Tak ada bezanya pun apabila kita memilih untuk bersuamikan lelaki tinggi, kurus, gempal atau rendah. Ramai yang suka sangat tengok pada paras rupa dan tidak menilai dari hati. Akhirnya, gigit jari bila yang dipilih tu tidaklah seelok rupa parasnya.

 

Bercakap mengenai lelaki berbadan gempal ni, anda sebenarnya tidak salah memilih. Malah, jangan berasa malu untuk berada di samping mereka. Jangan tak tahu, lelaki berbadan gempal ni ada keistimewaannya tau!

 

Lebih Hangat – Mungkin betul. Ianya menjadi alasan utama kenapa wanita lebih sukakan yang berbadan besar berbanding kurus. Bayangkan saja kalau anda sedang jalan sama si bujang dengan keadaan udara yang sejuk, lalu anda lupa membawa jaket. Si gendut tidak akan segan memberikan jaketnya pada anda. Bekalan lemak di tubuhnya akan membuatkan ia lebih bertahan dalam cuaca sejuk.

IKLAN

Fizikal Bukan Penentu Bahagia. Lelaki Berbadan Besar Pun Ada ‘Charm’ Tau!

sekadar hiasan

IKLAN

Best Untuk Dicubit – Pipi mereka sahaja buat anda rasa geram mahu dicubit. Bukan sahaja pipi mereka saja jadi sasaran, bahagian perut yang gendut juga menjadi tempat untuk dicubit. Anda merasakan geram dengan pipi mereka yang comel.

Boleh Menghabiskan Makanan – Jika anda tak habis makan, jangan bimbang kerana teman lelaki anda yang berbadan besar ini bisa menghabiskan makanan anda. Jadi, tidak berlaku sebarang pembaziran.

IKLAN

Tidak Memilih Makanan – Satu lagi perkara yang menyenangkan bila bersama dengan lelaki berbadan besar ialah mereka langsung tidak cerewet dengan makanan, semua boleh diterima dan makan. Bayangkan jika anda sudah berumah tangga nanti, apa yang anda masak diterimanya. Mereka boleh makan apa sahaja.

Fizikal Bukan Penentu Bahagia. Lelaki Berbadan Besar Pun Ada ‘Charm’ Tau!

Rasa Selamat – Mungkin fizikalnya yang besar menyebabkan wanita rasa selamat berada dengannya. Orang yang ingin ganggu pun rasa takut dengan teman lelaki anda yang punya fizikal besar itu.

Kelakar – Mereka ini disukai kerana sikap mereka yang peramah dan mempunyai sense of humor.Melihatkan fizikal mereka sahaja kita sudah ketawa apatah lagi bila mula bersuara. Ya Ampun! Kelakar sangat.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI