Hiasan di dinding rumah kita biasanya memang dipenuhi dengan gambar-gambar keluarga dan perkahwinan. Iyalah, di situlah kita abadikan memori indah untuk kita tatap sesekali. Bagi pasangan yang baharu berkahwin pula, banyak sungguh sesi fotografi yang dilakukan dan semua gambar yang cantik tu pasti nak dijadikan tontonan untuk seluruh isi rumah.
Tetapi, menggantung gambar keluarga dan kahwin sebenarnya tidak digalakkan di dalam Islam. Melalui penulisan dari laman Facebook Cikgu Zahran, ini antara sebab kenapa tidak digalakkan menggantung gambar kahwin dan keluarga.
KENAPA TIDAK DIGALAKKAN GANTUNG GAMBAR KAHWIN DAN KELUARGA DI DALAM RUMAH?
Kita sememangnya sukakan rumah yang cantik. Rumah yang dibina atau dibeli ingin dihias dengan pelbagai kreativiti yang kita ada. Rumah yang cantik ini semestinya akan menciptakan suasana yang nyaman dan mendamaikan untuk keluarga meluangkan masa bersama.
Amalan mengantung gambar semestinya akan menjadi perkara wajib bagi menaikkan lagi seri rumah kita. Namun begitu,tidak ramai yang tahu, amalan mengantung gambar kahwin atau pun gambar keluarga tidak dibenarkan didalam islam. Berikut penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan mengenai perkara ini.
Apakah hukum menggantung gambar makhluk hidup di dinding rumah atau gambar manusia pada kulit buku? Benarkah jika gambar tersebut tidak cukup sifat seperti tiada kaki atau separuh dibenarkan untuk digantung di dinding dan kulit buku?
Mufti berpendapat agar tidak dilakukan perbuatan menggantung gambar makhluk hidup di dinding rumah, sekalipun separuh badannya dihilangkan, kerana keluar daripada khilaf. Adapun di kulit buku, maka kami berpendapat itu tidak mengapa. Wallahua`lam.
Kenapa Dilarang Menggantung Gambar Kahwin, Anak & Keluarga, Sebagai Perhiasan Didalam Rumah*
Menjadi kebiasaan didalam setiap rumah, gambar kahwin, gambar keluarga, gambar anak-anak dan sebagainya digantung pada dinding rumah mahupun dibingkaikan untuk dijadikan sebagai perhiasan dan kenangan terindah.
Namun seeloknya, jika ada menggantung gambar-gambar ini sebaiknya, turunkanlah. Tanggalkan ia simpanlah ditempat tertutup dan jangan pamerkan ia untuk tatapan didalam rumah.
Ini kerana dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud:
Daripada Ibnu ‘Abbas, “Abu Talha, seorang sahabat Rasulullah dan seorang sahabat yang pernah bersama dalam Peperangan Badar memberitahu kepadaku bahawa Rasulullah berkata,
“MALAIKAT (PEMBAWA RAHMAT) TIDAK MASUK KE DALAM RUMAH YANG DI DALAMNYA ADA ANJING ATAU GAMBAR.” YANG DIMAKSUDKAN ADALAH GAMBAR YANG MENYERUPAI MAKHLUK BERNYAWA.”
(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI, KITAB EKSPEDISI PEPERANGAN BERSAMA NABI (5/59), NO. 338)
Malaikat Rahmat terhalang untuk masuk ke dalam rumah jika mempunyai gambar-gambar mahkluk bernyawa ini. Akibatnya hilanglah kasih sayang sesama ahli keluarga didalam rumah yang didiami.
Bukan itu sahaja, perselisihan faham, rumahtangga selalu ‘panas’, tidak bahagia, rezeki sempit serta ada sahaja masalah yang sering berlaku kerana tiada lagi rahmat dan keberkatan yang diberikan didalam rumah.
Sedangkan malaikat rahmat jika ada di sisi kita ia membawa 1000 rahmat dengan izin Allah iaitu hati menjadi lebih tenang, jiwa rasa cinta pada Allah SWT, rezeki juga sentiasa dipermudahkan Allah. Malah malaikat rahmat juga bertugas menjaga keselamatan diri kita jika kita banyak membaca al-Quran, zikir dan berdoa.
Panduan Simpan Gambar Sebagai Kenangan:
1.Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah Malaikat Rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah bagi gambar makhluk bernyawa iaitu manusia dan haiwan.
2.Dilarang menggantung mahupun mempamerkan gambar makhluk bernyawa ini pada dinding atau dibingkaikan untuk hiasan didalam kabinet seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
3.Seeloknya gambar-gambar yang ingin dijadikan kenangan disimpan didalam album, handphone atau didalam komputer dan tidak dipamerkan didalam rumah sama sekali.
4.Gambar seperti keindahan alam semulajadi, tulisan kaligrafi, gambar permandangan, bunga-bungaan, kereta bangunan dan sebagainya yang BUKAN berunsur makhluk bernyawa adalah dibenarkan untuk dijadikan perhiasan didalam rumah.
5.Untuk patung permainan anak seperti barbie, teddy bear boleh digunakan untuk permainan tetapi selepas main perlulah diletakkan di dalam kotak mainan dan janganlah diletakkan di almari perhiasan mahupun dijadikan koleksi.
Semoga bermanfaat, kongsikan buat yang lain.Bersama-sama kita mengubah kebiasaan ini, untuk menjemput malaikat rahmat hadir ke rumah sekaligus memperolehi keberkatan dan kasih sayang dalam keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada yang lebih indah andai majlis perkahwinan memilih sesuatu tema sebagai fokus utama dalam sebuah majlis. Segalanya nampak sempurna dengan dekorasi yang menarik. Contohnya seperti majlis ini yang bertemakan Winter Blue dan menggunakan warna segar seratus peratus.
Bunga segar diterbangkan dari Holland, China dan India.
Jenis bunga yang digunakan terdiri dari Delphiniums Powder Blue, Royal Blue Hydrangea, Mathiola, Babies Breath, Hydrangea Powder Blue, Rose, Tulip dan Spray Rose.
Lilin juga dipasang di setiap sudut dan meja untuk menaikkan mood dan memberi cita rasa mewah di dalam majlis.
Bunga segar menghiasi pelamin, walkway, pintu gerbang, meja tetamu, meja Vip, ruang legar dan bunga tangan diberi kelainan dengan menggunakan warna yang agak berani seperti tona merah.
“Effect smoke machine” juga digunakan untuk memberi kesan kabus supaya kelihatan sejuk dan menyerikan dewan makan untuk meraikan tetamu yang hadir.
Lampu-lampu LED seperti warna putih dan biru dinyalakan sepanjang majlis supaya kelihatan lebih menarik.
Kredit foto: Matbvnga
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila isteri ini ubah bilik air di rumahnya jadi cantik dan kemas begini, mestilah encik suami dan anak-anak akan selesa dan gembira.
Bak kata orang, nak tahu si dia jenis pembersih atau tidak, tengok bilik airnya! Haa.. tapi kalau nak godek jadi cantik, biasanya memerlukan kos yang tinggi. Jadi apa kata anda cuba idea Puan Abylla Amjah. Modalnya hanya guna wallpaper saja terus berubah rupa bilik airnya.
Haa.. nampak tak hasilnya? Makin ketara perubahan jadi cantik dan selesa kan? Ini kalau duduk lelama pun tak sedar. Hah, anda pun boleh cuba ubah ikut idea ini.
Dalam menyempurnakan dekorasi sesebuah majlis perkahwinan, backdrop atau latar pelamin merupakan salah satu perkara yang perlu dititikberatkan. Ini kerana penilaian sama ada berjaya atau tidak sebuah dekorasi perkahwinan dipengaruhi oleh bentuk dan pemilihan backdrop tersebut.
Oleh itu, anda perlulah mempertimbangkan bentuk backdrop dengan sebaiknya agar ia tidak merosakkan suasana dekorasi perkahwinan. Bukan itu sahaja, pemilihan dan bentuk backdrop juga bergantung pada lokasi perkahwinan sama ada ia sesuai dilakukan di indoor atau outdoor.
PERKAHWINAN TRADISIONAL DI INDOOR ATAU OUTDOOR
Perkahwinan dengan konsep tradisional lebih kerap diadakan di indoor berbanding outdoor. Selain proses adat yang panjang dan memakan masa yang lama, bimbang akan berlakunya perubahan cuaca seperti hujan yang turun secara tiba-tiba ataupun matahari yang semakin terik.
Maka tempat yang paling sesuai untuk mengadakan perkahwinan tradisional adalah di dalam kawasan yang tertutup. Dalam memilih backdrop untuk perkahwinan tradisional di indoor, biasanya bakal pengantin akan menyesuaikan dengan adat yang akan dijalankannya.
Bolehkah perkahwinan tradisional dilakukan di tempat terbuka seperti di taman atau di tepi pantai? Sebenarnya boleh jika proses yang panjang dapat disingkatkan. Untuk backdrop pula sebaiknya dikombinasikan antara tema moden dengan elemen gaya tradisional seperti kain batik atau tenun.
KEPELBAGAIAN BACKDROP MENGIKUT LOKASI
Perkahwinan ala barat yang dilakukan di outdoor biasanya menggunakan konsep intimate dan ringkas. Dan untuk menyesuaikannya, backdrop akan dibuat mengikuti konsep yang minimalis dan ringkas. Selari dengan konsep, terdapat pelbagai jenis backdrop yang dapat diaplikasikan daripada segi bentuk mahupun gaya.
Daripada segi gaya, terdapat banyak jenis di antaranya vintaj dan rustik yang sering diguna pakai. Sementara untuk bentuk juga pelbagai. Bahkan dari gaya rustik, sepasang pintu pun dapat dijadikan backdrop yang disertai dengan dekorasi bunga-bunga untuk mencantikkannya.
Keuntungan lain yang bakal pengantin dapat dengan menggunakan backdrop seperti ini adalah dapat mengurangkan bajet dekorasi tanpa perlu menghabiskan kos untuk dekorasi mewah dengan menyewa pelamin yang yang pasti mahal kosnya. Hanya dengan sentuhan kreatif, backdrop yang ringkas juga tetap tampil menarik.
Aplikasi latar pelamin seperti ini juga bukan hanya sesuai untuk pengantin bergaya moden, tapi dapat juga diterapkan untuk pengantin tradisional. Tentu saja dengan memberikan gaya tradisi seperti kain songket atau batik sebagai pengganti kain selendang putih yang biasanya dililitkan pada tiang mencetuskan kelainan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...