
Semua orang tahu betapa bernilainya pelaburan emas sekarang. Baik melabur dalam pelaburan saham emas mahupun beli barang kemas, kedua-duanya sangat bagus. Biasanya apabila nak berkahwin, barang kemas menjadi salah satu barang hantaran yang diberikan kepada pengantin.
Ini sebabnya bakal pengantin perlu letakkan hantaran emas sebagai ‘hadiah’. Tapi janganlah paksa bakal suami beli emas sampai dia tak mampu. Beli sekadarnya. Anda sendiri boleh membuat simpanan untuk membeli emas. Jangan risau, emas kat kedai takkan habis.
Ini perkongsian Dr Azizul Azli Ahmad.
MENGAPA WANITA PERLU SIMPAN EMAS?
- Sebagai perlindungan Diri.
Simpanan emas boleh melindungi kita dari bencana kewangan. Jika masih bujang, emas membantu dari segi simpanan dan pelaburan. Dan sekiranya sudah berumahtangga, seandainya suami tidak mempunyai Hibah Takaful atau perlindungan pendapatan, emas menjadi pelaburan yang boleh membantu.
2. Keyakinan Diri
Wanita akan rasa lebih yakin dan jelita apabila ada brang kemas di badan. Rasa percaya diri juga meningkat. Bak kata orang Kelantan, ‘Pemanis Tubuh’.
3. Pelaburan Paling Klasik
Sejak zaman mak dan ayah kita masih muda, mereka menyimpan emas sebagai simpanan dan pelaburan yang paling mudah. Selagi ada lebihan duit, mereka akan membeli emas untuk simpanan.
4. Elakkan Duit Hilang
Semakin banyak duit dalam tangan, mereka nak belanja saja. Pantang nampak beg tangan online, rasa nak cuba! Bila menyimpan emas, perasaan berharta dan kaya itu ada. Jika tidak, asyik nak membeli sahaja.
5. Kalis Inflasi Yang Baik
Jika kita nak kekalkan nilai duit yng mereka ada sebaiknya simpan emas dalam tempoh jangka panjang.
6. Emas Tawarkan Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan
Jika wanita memiliki emas, mereka mendapat 3-in-1 dalam satu masa. Ia mudah dibawa dan dicairkan. Wanita tahu tempat yang selamat untuk menyimpan. Lelaki selalu lupa.
7. Ada Pilihan Barang Kemas atau Bar Emas
Berbanding lelaki yang hanya boleh menyimpan dinar, syiling, bar atau jongkong. Wanita boleh menyimpan semua itu dan termasuklah barang kemas. Mereka ada lebih banyak pilihan.
8. Kawal Nafsu
Dari beli beg tangan sahaja yang akhirnya akan susut nilai dan dimakan zaman, lebih baik beli emas untuk masa depan. Wanita dan emas sukar dipisahkan. Jika susah menyimpan, belajarlah menabung emas sepanjang zaman.
Kredit: Facebook Azizul Azli Ahmad
Cinta Cikgu & Anak Murid Berakhir di Jenjang Pelamin. JARAK Usia Bukan Penghalang Kasih Sayang!

Kalau dah namanya jodoh, orang yang kita tak pernah sangka pun boleh jadi teman hidup. Walaupun hanya berselisih bahu, sekadar teman sekerja atau duduk bersebelahan di dalam bas, mungkin nama mereka sudah tertulis di Luh Mahfuz.
Cerita cinta pasangan yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember 2020 ini pernah menjadi bualan di alam maya. Seorang cikgu yang bertemu kekasih hati yang juga merupakan bekas anak muridnya sendiri begitu bahagia menceritakan pertemuan yang tidak disangka menjadi jodoh buat mereka berdua.
Nor Izza Erma dan Mohamad Ammar yang menjalankan perniagaan perunding majlis mula berkenalan ketika Izza mengajar di sebuah SMK Raja Tun Uda sekitar tahun 2009 – 2010.
“Ketika itu saya mengajar kelas tingkatan tiga dan empat dan suami pula merupakan pelajar tingkatan tiga. Pada awalnya saya hanyalah seorang guru yang diminati anak murid (suami). Tak pernah sekalipun Ammar mengaku dia menyukai saya dan saya sendiri langsung tidak tahu yang dia sukakan saya. Sehinggalah pada satu hari saya bertukar ke sekolah lain.
Rupa-rupanya ‘kehilangan’ saya itu membuatkan Ammar mula mencari-cari. Akhirnya pada tahun 2016, suami dapat cari saya di Facebook, itupun sebab nak ucapkan selamat hari guru,” tulis Irma
Selepas ‘bertemu’ di media sosial, masing-masing hanya sekadar berbalas komen. Irma sendiri tidak mengharapkan apa-apa yang serius kerana sudahpun mempunyai keluarga sendiri.
“Nak dijadikan cerita, pada suatu hari suami check di media sosial saya dan mulai perasan saya sudah berpisah dengan suami. Kami pun mula chatting sejak tahun 2019. Itupun kerana Ammar menawarkan saya peluang menjadi model permotoran (saya juga merupakan seorang model sambilan). Selepas 10 tahun, itulah kali pertama kami berjumpa kembali untuk berbincang mengenai job modelling. Selepas beberapa bulan chatting di Instagram, Ammar buat pengakuan yang dia sukakan saya.
Tapi bukan senang untuk saya menerimanya kerana saya mempunyai anak. Saya serahkan segala keputusan kepada keluarga. Tipulah jika saya katakan saya tak serik dengan hubungan yang serius selepas berpisah dulu. Yang membuatkan saya lebih takut, Ammar jauh lebih muda daripada saya, 11 tahun! Bila keluarga kata, beri peluang untuk bahagiakan diri sendiri, barulah saya mula cuba terima Ammar. Itupun selepas dia berjumpa keluarga saya.
Dari situ saya mula rasakan ada bibit cinta padanya. Dia berani berjumpa keluarga saya dan beritahu pada keluarga saya yang dia menyayangi saya. Kejujuran dan keyakinan itulah yang membuatkan saya mula jatuh hati!” kata Irma.
Momen paling awkward?
Awal berjumpa jadi anak murid dan sekarang jadi suami pula. Rasa pelik tak?
“Of course! Tapi kadang-kadang je sebab Ammar jenis yang matang. Susah nak nampak perangai kebudak-budakan tu. Cuba bila student saya adalah akwan-kawan Ammar dan apabila berjumpa dengan kawan-kawan cikgu dan student saya. Lagi rasa awkward bila berdating tu, terserempak dengan dengan student saya dan apabila kawan-kawan Ammar paggil saya cikgu.
Tapi disebabkan kami dah lama kenal, rasa seronok tu datang bila kami saling memahami. Banyak benda yang Ammar dh tahu pasal saya. Itu pun banyak menjimatkan tempoh perkenalan dan sangat selesa.
Sepanjang kami berkawan, saya memang tak expose hubungan kami di media sosial. Tak ramai yang tahu mengenai hubungan saya kecuali keluarga dan kawan-kawan terdekat. Ada juga anak-anak murid yang rapat dengan saya tahu dan rata-ratanya memberi kata semangat.
Kawan-kawan Ammar ada yang mesej saya dan memuji Ammar budak baik dan pendiam. Mereka suka kami berkawan. Paling penting, keluarga saya menerima Ammar dengan baik.”
Tip hormat pasangan lebih muda:
- Beza usia kami 11 tahun. Tapi saya jenis banyak bercakap dan happy go lucky. Manakala Ammar pula serius, pendiam dan lebih matang daripada saya. Mungkin saya lebih dari segi pengalaman dan saya juga memberi lebih nasihat dan pendapat. Namun, saya tak boleh ketepikan pendapat Ammar. Saya belajar terima pendapatnya. Saya banyak mengalah keran asaya nak biasakan diri menghormati suami. Saya mengajar Ammar untuk belajar buat keputusan sendiri dan berani bercakap.
- Saya lebih berterus terang dan suami tak banyak cakap. Tapi saya ajarnya tentang banyak perkara supaya tidak kekok lepas kahwin. Dari situlah kami mula belajar.
- Saya belajar biasakan diri terima pendapat Ammar dan buat keputusan sendiri. Sebelum kahwin lagi saya praktikkan untuk berbincang tentang sesuatu perkara.
- Saya mempunyai perniagaan sendiri. Semua keputusan tentang bisnes saya yang uruskan. Sebelum kahwin saya ajak Ammar buat bisnes bersama untuk membiasakan diri ada rakan kongsi.
- Sebagai wanita/isteri yang lebih berusia dari suami, jangan ada sikap ego, sombong dan pentingkan diri sendiri. Walaupun kita yang lebih tua, kita tetap perlu hormat pada suami. Suami perlu memainkan peranan penting walaupun dia masih muda. Banyak belajar dan rajin belajar benda-benda baru.
- Isteri juga kena banyak tolong suami. Macam saya, saya sengaja serahkan perkara yang susah kepada suamu walaupun saya mampu uruskan sendiri. Tapi saya mahu dia lebih advance daripada saya. Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang saya tak boleh lakukan dan dia lebih berpengetahuan.
- Sejak awal lagi suami dah pesan pada saya jangan buat semua benda kerana dia tahu saya independent. Malah nak balik ke rumah mak sendiri pun suami tak mahu saya pandu kereta sendiri. Dari situ saya belajar hormatkan suami sebagai pasangan dan membuatkan kami rasa tak ada jarak di antara kami.
“Nak mencari jodoh, perbanyakkan doa, jaga niat dan usaha semampunya untuk lakukan yang terbaik. Percayalah Allah akan mencukupkan semuanya. Suami menyatakan hasratnya untuk menjadikan saya sebagai isteri ketika kali pertama dia berjumpa dengan keluarga saya. Masa tu kami baru berkawan selama tiga bulan.
“Saya kalau boleh tak nak bercinta lama sangat. Saya nak terus kahwin dengan dia” Itulah kata-katanya. Saya pegang kata-kata ini; “You don’t need a perfect relationship, all you need is someone who loves your weirdness, want to spend time with you, love and respect you.”
Jadi Isteri Senang, Asalkan Tahu 5 Cara Nak Bahagiakan Suami.

Bertemu jodoh adalah satu rezeki. Tak kisahlah berapa lama usia perkenalan asalkan ada keserasian bila bersama. Dah pasang niat untuk berkahwin, kena juga pasang niat untuk menjadi isteri terbaik untuk suami.
Dahlah Cantik, Suami Pun Sentiasa Supportive. MUABELLAZ Pesan, Hargai Momen Bersama Pasangan Setiap Hari!

Sebagai isteri, kalau kita rasa kita orang yang berjaya, tentu ada seseorang yang menjadi penguat semangat. Ada sesetangah isteri, suamilah pendukung motivasi terbaik. Sama seperti Muabellaz. Seringkali apabila sebut tentang kejayaannya, penghargaan terhadap suami tersayang tetap ada. Untung Muabellaz.


Hantaran Muabellaz yang terkini juga dia ada menyebut tentang betapa dia bersyukur kerana suaminya menjadi tulang belakang kepada kejayaan yang dikecapi kini. Menghadiri satu jemputan majlis dari Sugar Gold Malaysia, Bellaz yang anggun menggayakan busana rona putih dari rekaan Seth & Luna sempat mencoret di Instagram.
“Dalam setiap kejayaan saya kecapi harini, adanya tulang belakang Mat Nuart disisi. Sebab itu dari dulu apa-apa juga event/moments saya hadiri mesti saya akan bawa Mat Nuart. Ke mana jua moments sama-sama. Hehe.
Dia ada susah senang sama-sama. Pahit manis sama-sama. Mat Nuart dia pemalu sungguh. Renyeh tak lekang dari mulut. Haha…
Doakan kami kekal bahagia hingga ke syurga. Amin”


Dalam posting berbeza, Bellaz ada memuatnaik gambar lama. Baharu ada anak seorang, Nur Airis Alisha.

“Kenangan ni. Moment anak pertama hampa ui. Sebenaqnya anak pertama ni laa mengajaq kita banyak perkara dalam rumahtangga. Jadi lebih matang, lebih bertanggungjawab, saling bekerjasama di antara satu sama lain. Masa ni Bellaz dah start buat makeup pengantin dan makeup class.
Rezeki anak masa ni dapat job makeup, mama pi makeup pengantin dan abah duduk dalam reta(kereta) jaga Eica la. Besaq ni laa dengan ekon tak ada. Kibas dengan kertas kat anak takut anak panas. Tunggu bawah pokok selagi Bellaz tak habis makeup.
Allah anak ui kenangan betul la. Mat Nuart masa tu kerja runner. Dia akan ambil cuti kalau Bellaz ada job pengantin jauh-jauh. Hari Jumaat sepatutnya dia cuti rehat tapi dia support minat bini dia dalam dunia mekeup ni. Mana ada pertandingan makeup semua Bellaz masuk sebab minat. Menang kalah belakang kira Mat Nuart kata.
Sebab tu Bellaz selalu tulis, kenangan harini takkan sama dengan kenangan esok. Jadi ciptalah moments hampa setiap hari. Semoga kita semua dimurahkan rezeki, Amin.
Muabellaz bukan nama asing lagi bagi ‘pencinta’ kecantikan dan solekan. Selebriti media sosial, Nabilah Zulyadaini atau lebih dikenali dengan nama Muabellaz ini seringkali membuat tutorial mekap secara live di media sosial sehingga membuatkan ramai pengikutnya menjadikan wanita sebagai rujukan dalam menatarias wajah.
Dari seorang anak yang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang susah, Muabellaz bangkit dengan pengalaman dan skil yang ada untuk mengubah nasib keluarga. Ibu yang mempunyai empat orang anak ini sudah memiliki pelbagai aset mewah hasil daripada keringatnya dalam dunia solekan.

