Rahim yang sihat penting agar wanita sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang optimum. Ia bukan sahaja penting untuk reproduktif, malah untuk kitaran haid dan juga hubungan kelamin agar kebahagiaan dan ketenangan dalam rumah tangga dapat dicapai.
Rahim merupakan sistem reproduksi wanita iaitu ruang untuk embrio atau janin berada apabila persenyawaan telah berlaku. Secara amnya, rahim terdiri daripada tiga lapisan iaitu:
Perimetrium
Myometrium
Endometroium
Kedudukan dan lapisan rahim
Wanita mempunyai hormon-hormon reproduktif dan di antaranya ialah hormon Estrogen selain Progesteron, Folikel Stimulating Hormon (FSH) dan Luteinizing Hormon (LH). Estrogen amat penting untuk pembentukan ciri-ciri perkembangan seksual pada wanita seperti pembentukan payudara, bentuk tubuh badan serta kitaran haid dengan membentuk ketebalan endometrium (dinding rahim), menjaga kualiti dan kuantiti cairan serviks serta faraj sehingga sesuai untuk penetrasi sperma.
Purata ketebalan lapisan endometrium ialah 5 mm selepas kedatangan haid dan meningkat semasa kehamilan sekurang-kurangnya 8 mm untuk menerima implantasi janin dan menyokong bayi yang semakin meningkat di peringkat akhir kehamilan.
Jika lapisan ini menjadi nipis, ia menjadi sukar untuk embrio implantasi ke endometrium atau dinding rahim. Penipisan mungkin berlaku hasil daripada ketidakseimbangan hormon dalam pelbagai peringkat umur wanita.
Pengecutan endometrium biasanya terjadi di kalangan wanita selepas usia 40 tahun. Doktor akan memberikan preskripsi untuk melihat perubahan kepada endometrium. Jika sebaliknya berlaku, ini bermakna terdapat bekalan darah yang tidak mencukupi atau kerosakan kepada tisu telah berlaku.
PUNCA LAPISAN ENDOMETRIUM NIPIS
Penipisan lapisan endometrium merupakan masalah yang serius daripada pandangan pakar sakit puan. Berikut adalah antara punca lapisan endometrium nipis.
Ads
Hormon estrogen rendah Dalam perimenopausal (wanita berhampiran dengan usia menopaus) dan putus haid (wanita yang telah melintasi umur menopaus), terdapat tahap yang tidak mencukupi estrogen dan biasanya berlaku di kalangan wanita 40-an dan ke atas. Oleh itu, ia juga punca tahap kesuburan wanita semakin menurun selepas 35 tahun. Manakala wanita muda yang mempunyai tahap hormon estrogen rendah dan lapisan nipis pada kebiasaannya akan mengalami amenorea (ketiadaan haid) atau kurang darah haid.
2.Jangkitan dan penyakit keradangan pelvis
Jangkitan bakteria kronik, penyakit kelamin dan penyakit keradangan pelvis boleh menyebabkan keradangan berterusan yang membawa kepada parut pada lapisan endometrium.
Prosedur pengkuretan
Ini satu prosedur di mana lapisan fungsi endometrium dicuci dan dikeluarkan selepas kes-kes keguguran. Jika dilakukan beberapa kali boleh merosakkan rongga dan dinding rahim. Dalam kes ekstrem, wanita tidak akan mengalami haid langsung dan kemudian akan mengalami masalah ketidaksuburan.
Tisu parut dan melekat kerosakan
Kerosakan dan parut endometrium juga berlaku dalam keadaan seperti penyakit keradangan pelvis, pembedahan organ pembiakan, laparoskopi atau pembedahan caesearian.
Penggunaan clomid yang berlebihan
Clomid adalah ubat yang merangsang ovulasi dalam membantu pasangan yang cuba untuk hamil. Ubat-ubatan ini boleh menyebabkan penipisan lapisan endometrium kerana ia adalah antiestrogen (aktiviti mengawal estrogen). Penggunaan clomid yang lama boleh menyebabkan endometrium tidak berkembang.
TANDA DAN GEJALA PENIPISAN ENDOMETRIUM
Tiada tanda-tanda khusus yang berkaitan dengan penipisan lapisan endometrium. Namun, terdapat beberapa simptom yang telah dikenal pasti antaranya ialah:
Ads
Ketidaksuburan
Kitaran haid yang tidak normal
Sakit ketika datang haid
Ketebalan endometrium dengan mudah boleh didiagnosis menggunakan ultrasound yang dilakukan pada hari ke-10 hingga ke-12 kitaran haid. Ketebalan endometrium yang sihat adalah lebih daripada 7 mm.
Oleh itu, amat penting bagi wanita memastikan kesihatan yang baik. Jika ada sebarang keraguan atau kesangsian, berjumpalah dengan doktor agar sebarang isu boleh dirawat pada peringkat awal. Amalkan pemakanan yang baik serta senaman untuk penjagaan diri. Sayangi diri dengan mengutamakan kesihatan rahim anda.
Ketebalan endometrium normal.
Ads
Ketebalan endometrium setelah menopaus.
Sistem reproduksi wanita di usia muda berbanding meningkat usia.
FOTO: KOLEKSI METRO IVF
Dr Tee Swi Peng
Perunding Kesuburan
Metro IVF, Setiawalk Puchong
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keghairahan membina rumah tangga memang tak dinafikan menyeronokkan. Tapi dalam seronok tu kalau boleh, kita lebih beringat kerana kita yang bakal menanggung segala masalah bila penghujungnya.
Di awal perkahwinan, setiap pasangan pengantin pasti akan merasa hidup susah kerana baru memulakan kehidupan bersama. Jadi, kami kongsikan 11 tip yang berguna untuk anda.
Kredit: Tangkap Pictures
TIPS PASANGAN BARU KAHWIN
1. Berusaha elakkan hutang sampai dua kereta, naik motor berkepit selepas nikah indahnya tak terkata.
2. Tilam lipat atau ‘toto’ pun selesa, tanpa set tidur dan meja solek bukanlah dosa.
3. Kurangkan makan di luar atau di ‘Secret Resepi’, makan di rumah lebih jimat dan boleh gesel-gesel pipi.
4. Tak perlu malu rumah lapang tanpa kerusi meja, kawan beli perabot hutang kita jangan cepat teruja.
Kredit: IG rq.creative
5. Beli stok barangan di pasaraya, azam tak nak papa asalkan bergaya.
6. Tak perlu ‘smart tv’ yang lebar sedepa, tabung sambut ‘baby’ jangan pula dilupa.
7. Baca ‘post fb’ dan beli buku kewangan, tingkatkan simpanan untuk realisasikan impian dan angan-angan.
8. Kurangkan makan di kedai, tingkatkan ilmu kewangan biar pandai.
Kredit: tonnyphotoworks
9. Bawa bekal masak sendiri atau disediakan isteri, lebih jimat dan sedapnya hingga menjilat jari.
10. Perkara biasa pasangan baru kahwin mula hidup di rumah sewa, azamlah tak mahu terus hidup menyewa hingga ke hujung nyawa.
11. Usah cepat sangat nak beli kereta baru yang balut plastik, naik motor berdua kenangan indah yang romantik.
Tulisan asal : Isma Addi Jumbri
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda mungkin gugup dengan rancangan kekasih mempertemukan anda dengan ibu bapanya. Tetapi cepat atau lambat, ini memang perlu dilalui.
Rileks dan siapkan diri anda sebaik-baiknya sebelum bertemu dengan calon mertua. Jangan sampai kegugupan anda meninggalkan kesan yang buruk pada mereka. Dipetik dari Allwomenstalk, berikut tips bertemu calon mentua untuk pertama kali:
1. Tunggu
Jangan terburu-buru meminta dia mengenalkan anda pada ibu bapanya. Tunggu sampai waktunya sudah tepat. Sebelum bertemu dengan ibu bapanya, pastikan bahawa anda sudah mengenali si dia dengan baik dan yakin bahawa hubungan anda sudah serius.
2. Ketahui tentang keluarga
Sebelum bertemu, ketahui tentang keluarganya dari dia. Adakah kedua-dua ibu bapanya masih bersama, sama ada dia tinggal bersama ramai saudara, dan perkara asas lain yang perlu anda ketahui. Anda juga boleh cuba mengenali nama adik atau kakaknya dengan melihat fotonya terlebih dahulu sebelum bertemu mereka.
3. Tentukan tempat
Tentukan lokasi di mana anda akan bertemu dengannya. Jika anda lebih selesa bertemu di rumah, katakan padanya tentang idea tersebut. Tetapi jika anda bersetuju untuk bertemu di luar, carilah tempat neutral seperti restoran.
4. Tepati waktu
Jangan buat ibu bapanya perasaan yang buruk tentang anda kerana datang lewat dari masa yang dijanjikan. Kecuali ada perkara mendadak atau kecemasan yang membuat anda terlambat. Jika demikian, khabarkan mereka bahawa anda akan datang lewat kerana perkara tersebut.
5. Bawakan hadiah
Tidak perlu membawakan hadiah yang besar atau mahal. Anda hanya membawakan sedikit hadiah untuk mereka walaupun sekadar makanan. Tanyakan pada kekasih anda apa makanan kegemaran ibu bapanya. Ini boleh membuat mereka rasa kagum pada anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perempuan dan shopping memang tak dapat dipisahkan. Bukan semua perempuan yang suka kan shopping. Tapi kebanyakannya menyukai shopping. Malahan terapi stress bagi seorang perempuan adalah shopping.
Shopping disini tak bermaksud membeli-belah sahaja, tetapi ia juga bermaksud window shopping. Stress itu berkurang tatkala tumpuan seorang perempuan beralih kepada barangan. Terutama barangan yang cantik dimatanya. Ramai lelaki yang tak gemarkan shopping. Kalau gf atau isteri shopping lama-lama, mulalah tarik muka dan ada juga yang bergaduh semata-mata shopping.
Ini tips berguna untuk golongan lelaki. Ia boleh menjadi panduan ketika menemani si gadis atau si isteri untuk membeli belah…
Selamat Membaca…
1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih “masak” proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita walaupun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa “sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala”.
2.Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu “kecederaan” yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nantiialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih beratur berbaris di kaunter bayaran.. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.
3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama.Terhindar dari gangguan.
4. Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke komplek membeli belah..eloklah tanyakan kepada isteri …apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika >kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan.. (jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.
5. Tiba di kedai tu..buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain.
6. Kalau dia meminta “second opinion” dengan kata-katanya, “Pelek tak abang kain ni untuk saya”…? berilah pandangan dengan kata-kata, “Pada pandangan abang …..” Jangan terus kata, “OK” .. Lawa.. kemudian senyap.
7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang shopping. Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik jurujual wanita-wanita tu dengan alasan untuk membantunya mendapatkan barangan kehendaknya.
9. Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.
10 PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam ditempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.