Perkahwinan adalah penyatuan yang paling suci antara lelaki dan wanita, ikatan lafaz cinta yang diungkapkan menjadi penguat sesebuah perhubungan. Namun langit tidaklah selalu cerah, bertikam lidah atau salah faham pasti akan berlaku. Terpulang kepada pasangan bagaimana untuk menangani perkara ini agar masjid yang dibina kekal utuh di dalam rahmat yang maha Esa.
KOMUNIKASI- Ini adalah peraturan yang paling penting dalam sesebuah perhubungan. Selalu mendengar masalah atau apa yang cuba disampaikan oleh pasangan anda. Jangan bersikap ego tinggi kerana tidak mahu kalah, perlu diingatkan bahawa apabila berkahwin hidup bukan lagi hanya tentang anda seorang. Apabila terjadi salah faham cuba selesaikan dengan cara yang baik dan bersikap saling memaafkan.
JUJUR- kejatuhan sesebuah rumahtangga disebabkan hilangnya kejujuran dalam diri. Sikap tulus dan terbuka amat diperlukan dalam melayari bahtera perkahwinan. Jika ada sesuatu perkara yang dilakukan oleh pasangan anda tidak sukai, maka berterus terang dengan mereka jangan dipendam di dalam hati.
Ads
MASA BERKUALITI- Luangkan masa yang berkualiti bersama dengan pasangan anda. Tidak semestinya meluangkan masa bersama perlu memakan kos yang banyak dengan melancong atau menginap di hotel-hotel mewah sebaliknya di rumah pun boleh menjadi lokasi terbaik untuk meluangkan masa berkualiti. Sebagai contoh, anda boleh menonton filem bersama-sama ataupun mengadakan makan malam yang romatis di rumah.
Ads
JANGAN PERNAH MENJERIT- Tanam sifat hormat di antara satu sama lain. Apabila bertikam lidah, kawal nada suara dan juga perkataan yang keluar daripada mulut anda. Jangan sesekali menjerit antara satu sama lain, kerana ini akan mewujudkan satu tekanan terhadap perhubungan sekaligus menjadikan anda lebih menjauh dengan pasangan. Kadangkala apabila berada dalam keadaan marah, perkara-perkara yang tidak sepatutnya akan terhambur dan akan menyesal selepas itu. Jadi cuba kawal perasaan anda.
BELAJAR BERKOMPROMI- Sikap bertoleransi merupakan satu kunci kebahagiaan. Jangan hanya pentingkan diri sendiri apabila membuat keputusan. Dalam setiap perkara yang anda berdua tidak bersetuju jangan ingat anda perlu selalu menang. Kadangkala mengalah lebih baik dari cuba membuktikan sesuatu. Percayalah dengan berlajar berkompromi, anda akan kenal pasangan dengan lebih mendalam dan kasih sayang akan bertambah erat.
Ads
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang suami memerlukan isterinya sebagai pelengkap hidup dalam mengharungi onak dan duri perjalanan hidup. Suami juga inginkan pasangan yang sentiasa mendampingi dirinya dan menjadi sumber kekuatan ketika dalam kekusutan.
Akan tetapi, ada beberapa perkara yang dilakukan oleh isteri menimbulkan rasa kurang senang di hati suami. Sikap yang kurang menyenangkan ini boleh membuatkan suami hilang mood dan bosan.
Oleh itu, pastikan isteri mengelak daripada melakukan tujuh perkara yang kurang disenangi oleh suami ini.
Tak salah jika ingin bercerita dan berkongsi kepada pasangan tetapi biarlah berpada-pada. Ini kerana lelaki mudah bosan apabila diajak berbual tentang satu topik yang sama sahaja dan anda asyik mengulanginya berkali-kali. Apa salahnya anda borakkan tentang sesuatu jenaka yang boleh membuatkan suami ketawa terbahak-bahak. Itu kan lebih menarik?
Jangan mengkritik berat badan dan penampilan suami secara berlebih-lebihan. Memang tidak salah untuk menegur tapi pastikan perkataan yang anda gunakan itu bersesuaian dan jangan sampai menyinggung perasaan suami. Berilah nasihat kepadanya dengan cara yang selamba atau berlawak jenaka supaya keadaan menjadi lebih santai dan bersahaja.
Lelaki tidak suka pada wanita yang mempunyai sikap sebegini . Bagi lelaki, ia cukup merimaskan lantas membuatkan dirinya rasa terikat dan tidak bebas. Mengongkong secara berlebihan dan pada perkara yang tidak sepatutnya boleh membuatkan suami kecewa dan sedih. Sukar untuk suami dapat apa yang mereka mahukan apabila bersama dengan isteri yang kuat mengongkong.
Apabila anda sering mengeluh tiada baju, padahal baju anda sampai dua hingga tiga buah almari, tu belum masuk lagi kasut dan masih mengaku yang tiada baju yang sesuai untuk dipakai, tentunya membuatkan suami ‘malas’ mendengar alasan anda. Sedar atau tidak, anda telah membuatkan lelaki rimas dan marah dengan anda kerana asyik mengeluh dan memberi alasan tiada baju.
Isteri yang begitu bebas dan bercita-cita tinggi menyebabkan suami kurang senang. Malah wanita sebegini merasakan dirinya boleh hidup tanpa sokongan lelaki kerana dia boleh berdikari di atas kejayaannya sendiri. Kepada wanita di luar sana, cubalah ubah sikap buruk ini agar mudah untuk lelaki mendekati anda. Akan tetapi, janganlah pula terlampau bersikap terbuka kerana wanita juga ada kehormatan yang perlu dijaga.
Lelaki mudah bosan apabila terpaksa menunggu wanita bersiap lama semata-mata untuk keluar ke satu-satu tempat yang jaraknya tak sampai lima minit dari rumah. Walaupun nampak perkara itu kecil pada wanita tetapi jika setiap kali mahu keluar dan lelaki terpaksa menunggu anda sehingga dua, tiga jam untuk bersiap, lama-kelamaan pastinya suami akan bosan.
Isteri yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi dan sukakan barang kemas atau keperluan mewah, pastinya merisaukan suami. Tidak semua suami mampu untuk memenuhi permintaan isteri sebegini kerana dalam fikiran mereka, ada perkara lain yang lebih penting untuk diutamakan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam perkahwinan pastinya kita mengharapkan ganjaran rezeki yang melimpah ruah agar kita beroleh rumah tangga yang penuh harmoni. Namun dalam sibuk mencari rezeki, ada ketikanya kita akan diuji dengan pelbagai dugaan termasuk kesukaran dalam mendapatkan rezeki. Rezeki kita sentiasa tidak cukup seolah-olah ada yang tidak kena.
Dan sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan rezeki. Tanpa usaha mana mungkin rezeki akan datang bergolek. Namun usaha sahaja tidak mencukupi jika kita tidak berdoa dan bertawakal kepada-Nya.
Perkongsian menarik suami isteri yang dipetik dari facebook Mentari Hidup Full ini boleh dijadikan panduan untuk anda beroleh rezeki yang melimpah ruah. Dulu masa kahwin zero. Apa pun tak ada. Dulu juga mereka tak solat sampai dulu surah dan cara solat. Namun, bila mereka istiqamah dalam mengamalkan tip RAHSIA ini, rezeki mereka melimpah-ruah tak putus.
Ini cerita betul, bukan mitos. Cerita dongeng ke apa. Saya suami isteri kahwin muda lepas belajar. Lepas kahwin ‘kosong’, duit zero. Kawan2 lain kerja, kami tak nak kerja. Nak niaga. Kami naik sampai sekarang dengan berpaksikan hidup nak berubah demi Allah. Dari zero sekarang boleh tolong mak ayah, rumah selesa, ada kereta selesa, akan mewah, ada duit simpanan boleh kata banyak juga. Kiranya kekadang tak tahu camne boleh senang macam sekarang. Kita kekadang lupa Allah ada. Banyak cara sebenarnya dia boleh tolong kita kalau kita minta kat Dia. Kalau minta kat manusia sapa nak layan.
Dulu tak solat, sampai lupa dah ayat2 semua, kena baca balik buku cara2 solat > pelan2 solat, tak boleh tinggal, kena sungguh2 taubat.
Suami hari2 solat Dhuha yang mana saya tak mampu yang tu. Tiap pagi dia akan solat Dhuha, tak boleh tinggal kata dia solat Dhuha tu wajib. Sebab kita tak ada bos. Bos kita Allah. Jadi kena presentation lebih kat Allah.
Dulu orang gelak kami niaga online, sekarang alhamdulillah ramai kawan2 and keluarga nak berniaga juga.
Dulu saya ingat hidup kena 80% usaha, 20% tawakal. Tapi sebenarnya = 80% tawakal, 20% usaha. Dari dulu saya seorang yang pentingkan usaha, exam wajib stay up malam kena usaha. Solat tak payah. Apa ada dengan solat, dapat gak A. – ayat seorang jahil. Astagfirullah.
** Pergi pejabat zakat berdekatan. Tanya terus dengan dorang camne nak buka tabung2 ni **
✅ Ramai yang sibuk jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)
1. Solat awal waktu
Lelaki – 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ada kat masjid!
2. Solat Dhuha
– Eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain.
– Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila).
– Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuba tambah jadi 4, 6 & 8. Ikut kemampuan. Setiap 2 rakaat kena bagi salam.
✅ Jadilah JUTAWAN yang memberi manafaat pada orang lain!
3. Tahajjud
– Buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa. Buat secara konsisten.
– Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia kalau orang tak nak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah kita takkan rasa kecewa. Merengek merintih pada Allah apa yang kita nak. Apa yang kita impikan. Apa yang kita nak capai dalam hidup! Biar jelas. Kalau nak jadi jutawan, doa nak jadi jutawan berkat tahun ni.
– Minta semua pada Allah. Nak pakai Ferrari. Nak ada RM10 juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun. Nak hantar mak ayah pergi umrah tahun ini. Nak beli rumah banglo. Impian kena jelas! Minta semua pada Allah. Minta yang besar2 terus sebab Allah Maha Kaya Maha Pemurah!
✅ Belajar berlapang dada. Redha dengan setiap masalah & ujian yang Allah bagi. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar. Redhakan semua tu. Belajar redha sebab ada sorang peserta tu adik dia pinjam RM98 ribu dah bertahun2 tak bayar pastu dia belajar redha. Tak sampai seminggu Allah balas balik, dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yang 10 tahun lepas punya kes.
4. Sedekah
– Beri sedekah dengan perasaan. Contohnya, Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat macam ni dengan penuh perasaan)
✅ Buat TABUNG SUBUH
– Masukkan duit setiap hari selepas subuh. Masukkan dengan penuh perasaan & doa pada Allah. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dan lain-lain.
Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakal
9 kali kena yakin!
5. Baca Al-Quran
– Paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan. Buat setiap hari. Jadikan amalan!
– Kalau bersedih. Baca Quran. Kalau sakit. Baca Quran.
6. Istighfar setiap hari
– Baca zikir ‘Ya Wahhab’ je 100 kali setiap hari. Lagi bagus setiap solat 100x. Pastu, up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir.
7. Jaga Wuduk setiap hari
– Latih badan sentiasa ada wuduk. Kalau masalah kentut. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang. Hehe! Contoh dalam wuduk pastu gi jumpa client. Pasti terkentut. Jangan la pi ambil wuduk plak. Lepas dah jumpa client baru la ambil wuduk sebab masih dalam proses latihan. Bagi kelonggaran pada diri. Jangan berubah secara drastik.
✅ Latih diri MEMBERI di waktu tiada, bukan bila dah KAYA!
Setiap kali lepas solat. Pejam mata. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri. Tarik nafas macam biasa. Rasakan degup jantung kita. Pastu bayangkan muka mak. Minta maaf pada mak jika ada salah. Maafkan mak jika mak ada salah. Minta mak redhakan semua yang kita buat. Pastu bayangkan muka ayah. Buat benda sama. Pastu bayangkan muka isteri. Muka suami. Muka anak2. Maafkan semua orang.
Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luar biasa dari Allah.
Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua…
Salam…
Sumber: Mynewbistro
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sikap cemburu yang ditunjukkan oleh pasangan menandakan dirinya yang terlalu sayang. Namun sikap cemburu itu biarlah bertempat. Jangan pula kerana sikap cemburu anda menimbulkan perasaan kurang senang atau benci pasangan.
Contohnya setiap masa menghubungi pasangan sedang buat apa dan sebagainya. Janganlah bersikap mengawal pasangan, buat dirinya tidak bebas dan tidak percaya.
Cemburu itu juga terbahagi kepada beberapa jenis. Berikut ini ada beberapa jenis cemburu yang boleh anda ketahui
1. Cemburu normal
Cemburu normal adalah perasaan cemburu kerana merasa takut hak miliknya direbut orang lain. Perasaan ini masih dalam kategori normal. Sikap sebegini bukan hanya dimiliki oleh orang dewasa yang sedang menjalin hubungan, tapi ketika anda masih bayi dan kanak-kanak pun, rasa cemburu seperti ini sudah timbul.
2. Cemburu kerana mahu melindungi
Rasa cemburu yang begini muncul kerana timbul perasaan ingin melindungi orang yang dicintai. Sikap cemburu seperti ini biasanya ditunjukkan oleh ibu bapa terhadap anaknya.
3. Cemburu tidak menentu
Seseorang boleh tiba-tiba cemburu tanpa alasan yang tidak masuk akal. Misalnya seorang suami cemburu terhadap isterinya yang mengidolakan artis tertentu. Si suami cemburu kerana artis tersebut telah mengalih perhatian isterinya, padahal dia tahu bahawa tidak mungkin isterinya jatuh cinta dengan artis yang diidolakannya.
4. Cemburu kerana persaingan
Samaada dalam persaingan kerja atau merebut hati seseorang yang dicintai, perasaan cemburu pasti selalu ada. Anda akan merasakan cemburu kerana takut kalah dalam persaingan tersebut.
5. Cemburu buta
Perasaan cemburu ini sangat bahaya . Jika perasaan cemburu buta sudah menguasai seseorang, dia sanggup melakukan hal yang nekad, umpamanya dengan menyakiti pasangan.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...