Ini cara kemas rumah jadi bersih teratur walau ruang tak besar, semuanya daripada didikan seorang pada anak-anaknya.
Walaupun pada mulanya, anak akan mengomel sambil melakukan tugas yang diberi. Namun, bila tersedar ada benarnya kata-kata emak, dia yang lebih dahulu makan garam.
Sebagaimana perkongsian dari Puan Anis Syuhada, yang teringat kembali pesanan-pesanan mengemas rumah dari emaknya oleh kerana kerinduan disebabkan tidak dapat pulang ke kampung menjenguk orang tuanya.
Jom baca pesanan berikut, boleh juga dipraktikkan bagi anda yang belum pernah lakukan beberapa tugasan di rumah seperti di bawah.
Cara Kemas Rumah, Ikut Nasihat Seorang Emak
Menjadi rutin Anis dari kecil lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah Anis wajib buat. Rutin setiap pagi ialah:
Sapu sampah luar dan dalam rumah
Kemas tempat tidur
Pastikan setiap bilik kemas
Sidai kain
Siram pokok bunga mak
Ads
Sampai ke tua juga lah menjadi rutin Anis sehingga hari ini.
Mak selalu pesan:
1. Sapu saja sampah walaupun tak nampak kotor. Nanti dalam penyodok kita akan nampak ada ke tak ada sampah.
2. Sambil menyapu tu kaih-kaih sama sawang jangan menyapu macam orang tak ada mata dan tak ada tulang (menusuk ke sanubari pesan yang ini).
3. Lapik kaki luar ke dalam ke basuh. Jangan tunggu keras melekat dekat lantai. Ye la, nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.
Ads
4. Kabinet kasut susun, jangan lah selipar tinggal sebelah pun kau simpan. Nak pakai pergi mana? Putus pun simpan, sayang kena bertempat. Tapak kasut ketuk dulu jangan berselut pon rajin nak susun.
5. Tong sampah cuci ya. Ada depan rumah kau tak cuci mengaum bau. Selalu kalau detergent dah habis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datang kutip sampah.
6. Tiap kali lepas masak, cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nak kemas balik “toksah masak”. Mak saya ini dia sangat utamakan kebersihan sebab tak boleh cakap apa lah kalau dia masak, licin dapur dia kemas.
Kalau korang cakap “kejap lagi buat la” maka, korang akan murung dengar dia bebel. Lagi-lagi bila dia cakap,”tak apa biar mak buat, korang semua rehat tengok tv.” Elok-elok je dia cakap tapi korang akan rasa berdosa seumur hidup.
Ads
7. Sudah masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab berminyak. Tak ada dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintenance. Warna apa pun dapur kena rajin, putih melepak ke hitam melegam ke kelabu asap ke kuning merengau ke kena bersih.
8. Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ye la, sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah, rambut bergumpal dekat hujung penyodok tebal 5 inci, habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu.
Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan biar letak dekat lantai, lepas itu nak sapu habis bulu penyapu melentik bengkok.
Tapikan betul lah apa yang mak pesan itu, beri impak besar walaupun kadang kita rasa, “Alahhhh itu pun nak bagitahu ke?”
Mak selalu cakap, rumah kita paling penting bersih. Barang lama pun tak apa. Kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab tu la bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.
Sumber: Facebook Anis Syuhada
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila cuti sekolah bermula, tentu banyak undangan majlis perkahwinan. Jadi mesti ada yang tengah cari idea hadiah kahwin menarik nak bagi kepada pasangan pengantin, salah beri nanti orang tak guna.
Okay, jom tengok idea yang dikongsikan oleh saudari Lea, ini antara hadiah menarik yang anda boleh bagi kepada pasangan pengantin.
Hadiah Kahwin Menarik
1. Hadiah yang paling berguna buat pengantin ialah electric kettle. Untuk nampak menarik, hadiahkan aesthetic electic kettle yang unik dari segi reka bentuk. Pasti mereka akan guna bertahun lamanya.
2. Jika duduk bersama tentulah perlukan alatan masak, bukan? Anda boleh bantu pasangan pengantin dengan memberi hadiah 2 in 1 Pot untuk kukus dan masak. Tak perlu beli alatan asing jika nak mudah.
3. Jika pasangan pengantin adalah coffee lover, beri saja mereka expresso machine. Mudah kan mereka dapat dos kopi harian.
4. Jika anda nak beri hadiah berunsur deko tapi masih berfungsi, berikan mereka rattan table lamp ala Ikea. Tentu mereka seronok. Boleh pengantin letak di dalam bilik tidur dan ini pun salah satu hadiah yang sangat berguna dan membantu.
Hah, dapat sesuatu?Moga anda yang masih pening mencari hadiah untuk bakal pengantin boleh cuba beberapa idea ini. Barulah berbaloi masuk majlis dan pengantin seronok dapat tetamu!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bahaya bila masuk fasa tawar hati dalam hubungan, semua akan jadi rapuh. Jadi hilang mood dan akhirnya makan dalam. Banyak punca dan sebabnya.
Begitulah yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin, fasa tawar itu bila kau malas nak tegur, malas nak nasihat, malas nak cakap banyak. Jadi tak excited nak cerita, kau tak beriya-iya nak sembang.
Jangan Sampai Masuk Fasa Tawar Hati
Perbualan hati ke hati tu, dah lama tak jadi. Dah lama pendam, dah lama simpan. Banyak persoalan tak ada jawapan, banyak masalah tak ada penyelesaian.
Masa tu, hubungan dah tawar. Kau hal kau, aku hal aku. Tapi tanggung jawab tetap tunai, tetap buat.
Kurang Menghargai
Benda ni bukan berlaku selepas 10 tahun ke atas, tapi setahun dua pun dah rasa andai pasangan tu, tak memahami kita, tak menghargai kita, tak nampak apa yang kita buat untuk dia, tak cuba tanya isi hati kita, apa sebenarnya yang kita rasa.
Hubungan pada fasa tawar hati ini, hubungan yang dah reda dengan ketentuan. Panjang pendek, lambat singkat hubungan tu, atas takdir Allah s.w.t.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak peluk kebahagiaan, suami isteri kerjasama buat semua benda. Baik soal mendidik anak, cukupkan rezeki, dan selesaikan bab kerja rumah. Biar saling merasa penat lelah hidup membina keluarga, barulah akan lebih menghargai.
Meniti usia perkahwinan ke 15 tahun, penyanyi dan penyampai radio, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani berkongsi tip keharmonian dalam rumah tangganya bersama isterinya, Nora’ Asikin Rahmat yang lebih mesra dipanggil Ekin.
Suami Isteri Kena Kerjasama, Tak Boleh Harap Pasangan Buat Seorang
Memetik laporan gempak, menurut Mawi, suami dan isteri tidak boleh mementingkan diri sendiri malah perlu bekerjasama dalam segala aspek agar rumah tangga sentiasa bahagia.
“Alhamdulillah, saya dan isteri sudah berumah tangga selama 15 tahun. Banyak saya belajar, bila berumah tangga, kita tidak boleh mementingkan diri.
“Suami dan isteri perlu bekerjasama dan tak boleh nak lepaskan diri saja. Bila dah hidup bersama, waktu inilah kita nak kenal baik dan buruk pasangan kita.
“Kita perlu belajar menerima kelemahan pasangan kita. Paling penting, kita juga perlu gembirakan pasangan sebab ini membantu dalam menceriakan hari-hari kita bersamanya,” katanya.
Untuk info, Mawi mendirikan rumah tangga dengan Ekin pada 20 Disember 2008 dan mereka ikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 11 tahun.
Sumber : Gempak, Instagram cahawaasmawi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!