Sebelum nak kahwin, setiap bakal pengantin haruslah melakukan persediaan dari segi fizikal, mental dan rohani agar perjalanan yang ditempuh sentiasa lancar. Ini penting agar perkahwinan yang anda bina mampu bertahan dan kekal bahagia buat selamanya.
Kahwin bukanlah semudah yang anda sangkakan. Jika anda dan pasangan masih lagi kurang ilmu di dada, dalami ia dan bersedialah dengan segala ilmu rumah tangga. Perkongsian menarik tentang tip perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus ( Original ) ini elok dijadikan panduan dalam melayari rumah tangga.
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mensia-siakan doa mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
Ads
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.
Ads
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%.
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
Ads
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah-lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lain tempat, lain cara. Ada di sesetengah tempat yang tok kadi sudah sedia dengan beberapa soalan untuk di soal kepada pihak pengantin lelaki untuk di jawab sebelum saat akad dilakukan. Ini 8 soalan yang berpotensi tok kadi tanya pada waktu akad nanti.
1.Dua kalimah syahadah beserta maksud
2. Bacaan Al-Fatihah
3. Istighfar
4. Doa Qunut dan hukumnya jika tertinggal di dalam solat subuh
5. Rukun Iman & Rukun Islam
6. Rukun Nikah
Pengantin Lelaki
Perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
Islam, baligh, berakal
Tidak berada dalam ihram atau umrah
Tidak dipaksa kahwin
Tidak beristeri lebih dari 4 orang
Pengantin Perempuan
Islam
Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
Bukan isteri kepada seseorang
Tidak berada dalam iddah
Akad (Ijab & Qabul)
Lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul.
Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul.
Lafaz ijab dan qabul membawa maksud yang sama.
Had atau tempoh masa perkahwinan tidak boleh dinyatakan dalam lafaz ijab dan qabul.
Wali
Islam, baligh, berakal
Merdeka
Tidak berada dalam ihram atau umrah
Bukan seorang lelaki yang fasik
2 orang saksi
Islam, baligh, berakal
Merdeka
Boleh melihat dan mendengar dengan baik
Tanggungjawab wali bukan ke atasnya
7. Lafaz niat mandi hadas
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah beria buat senaman, namun badan tak juga kurus malah tubuh anda masih lagi tidak seperti yang diimpikan. Maka anda sendiri melakukan usaha penurunan berat badan dengan cara yang tidak sihat.
Tubuh ideal yang sihat kerap diidentitikan dengan pola pemakanan yang baik dan rutin senaman yang cukup. Selain itu, faktor genetik dan hormon turut mempengaruhi ukuran tubuh badan. Namun apabila anda menjalankan diet yang sewajarnya bersama senaman secara rutin sebaliknya berat badan tidak juga turun, mungkin senaman yang kamu lakukan itu kurang tepat.
Cuba anda periksa kenapa senaman yang dilakukan itu masih belum berhasil? Mungkin tak menjadi disebabkan oleh punca-punca ini.
1. Terlalu banyak melakukan latihan kardio
Latihan kardio merupakan sebahagian daripada rutin senaman yang penting, malah ia sebenarnya boleh menyihatkan jantung dan meningkatkan metabolisme tubuh. Namun, jangan terlalu memaksakan diri untuk melakukannya lebih banyak dan menjadikan latihan ini fokus pada kekuatan, misalnya melakukan rutin berlari 15 kilometer atau berlari non-stop selama 90 minit.
Apabila anda terlalu banyak melakukan latihan kardio, ia akan menegapkan otot tubuh. Selain itu, tubuh akan menjadi menaikkan daya tahan dengan menyimpan lemak sebagai persediaan energi. Langkah terbaik untuk menurunkan berat badan sekali gus membentuk otot tubuh adalah dengan menggabungkan latihan kardio dengan latihan kekuatan (strength training).
2. Lakukan senaman terlalu lama
Sebenarnya senaman yang anda lakukan boleh menjadi stres tersendiri bagi tubuh. Ketika bersenam, tubuh akan mengeluarkan hormon stres bernama kortisol. Di satu sisi, hormon ini bermanfaat bagi tubuh kerana ia memberi energi yang diperlukan otot untuk anda bergerak. Namun, di sisi lain pula hormon ini boleh memberikan impak negatif apabila anda bersenam terlalu lama kerana ia menggalakkan benjolan lemak di area yang tidak diingini.
Oleh itu, lakukan senaman secukupnya saja. Dengan kata lain, anda tidak perlu melampaui batas kemampuan maksima anda, melainkan melakukanlah secara rutin. Selain itu, kendalikan emosi anda dengan baik. Walaupun tidak bersenam, kortisol boleh aktif ketika anda sedang dilanda stres.
3. Kurang rehat setelah bersenam
Berehat dan memulihkan stamina setelah bersenam tidak kurang pentingnya kerana pada ketika itulah tubuh anda membakar sebahagian besar lemak. Cukupkan rehat sehingga anda boleh bersenam lagi pada keesokan harinya.
4. Kurang bekerja keras
Kita perlu bersenam dengan cara yang betul. Kelebihan bersenam seperti terlalu lama atau terlalu banyak latihan kardio, boleh mengundang impak negatif, demikian juga kalau ia berkurangan. Jangan-jangan hanya perasaan anda sahaja bahawa sudah bersusah payah menurunkan berat badan dengan bersenam dan diet, padahal anda masih kurang bekerja keras.
Rata-rata orang biasa yang bukannya atlet atau body builder tidak dianjurkan untuk bersenam lebih daripada satu jam sehari. Memang berkesan ringan, namun ingatlah selalu kuncinya adalah intensiti senaman dan bukannya berapa lama waktu yang anda habiskan untuk bersenam. Jadi, semakin kerap latihan anda maka semakin singkat waktu yang anda perlukan. Oleh itu, maksimumkan waktu yang anda habiskan untuk bersenam secara efektif dan jangan bermalas-malasan.
5. Faktor-faktor lain
Boleh jadi anda susah untuk kurus bukan kerana faktor kurang bersenam atau kurang diet. Berat badan itu sendiri dipengaruhi banyak hal. Selain aktiviti fizikal dan komposisi diet, berat badan juga dipengaruhi oleh kombinasi seperti faktor genetik, hormon, pola tidur, stres dan pengaruh persekitaran terhadap gaya hidup.
Faktor genetik juga turut menjadikan seseorang obesiti berkait pada kecenderungan rasa kenyang, nafsu makan, keinginan untuk makan junk food, metabolisme, pengedaran lemak pada tubuh dan kecenderungan untuk makan sebagai respons stres. Seberapa kuat pengaruh gen terhadap kelebihan berat badan akan berbeza-beza bagi setiap orang. Dengan mengetahui seberapa kuat peranan gen terhadap berat badan, anda boleh membantu mencari solusi yang lebih tepat untuk penurunan berat badan.
Ciri-Ciri Yang Menandakan Peranan Gen Berkemungkinan Mempengaruhi:
1. Anda tetap tidak kurus, padahal sudah meningkatkan aktiviti fizikal dan tetap dengan diet rendah kalori selama berbulan-bulan.
2. Anda mempunyai lebihan berat badan selama sebahagian besar waktu hidup anda.
3. Anda mempunyai orang tua atau saudara-mara yang berlebihanan berat badan. Apabila kedua-dua orang tua anda berlebihan berat badan, peluang untuk anda obesiti lebih tinggi lagi iaitu sekitar 80 peratus.
Ciri-Ciri Yang Menandakan Peranan Gen Berkemungkinan Kurang Mempengaruhi:
1. Anda termasuk dalam kategori orang yang sedikit berlebihan berat badan, tapi masih boleh menurunkan berat melalui program senaman dan diet yang sihat.
2. Setelah berat tubuh anda lebih baik, anda boleh kembali gemuk apabila mengubah pola makan atau program senaman, misalnya anda sedang mengalami masalah sosial mahupun psikologi.
3. Anda benar-benar terpengaruh oleh ketersediaan makanan.
Bila anda termasuk dalam ciri-ciri orang yang dipengaruhi oleh gen gemuk yang kurang signifikan, anda boleh memperbaiki program senaman dan diet. Namun, apabila anda termasuk dalam ciri-ciri yang dipengaruhi oleh gen gemuk secara signifikan, anda perlu menemui konsultan diet agar bagi mendapatkan solusi yang lebih baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pakaian boleh melambangkan peribadi seseorang sebab itu kita kena menjaga penampilan diri kita lagi-lagi semasa menghadiri majlis perkahwinan.
Tidaklah terlalu mewah tetapi seeloknya pakailah pakaian yang kemas dan kena dengan situasi majlis berkenaan. Di bawah ini terdapat beberapa tips anda perlu tahu sebelum menghadiri majlis perkahwinan.
1. Jangan pakai kasut getah/rubber shoes
Elakkan daripada memakai kasut yang diperbuat daripada getah. Anda akan dilihat seperti ingin menghadiri majlis perkahwinan di tepi pantai. Ia sangat tidak sesuai.
2. Jangan pakai t-shirt
Jangan sesekali memakai round neck shirt kerana anda akan dilihat sangat selekeh. Walaupun anda hanya menghadiri majlis perkahwinan kawan kepada kawan anda, pakailah pakaian yang lebih kemas seperti t-shirt yang berkolar kerana lebih sesuai.
3. Jangan pakai selipar
Selipar adalah dilarang sama sekali. Anda bukannya hendak ke pasar ataupun pergi mengerjakan sawah padi. Jadi, pilih kasut yang pelbagai jenis untuk dipadankan dengan pakaiananda.
4. Jangan makeup terlalu tebal
Untuk wanita, jangan mengenakan makeup yang tebal sehingga boleh menenggealamkan pengantin. Cukuplah sekadar memakai sedikit sahaja untuk kecantikan diri anda.
5. Jaga gaya rambut kemas
Sebelum menghadiri majlis perkahwinan apa salahnya kalau anda meluangkan sedikit masa untuk merapikan rambut. Jangan biarkan rambut kelihatan menggerbang dan tidak terurus. Buat lelaki maskulin yang pentingkan gaya serta ketrampilan, pastikan rambut disisir rapi supaya anda dilihat lebih bergaya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...