Beberapa keping gambar yang tersebar di media sosial dan Whatsapp beberapa hari lalu mencuri tumpuan netizen apabila gadis Korea yang berumur sekitar 20-an berjaya mencuri hati bilionair yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.
Hampir dua tahun menjalinkan hubungan tanpa diketahui umum, perkahwinan tersebut dikatakan berlangsung hujung minggu lalu di Cote d’Azur, yang dikenali sebagai Riviera Perancis di hadapan keluarga dan teman rapat.
Ads
Tidak banyak yang diketahui tentang gadis yang dikenali dengan nama Chloe ini termasuk nama penuhnya. Bagaimanapun, Chloe ini dikatakan seorang yang mudah didekati dan peramah. Ternyata Tony segak mengenakan sut manakala Chloe kelihatan menawan dengan gaun pengantin berwarna putih.
Ads
Antara tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan mereka termasuklah Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group Datuk Kamarudin Meranun; Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Tan Sri Rafizah Aziz.
Ads
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau sudah jodoh, walau sudah ditepis namun ia tetap datang juga. Mungkin ada yang meletakkan sasaran umur tertentu untuk mendirikan rumah tangga. Bagi seorang remaja perempuan, dia bertemu jodoh pada usia 18 tahun
Jodohnya ‘sampai’ setelah dia selesai menjalani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kisah seorang gadis muda iaitu Zetty Aziz atau nama sebenarnya, Nurul Izzati dikongsikan seorang perancang perkahwinan, harryzulhairi menerusi sebuah video di aplikasi TikTok.
Video tersebut telah meraih 1.9 juta tontonan. Dalan video tersebut memaparkan Zetty berpakaian seragam sekolah sebelum bertukar pakaian raja sehari dalam majlis ijab kabul yang berlangsung pada 16 Mac lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Nurul Izzati berkata, dia selamat diijabkabulkan dengan pasangan, Mohamad Hafiz Hussin, 22, pada 16 Mac lalu di sebuah masjid. Majlis akad nikah itu diadakan sehari selepas dia menjawab subjek Geografi iaitu kertas terakhir SPM 2022/2023 yang didudukinya.
“Saya dan suami sudah berkenalan sejak empat tahun lalu dan perkenalan kami bermula di Instagram (IG). Saya tertarik dengan suami kerana melihat usahanya untuk mendekati saya walaupun pernah tidak dilayan.
Tahun lalu, hati saya terbuka menerimanya dan akhirnya sepakat mengikat tali pertunangan pada 16 September 2022 iaitu sehari selepas ulang tahun kelahiran saya. Alhamdulillah, jodoh kami panjang dan ditakdirkan menjadi suami isteri,” katanya.
Warga maya meluahkan rasa kagum terhadap gadis ini kerana berani menjejakkan kaki ke alam rumah tangga meskipun usianya masih muda. Tidak ketinggalan juga ada warga maya yang berasa cemburu kerana mereka masih belum bertemu jodoh sedangkan usia sudah mencecah 30-an.
Pada masa sama juga, jurumekap, Nursyakila Wan Abdullah turut berkongsi beberapa posting di laman Facebook. Nursyakila bertanggungjawab menata rias wajah Zetty pada majlis persandingan yang berlangsung di Kampung Semaloi, Endau, Johor.
Meninjau di ruangan komen di TikTok, rata-rata warga maya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.
Agenda percintaan antara Mawar dan Raf berlangsung dalam tempoh yang singkat. Enggan lama dalam melayari alam percintaan, pasangan ini mengambil kata sepakat untuk menghalalkan hubungan suci ini dengan sebuah ikatan perkahwinan.
Selain ruang hati yang sedang berbunga, kepercayaan terhadap jejaka yang dikenali sejak awal tahun ini juga semakin kukuh terpateri. Mawar telah meletakkan sepenuh jiwa dan raganya kepada Raf untuk membimbingnya menjadi suri yang menjadi pelengkap kehidupan Raf.
Mungkin inilah yang dinamakan cinta pandang pertama. Pertemuan Mawar dan Raf yang diaturkan oleh Emma Maembong telah mencetuskan degup cinta dalam diri masing-masing. Pertama kali bertentang mata sudah membibitkan perasaan yang sukar untuk diungkapkan. Hanya empunya diri sahaja yang dapat mentafsirkan perasaan murni itu.
“Sebelum bertemu dengan Raf, saya tidak pernah percaya tentang cinta pandang pertama. Namun selepas melaluinya sendiri saya sedar bahawa hakikatnya cinta pandang pertama itu sememangnya wujud. Saat pertama kali bersua wajah dengan Raf, dia telah berjaya mencuri hati saya.
“Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Raf untuk menoktahkan hubungan kami berdua ke arah yang lebih serius membuatkan saya yakin bahawa dialah jodoh saya. Meskipun tempoh perkenalan antara kami berlangsung dalam tempoh yang singkat namun bagi saya, sesuatu yang baik itu mengapa harus dilengah-lengahkan. Saya yakin inilah pilihan yang terbaik buat diri saya. Hanya selepas dua bulan tempoh perkenalan, kami terus melangkah ke fasa yang lebih serius.
“Memang ada yang bertanya, tidakkah terlalu cepat saya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga sedangkan tempoh perkenalan kami berdua baharu setahun jagung. Apa yang boleh saya katakan sepanjang berkawan dengan Raf, dia banyak memberikan impak positif kepada diri saya. Malah restu daripada kedua-dua belah keluarga juga menguatkan lagi hubungan cinta kami berdua. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh,” kongsi Mawar memulakan bicara tentang hubungan cinta bersama tunangannya.
“Berkait tentang Raf yang berstatus duda sebenarnya ia bukan satu masalah besar pada diri saya. Mungkin sudah tertulis di Luh Mahfuz yang jodoh saya dengan Raf. Allah sudah aturkan semuanya sebaik mungkin. Yang penting, calon suami saya mampu membimbing saya ke arah hidup yang lebih baik. Status yang ada pada diri Raf bukanlah satu halangan untuk kami hidup bersama. Azam saya ialah untuk menjadi isteri yang terbaik untuk Raf.
“Saya juga sudah bersedia untuk menggalas tugas sebagai ibu kepada dua orang cahaya mata Raf. Saya ikhlas menerima anak-anak Raf. Lagipun saya memang suka dengan kanak-kanak. Naluri keibuan itu datang secara natural,” ujar Mawar ringkas.
“Istimewanya Raf di mata saya ialah dia seorang lelaki yang romantik setiap masa bukan pada hari-hari tertentu sahaja. Pendek kata, setiap hari ada sahaja perkara romantik yang dilakukannya. Antara perkara romantik yang pernah dilakukan Raf sepanjang tempoh perkenalan kami berdua ialah kiriman bunga di lokasi penggambaran, kata-kata indah yang diselitkan bersama kad dan gambar kami berdua serta hadiah hari jadi yang langsung tidak pernah saya jangkakan.
“Saat Raf melamar saya pada 7 Jun yang lalu di rumah yang bakal kami duduki selepas bersatu nanti, saya rasa cukup terharu. Tindakan Raf itu benar-benar mengusik jiwa saya sebagai seorang wanita. Dia begitu menghargai saya sebagai seorang wanita yang istimewa di hatinya,” ujar Mawar.
Raf pula mengakui bahawa dia sangat sukakan Mawar kerana terpikat dengan nilai santun yang ada pada diri calon isterinya itu. Ujar Raf, meskipun mereka berbeza usia 10 tahun namun cara pemikiran dan tindakan Mawar mencerminkan yang dia seorang yang matang.
“Dalam usia yang masih muda, Mawar sudah pandai berdikari. Sikapnya yang sukakan kanak-kanak telah berjaya mencuri hati saya. Melihat Mawar melayan anak buahnya dengan penuh manja dan kasih sayang meyakinkan saya yang Mawar boleh menjaga anak-anak saya dengan baik. Mawar bijak membawa diri. Saya yakin Mawar tiada masalah untuk menyesuaikan diri apabila kami berkahwin nanti.
Mawar juga nampaknya sudah benar-benar bersedia untuk menjadi ibu kepada dua orang anak-anak saya. Raden Ahmad Rayyan, 6, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 2, nampak selesa apabila bersama dengan Mawar. Hubungan saya dengan anak-anak terlalu rapat. Sebenarnya antara kriteria utama mengapa saya memilih Mawar sebagai calon isteri ialah keserasian antara anak-anak saya dengan Mawar. Ini merupakan kunci utama sebelum saya mengambil keputusan untuk memperisterikan Mawar,” ungkap Raf yang hidup menduda sejak setahun yang lalu.
Akui Raf, sebenarnya dia sendiri tidak menjangkakan hubungan mereka berdua akan serius sehingga ke tahap ini. Tambah Raf lagi, semakin dia mengenali Mawar, terasa semakin dekat dirinya dengan Mawar.
“Memandangkan ini merupakan perkahwinan kali kedua buat diri saya, maka saya mengharapkan agar perkahwinan ini yang terakhir dalam hidup saya. Doakan saya dan Mawar kekal bahagia hingga ke syurga. Saya berazam untuk menjadi seorang ketua keluarga yang baik,” kata Raf.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam pernikahan, seorang isteri wajib mendampingi suami dan sebaliknya suami berkewajipan melindungi si isteri. Suami adalah seseorang yang dipercayai dan diberikan tanggungjawab atas seluruh kehidupan keluarganya.
Maka, pernikahan tidak berjalan baik jika sebagai suami lalai menjalankan tugas melindungi isteri.
Seperti yang diluahkan wanita ini, dia dipukul dan dicurangi suami sebaik sahaja berkahwin.
Yaaa . Baru sangat mendirikan rumah tangga on this year.Tengah Bulan 3 majlis tu berlangsung. Sepanjang tempoh berkahwin pun lepas dari balik dari honeymoon Langkawi dah kena masa tu tak seteruk keadaan ni.
Hari demi hari memang semakin teruk layanan demi layanan. Kenal 3tahun who know. Time masuk meminang tu tiada satu pekerjaan tetap pun.
Tapi keluarga jenis tak memilih itsokay lah. Kalau nak dibandingkan boleh saja cari jauh lebih baik better dari dia. Ada ja orang time tu tapi Ima ingat Ima ni berkawan dengan orang dan bakal bertunang so i just ignore all budyz yang ada kerja tetap jauh lagi better dari dia.
Bertunang pun bertahun masa tu masih ada arwah abah Ima. Ima ingat akan berakhir dengan kegembiraan. Tapi Ima silap. Silap menilai.
Orang yang Ima support dari dia susah sampai ke sekarang. Kenal dia naik moto buruk. Tak memilih atas dasar siapa dia. Tapi dibalas kebaikkan dengan kekejiaan. Syukur Alhamdulillah yang tak bertalu sebab sepanjang kawan kami. Kahwin kami Ima tak pernah makan sesen dari duit dia . Semua ke mana itu ini semua duit Ima.
Dalam tempoh bertunang dah macam hal dia buat. Ima tahu. Tapi Ima pendam demi demi hari. Ima yang terpaksa tanggung kos perkahwinan kami sebab last minit dicakap takda duit belanja nak bawa! Tapi kitorang tutup aib dorang .
Sedangkan kambing ikan kat market pun nak beli kena berduit. Ini dapat orang macam binatang yg terhina . Sanjung yang haram. Takapa. Duit belanja yang dibawa masa kahwin janji nak bayar selepas kahwin sampai ke harini tiada satu wang yang dibayar! Barang hantaran dua belah pihak Ima yang tanggung beribu ribu Ima habis dengan orang macam tu. Tapi dibalas dalam kehinaan ! Tak apa.
Bertepuk sebelah tangan tak berbunyi kalau perempuan tu miang tapi si lelaki tak layan tidak menjadi jugak kan ? Sampai cerita segala hal tempat tidur bini ke perempuan tu. Mana letak maruah seorang isteri ! Mana ! So i choose i leave him for her.
Cuma saya berharap bayar lah apa yang telah dijanji. Jelaskan segala hutang. Kira Ima boleh sabar lagi terhadap perempuan sebab tak bocor siapa nama akaun laman sosial dia. Dan si lelaki. Akhirat kelak pasti kita temui sebab akan disoal akad yang pernah dijanji.
Semoga bahagia dengan apa yang ambil atas insan teranaiya. 1month tinggal tanpa sebarang berita. Tapi sedap sedap tengah seronok dengan perempuan tu.
Yang si perempuan letak nama si lelaki kat akaunNya. Why so desparate woman? Bermama papa. Yang halal pun tak dipanggil gitu. Yang si lelaki sanggup panggil “LAHANAT” dengan orang yang halal dengan dia. Pejam mata Ima baca semua. Ini jalan yang terbaik .
Takda guna jua kenal bertahun lama tapi akhirNya macam ni. Berbulan ima hilang dari FB. Tiada satu gambar status posting Ima pos. Penderaan mental fizikal. Sampai Ima terhumbang hambing dalam busines Ima sendiri syukur alhamdulillah. Ima memang jauh dari family Ima masa Ima kahwin. Tapi satu tahap Ima dah rasa tak tahan dan bersuara.
Dari situlah satu per satu keluar apa terpendam dihati. Terima kasih yg tak mampu terungkap kepada family Ima yang tak pernah stop bangunkan semangat Ima. Ima tak hilang Ima ada. Cuma Ima pilih menyendiri dulu lagi bagus. Sampai ke akhir Ima akan bersuara. Dari gemuk jadi kurus jerangkung.
“SEMOGA HATIKU SENTIASA DIPENUHI CINTA HINGGA TIADA RUANG UNTUKNYA MEMBENCI SESIAPA”
Kalau mahu berkawan biarlah kerana tuhan. Jangan kerana sebarang kepentingan. Jangan sekali pun cuba mengambil kesempatan atas kesenangan orang. Sucikan niatmu kerana Allah. Ikhlaskan hati dalam berukhuwah. Kalau mahu berkasih pastikan niatmu jernih. Biar tulus asal tujuanNya. Biar telus pula cara kemudinya . Kulihat sebegitu banyak hati telah terluka.
“SAAT HATI SEAKAN MASIH LIAR . SIBUKKAN DIRI DENGAN ISTIGHFAR”
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...