Perkara paling mendebarkan yang dihadapi oleh setiap pasagan mempelai ialah detik ingin disatukan dalam majlis akad nikah. Hubungan yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang diperutuhkan lagi dengan menghalalkan sebuah ikatan yang abadi.
Lain pula kisahnya buat pasangan pengantin Mohammad Jazlan Mohamad, 28 kelihatan cemas, menggigil dan mengalirkan air mata ketika mahu menyarungkan cincin di jari pasangannya Nurul Hidayah Zaini, 27.
Kata Nurul “Apabila saya tanya suami apa perasaan kali pertama bersentuhan, katanya cemas dan dia bersyukur kerana sentuhan pertama pada orang yang tepat dan halal untuknya.”
Ads
Menurut sumber dari Harian Metro, pasangan ini disatukan oleh keluarga mereka. Sesungguhnya tersembunyi hikmah jika sesebuah ikatan perkahwinan itu mendapat restu tambahan pula ia adalah pilihan daripada kedua ibu bapa.
“Jazlan penuntut di Universiti Islam Madinah. Pertemuan kami bermula ketika musim Haji tahun lalu apabila ibu bapa angkat saya yang mengenali Jazlan, datang untuk ziarah Madinah. Jadi lebih mudah bagi mereka untuk berjumpa saya dan Jazlan pada waktu yang sama.”
Ads
Tertarik dengan peribadi lelaki itu yang pandai mengambil hati orang tuanya membuatkan Nurul bersetuju menjadi isteri kepada Jazlan tambah lagi Jazlan juga sangat mengutamakan ibunya. Syurgakan di bawah tapak kaki ibu. Bila dia sayangkan ibu, dia pasti akan hargai wanita dan isteri.
Ads
Indah betul kisah cinta mereka yang di aturkan oleh Allah. Semoga perkahwinan kalian diberkati dan sentiasa bahagia hingga ke Jannah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasti ramai yang ingin kenali siapa pilihan hati Putera Diraja Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah iaitu Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.
Seperti yang dinanti, istiadat perkahwinan pasangan ini bakal berlangsung selama tiga hari pada 24, 25 dan 27 Oktober ini di Istana Abdulaziz, Kuantan.
Majlis Istiadat Perkahwinan Berlangsung 3 Hari
Menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang, majlis putera kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu akan dimulakan dengan Istiadat Meletak Kerja di Istana Abdulaziz.
Istiadat Letak Kerja dimulakan dengan doa selamat dan majlis tahlil dengan seterusnya Istiadat Bernikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan.
Pasangan Pengantin Diraja bakal dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 24 Oktober ini di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz.
Seterusnya, istiadat akan diteruskan dengan Istiadat Berinai pada 25 Oktober dan Istiadat Persandingan Diraja pada 27 Oktober.
Semua istiadat ini akan berlangsung di Istana Abdulaziz pada pukul 8 malam.
Istiadat Akad Nikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan akan disiarkan secara langsung melalui dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Dataran Muzium Diraja, Pekan, Pahang.
Pelbagai acara menarik akan diadakan di kedua-dua lokasi iaitu di Dataran MBK dan di Dataran Muzium Diraja sepanjang tarikh Istiadat Perkahwinan Putera Diraja berlangsung.
Istiadat Menutup Kerja Istiadat Perkahwinan Putera Diraja akan diadakan pada Isnin, 28 Oktober.
Kenali Tengku Natasya Adnan
Tengku Natasya Adnan, yang dilahirkan pada tahun 1995, kini memasuki usia 29 tahun dengan penuh keanggunan. Manakala, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Bin Tengku Abdullah dilahirkan pada 3 Ogos 1997 (27 tahun).
Tengku Natasya merupakan anak kepada Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, seorang tokoh politik terkemuka Malaysia.
Bapanya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, lebih dikenali sebagai Ku Nan, merupakan seorang figura politik berpengaruh di Malaysia. Dilahirkan pada 20 Disember 1950, Tengku Adnan telah memainkan peranan penting dalam politik negara, termasuk sebagai anggota Dewan Rakyat Putrajaya sejak 2004. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pelancongan Malaysia dari 2006 hingga 2008 dan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia dari 16 Mei 2013 hingga kejatuhan pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2018.
Ibunya yang dilahirkan pada 23 Mei 1966, adalah seorang pelakon terkenal dari Indonesia yang dikenali sebagai bintang besar perfilman Indonesia pada tahun 1980-an.
Kecantikan Tengku Natasya Adnan tidak hanya terletak pada penampilannya tetapi juga pada darah kacukan Indonesia yang mengalir dalam dirinya. Gabungan warisan Melayu dan Indonesia memberikan wanita hebat ini aura keunikan dan keanggunan yang memikat, menambah pesona dan karisma yang dimilikinya.
Untuk rekod, ini merupakan istiadat perkahwinan diraja kedua pada tahun ini selepas Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar pada Ogos lalu.
Agak kecewa bila tak sempat naik pelamin walau sudah berstatus tunangan orang. Namun itu satu takdir dan pasti ada hikmah di sebalik ujian yang Allah bungkuskan.
Itu lah gambaran nasib beberapa individu wanita yang terpaksa melupakan impian untuk bergelar isteri mahupun suami apabila majlis perkahwinan mereka dibatalkan saat akhir.
Tak Sempat Naik Pelamin
Menerusi perkongsian di laman sosial, seorang wanita dikenali sebagai Aishah memaklumkan, majlis akad nikah dan sandingnya yang dijadualkan pada 21 dan 22 Disember lalu terpaksa dibatalkan kurang dari sebulan.
Wanita itu memaklumkan perkara tersebut dalam satu hantaran di media sosialnya pada 2 Disember lalu.
“Dengan duka citanya saya ingin memberitahu bahawa majlis akad nikah dan majlis sanding saya (21 December dan 22 December 2024) dibatalkan atas sebab sebab tertentu.
“Mohon jangan serang mana-mana pihak. Masing masing ada salah dan silap. Mungkin sekarang belum ada jodoh untuk kami berdua kerana belum matang. Jadi mohon doa yang baik baik. Insya-Allah ada hikmah disebalik ini,” katanya.
Putus Tunang Tak Sempat Kahwin
Perkongsian wanita itu turut mendapat perhatian ramai pihak dan ada yang berkongsi nasib sama apabila mereka juga putus tunang di saat-saat akhir serta tidak dapat meneruskan majlis pernikahan meskipun sudah membuat segala persiapan.
“Stay strong (kuat semangat) awak saya pinjam ayat sikit ya, saya pun tak jadi kahwin pada 25 Januari depan,” kata Darwisya.
“Hai awak, saya pun tak jadi kahwin. Insya-Allah ada hal-hal baik akan menyusul,” kata Diba.
“Saya pun berdepan nasib sama, dua minggu lagi nak majlis, kami putus 2 Disember lalu. Hampir 100 peratus persiapan siap, pengantin sahaja tak ada. Alihnya majlis jadi kenduri doa selamat. Alhamdulillah selesai sudah semuanya,” kata Syukri.
Jika sedang melalui situasi ini, usah bersedih dengan ujian tak jadi kahwin kerana jodoh kita Allah yang tentukan. Pasti akan hadir seseorang yang boleh terima kita seadanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jodoh tanpa disangka-sangka, akhirnya Kim Raymond kembali bergelar isteri kepada seorang pengarah filem, Zahir Omar pada hari Khamis yang memilih tarikh 12.12.2024.
Kim Raymond Kembali Bergelar Isteri
Bekas isteri kepada pelakon Keith Foo ini sah bergelar isteri kepada suaminya dengan sekali lafaz dan menerima mas kahwin berjumlah RM800.
Tidak mendedahkan secara terperinci mengenai majlis pernikahan tersebut, Kim bagaimanapun berkongsi foto dan video yang diulang siar atau ‘repost’ di Instagram Story miliknya.
Pasangan sama cantik sama padan itu dilihat mengenakan baju sedondon berona krim pada majlis yang diadakan secara tertutup tersebut.
Pada 24 Oktober lalu, Kim dilaporkan telah memeluk Islam di Markas Al-Khadeem, Kampung Sungai Kayu. Kim diislamkan oleh pendakwah terkenal, Datuk Sheikh Hussain Yee yang juga Presiden Al-Khadeem.
Imbas kembali, Kim dan Keith pernah mendirikan rumah tangga pada November 2015 namun, mereka bercerai pada Disember 2019.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Skylar Raymond.