Suami Ambil Kesempatan

Walaubagaimanapun ada juga suami yang akan berasa tercabar dengan hal ini kerana sebagai ketua keluarga dan seorang lelaki, dia tidak mampu menyara keluarga sepenuhnya. Dari situ akan timbul perasaan rendah diri.

Bagi mengelakkan perasaan ini, suami isteri perlu menghindari pertelingkahan membabitkan perihal pendapatan keluarga.

Gaji Isteri Lagi Tinggi, Perempuan Sekarang Tak Mudah Diperbodohkan Suami

Secara tradisinya di dalam Islam juga , tanggungjawab untuk mencari rezeki dan memberi nafkah dipikul oleh suami. Tetapi sekiranya isteri redha untuk membantu suaminya, itu tidak menjadi masalah.

Tetapi yang lebih menyedihkan apabila suami mengambil kesempatan diatas kesenangan yang telah diberikan isteri. Suami membiarkan isteri membayar semua perbelanjaan dan gaji suami digunakan untuk berjoli.

IKLAN

Suami tidak sepatutnya mengharapkan duit isteri sebaliknya duit isteri itu dijadikan sebagai simpanan ketika kecemasan dan terdesak.

Gaji Isteri Lagi Tinggi, Perempuan Sekarang Tak Mudah Diperbodohkan Suami

Isteri Pijak Kepala

Isteri pula apabila mempunyai pendapatan melebihi suami, segelintirnya akan berasa diri mereka hebat dan gah kerana semua harta di dalam rumah, kos perbelanjaan keluarga semua darinya.

IKLAN

Perkara ini juga akan membuatkan rasa hormat isteri kepada suami berkurangan , malah mungkin akan sering memperlekehkan peranan suami sebagai ketua keluarga.

Lebih malang lagi apabila suami terpaksa mengikut segala keputusan isteri. Walaubagaimanapun, suami tetap ketua keluarga dan sebarang keputusan harus dirujuk kepada suami.

Gaji Isteri Lagi Tinggi, Perempuan Sekarang Tak Mudah Diperbodohkan Suami

IKLAN

Apa yang Suami Boleh Lakukan?

Bagi kaum suami yang pendapatannya kurang dari isteri, janganlah anda berasa rendah diri sebaliknya anda boleh memperbaiki diri anda lebih baik untuk keluarga.

Apa yang boleh anda lakukan, cuba wujudkan simpanan bersama suami dan isteri untuk sistem kewangan rumah tangga. Selapas ini tidak akan wujud perbandingan yang ketara berkaitan duit.

Selain itu, anda juga perlu bahagikan kos untuk perbelanjaan rumah tangga. Sebagai contoh gaji suami membayar keperluan anak-anak dan gaji isteri membayar keperluan harian di dalam rumah.

Dengan cara ini suami isteri akan bersama-sama membantu satu sama lain untuk memastikan rumah tangga berjalan lancar dan bahagia.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI