Garmin kini melancarkan jam tangan pintar yang di kenali sebagai Garmin Venu yang merupakan jam tangan pintar dengan fungsi GPS dan skrin AMOLED yang gempak serta dinamik. Jam tangan pintar ini memiliki fungsi all-in-one seperti memantau kesihatan, grafik senaman animasi, jangka hayat bateri lima hari dan pelbagai fungsi unik yang lain.
Punya pesona yang unik di mana ia dapat menyelaraskan fungsi mengikut aktiviti serta persekitaran si pengguna dengan mudah dan bergaya. Dengan fungsi jam tangan pintar yang menepati keperluan kehidupan masyarakat masa kini dan rekaan yang elegan menjadikan jam tangan pintar Garmin VenuTM sebagai aksesori dan dalam masa yang sama ia menjadi alat bagi memantau kesihatan diri.
Ads
Ads
Ads
Jam tangan pintar Garmin Venu ini sangat mementingkan aspek kesihatan dan kesejahteraan si pemakai dengan pelbagai fungsi kesihatan diri seperti pemantauan kesihatan 24 jam selama seminggu, pengesan pernafasan, penggera kadar jantung, jadual aktiviti senaman, masa rehat, jadual waktu tidur dan pelbagai fungsi kesihatan lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peminat dikejutkan apabila majlis pernikahan pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang sepatutnya berlangsung 18 Ogos ini dibatalkan.
Memetik BH Online, perkara itu turut disahkan oleh pengurus kepada aktres itu iaitu Iman Tang yang mengatakan dia dimaklumkan oleh Mimi dua hari lalu.
Menurutnya, majlis pernikahan pasangan itu dibakalkan saat-saat akhir kerana Mimi terlibat dengan penggambaran.
“Dia berjumpa saya dua hari lalu memaklumkan yang majlis pernikahannya terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
“Pembatalan dibuat kerana Mimi terikat dengan jadual penggambaran, selain ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Syafiq.
“Bila diberitahu mengenai perkara itu, saya memang terkejut. Tapi saya tahu Mimi memang baru sahaja masuk set penggambaran.
“Mimi kemudiannya meminta saya menghantar mesej pembatalan kepada tetamu yang sudah membuat RSVP kepada saya sebelum ini,” katanya
Ibu kepada pelakon Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman terpaksa bersuara selepas ada dakwaan mengatakan anak lelakinya dan Mimi Lana sudahpun bernikah pada malam Jumaat.
“Ish, tidaklah mana ada nikah malam ni. Saya rasa lebih baik tanya sendiri kepada Syafiq dan Mimi.”
Saya tiada komen tentang pembatalan pernikahan mereka. Saya minta maaf, saya tidak boleh beri sebarang komen.”
Apapun, kita nantikan penjelasan daripada Syafiq dan Mimi tentang perkara ini sama ada majlis ditangguhkan untuk satu tarikh lain atau sebaliknya. Doakan yang baik-baik.
Dalam pada itu, Iman menafikan punca pembatalan majlis tersebut kerana masalah peribadi serta Mimi mengatakan hububgannya dengan Syafiq baik-baik saja.
“Saya ada juga bertanya perkara yang sama kepada Mimi, tetapi hubungan mereka baik-baik sahaja.
“Segala perkembangan terbaharu mengenai majlis termasuk tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Sumber: Bh Online & mStar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membawa pasangan untuk menikmati makanan yang disukainya boleh menambat rasa kasih sayang anda padanya. Ini menunjukkan betapa anda ambil berat akan kesukaannya. Bila tahu pasangan anda menyukai sesuatu makanan cuba buat kejutan sesekali padanya mungkin di hari lahirnya nanti.
Jika sidia peminat tegar nasi daun pisang dan mahu menikmatinya pada dalam suasana yang serba selesa, bawa sidia menikmatinya di restoran Chennai@Pacific yang terletak di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Restoran ini menawarkan rasa masakan tradisional India Selatan yang lazat yang disediakan oleh Executive Chef Steven G bersama team. Terdapat beberapa hidangan unik yang turut ditawarkan di sini.
Chennai@Pacific menawarkan hidangan daun pisang bersama empat pilihan kuah iaitu ikan, ayam, dhalca dan kari sayur. Hidangan ini dilengkapi dengan kobis goreng, kacang panjang, timun dan lobak merah.
Set hidangan terdiri daripada nasi kukus bersama rasam, tairu, poppadum dan jeruk limau. Pengunjung boleh memilih hidangan sampingan mengikut kesukaan mereka seperti ayam lada atau ayam varuvel, kambing pratel atau kambing varuvel, kari kepala ikan atau ikan tenggiri goreng, udang masala atau sambal sotong dan seleksi tambahan seperti tauhu sambal.
Pengunjung juga boleh memesan hidangan pencuci mulut seperti ‘payasam’, puding nasi resipi khas dari India. Boleh juga mencuba ‘laddu’ makanan India yang manis yang sukar anda tolak. Ia campuran tepung, gula dan shortening dan berbentuk bulat seperti bola pingpong. ‘Julab jamun’ juga sangat unik kerana makanan pencuci mulut yang klasik di kalangan masyarakat India.
Andai mahu ke sini, Chennai@Pacific dibuka dari jam 11 pagi hingga 2.30 petang dan anda boleh membuat tempahan dengan menghubungi +603-40424341/4352.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memilih unuk bawa anak bercuti bersama, pelawak Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka dengan membawa anak-anak bercuti di sebuah pulau peranginan.
Bagus sebenarnya bawa anak bercuti bersama. Ada kajian oleh Holiday Association di United Kingdom, majoriti respondent bersetuju memori terindah zaman kanak-kanak adalah sewaktu pergi bercuti dengan ahli keluarga.
Ya, sekejap sahaja anak sudah besar, kalau tak bawa anak bercuti sekarang, nanti anak-anak masuk dunia mereka pula. Kerja dan berkahwin.
Begitu juga pilihan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, yang enggan pergi berdua kerana bimbang hanya menghabiskan masa di bilik hotel tanpa keluar menikmati alam semula jadi sepuas-puasnya.
“Kenapa kita bawa anak-anak bersama sebab bahaya pergi berdua. Kita akan terkurung di dalam bilik tak keluar-keluar.
“Jadi penyelesaiannya adalah bawa anak-anak sekali,” katanya menerusi Instagram.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik, Watie dan Shuib dilihat bersama Uwais, Talita dan Matin berada di lapangan terbang.
Sarat memori indah, Shuib turut berkongsi momen mereka sekeluarga menaiki bot menuju ke sebuah pulau yang tidak didedahkan lokasinya.
Ketika tiba di hotel penginapan mereka, ahli perniagaan itu sempat merakamkan keindahan panorama dan mengucapkan terima kasih kepada isterinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji Watie kerana menjadi ibu tiri yang baik selain sentiasa ceria memperuntukan masa bersama mereka.
“Bagusnya Watie layan anak tiri macam anak sendiri, nampak bahagia dan serasi, mesti arwah Sarah gembira melihat ini semua,” komen netizen itu.
“Bagus pergi bercuti tak tinggal anak, ketika bercutilah kita dapat luangkan masa dan menjalani momen indah bersama mereka, budak-budak mesti suka,” demikian komen netizen itu.
Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.
Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...