dan gulung batangnya bersama lidi dengan pembalut hijau. 2. Kemudian,cucuk di atas span hijau. 3. Ambil bunga hiasan dan cucuk di atas span hijau. 4. Ambil pula bunga yang lain. Kemudian hiaskan. 5. Cucuk bunga cengkih. 6. Ambil penutup dulang putih dan hiaskan dengan kemas.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibarat baja, kehidupan dalam berumah tangga perlu sentiasa ‘dibajai’ dengan kasih sayang dan cinta yang sentiasa menghijau. Kita tidak mahulah hanya pada peringkat awal perkahwinan sahaja kasih sayang antara suami isteri menggebu-gebu.
Sepatutnya makin bertambah usia perkahwinan, makin bertambah kasih sayang antara suami isteri. Namun rasa ‘hangatnya’ cinta dan kasih sayang antara suami isteri bukan hanya datang dengan sendiri sahaja sebaliknya ia perlu ada usaha kedua-dua belah pihak.