Penah tak ambil tahu tentang stress isteri di rumah? Atau yang jenis bekerja tetapi pulang buat rutin rumah tangga sampai tak cukup rehat?
Haa… sebab itu lah suami kena menjiwai emosi orang rumah, sesekali kena bertanya khabar dan mungkin boleh bawa dia keluar jalan-jalan. Nak lebih memahami keadaan ini, jemput baca perkongsian saudara Akhtar Syamir Nor Azman ini…
Stress Isteri Tak Akan Sama Dengan Suami
Isteri yang stress akan menangis. Kalau dia tak menangis depan orang, dia akan menangis sendirian dan akan mendiamkan diri.
Kepenatan akan membawa kepada kemarahan. Kemarahan itu perlu diredakan. Tempat paling dekat untuk dilepaskan ialah pada anak-anak.
Ads
Marah, geram, menjerit kat anak-anak dan ada kalanya sampai memukul pun ada. Kemudian mereka akan menyesal, sedih dan menangis.
Bekerja Tanpa Cuti
Menjadi mak dan isteri ni umpama bekerja tanpa ada hari cuti. Ada orang menganggap apabila seorang isteri tidak bekerja atau bukan hari kerja dan duduk di rumah ialah sama seperti bercuti dari kerja.
Ads
Sebenarnya tidak. Kerjanya sentiasa ada. Kerjanya tidak habis-habis. Apa yang biasa dibuat para isteri nampak macam mudah, tetapi ianya adalah satu kerja yang dibuat berulang-ulang setiap hari.
Bayangkan buat satu-satu benda tanpa henti berhari-hari lamanya. Memang penat. Yang tak nampak penat ialah orang yang tengok orang buat kerja dan bukan orang yang buat kerja itu sendiri.
Jangan Pandang Remeh
Ads
Isteri sangat stress. Jangan pandang remeh. Saya tengok ada je di kalangan wanita sendiri pandang serong bila ada yang kata mereka penat. Tak semua situasi sama. Tak semua hubungan itu sama. Stress fizikal dan mental orang, lain-lain. Kalau kamu tak stress, bersyukurlah.
Ada juga yang kata, “ye la, lelaki tak pernah stress”. Tak sama bro. Stress lelaki dan stress para isteri dan mak ni kategorinya lain. Tak dinafikan kita memang stress juga, tapi kita bukan duduk di rumah sentiasa, kita juga bukan buat kerja rumah setiap hari. Handle anak-anak kecil ni cabaran dia lain macam.
Ambil peduli dan bantu mana yang patut. Jangan ditambah tekanan si isteri.
Begitulah kisahnya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain menentukan lokasi dan bajet perkahwinan, memilih jurusolek ataupun make up artist (MUA) juga amat penting. Jurusolek juga memainkan peranan penting dalam memastikan wajah ratu sehari tampak lebih anggun dan berseri.
Kali ini, kami akan berkongsi tip untuk anda memilih MUA yang tepat dan sempurna sempena hari bahagia anda.
Tempahan Awal
Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat jurusolek atau make up artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan bajet anda. Anda boleh membuat senarai jurusolek kegemaran anda dan membuat perbandingan terbaik dari segi harga, tahap professional jurusolek tersebut dan pengalaman yang mereka punyai di dalam dunia solekan.
Hanya Anda Seorang
Pastikan agar jurusolek anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan jurusolek anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.
Test Makeup/Pre-Wedding Makeup
Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan jurusolek pilihan anda. Dengan cara ini, anda boleh melihat dan merasai sendiri hasil solekan jurusolek yang anda telah pilih. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit,, jurusolek yang anda pilih tersebut dapat mengkaji terlebih dahulu keadaan kulit dan produk yang sesuai untuk digunakan di hari bahagia anda kelak.
Bawa Berbincang
Pastikan anda dan jurusolek berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan jurusolek menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan jurusolek) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!
Cerewet Bertempat
Dalam menentukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik diantara anda dan jurusolek pilihan anda dan pastinya anda akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.
Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara: Pertama : Niat. Kedua : Menghilangkan najis pada badan. Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.
Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.
Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Rasulullah S.A.W Bersabda : ” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain.”[Hadith Riwayat Muslim].
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat teman-teman lain sudah mempunyai teman hidup sedikit sebanyak membuat diri rasa runsing. Soal hati, apa kurangnya diri berbanding dengan mereka? Usia sudah melewati 25 tetapi masih tidak mempunyai teman hidup. Usahlah terlalu risau andai jodoh tidak kunjung tiba. Sebagai manusia yang percaya akan kuasa Allah, sentiasalah berikhtiar tanpa jemu.
Salah satu ikhtiar kita untuk mendapatkan jodoh, adalah berdo’a. Cubalah amalkan setiap malam jumaat surah Alam Nasyrah 313x,setiap selesai 10x maka bacalah :
اللهم اشرح صدور اولاد ادم وبنات حواء وارزقنى الزوجة الصالحة التى تحبها وترضاها وارزقنى الزوج الصالح الذي تحبه وترضاه
AllahummaSyroh Shuduura awlada adam wa banaati hawa warzuqniy zaujatas Shoolihatal latiy tuhibbuha watardhoohaa war zuqniyz zawjas shoolihul ladzii tuhibbuha wa tardhoohu
“Ya Allah lapangkan hatinya anak cucu Adam dan Ibu Hawa, dan berikanlah kami jodoh perempuan yang Engkau cintai dan Engkau Redhai, dan berilah kami jodoh laki-laki yang Engkau Cintai dan Engkau Redhai”
Insya Allah dengan keberkatan ayat Quran di atas Allah berkenan memberikan jodoh kepada kita. Sementara di bawah ini ada juga beberapa do’a untuk mempercepat mendapatkan jodoh:
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya
Jangan biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya
Kikislah pesonanya dari setiap pelupuk mataku
Usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari pada-Mu yang tulus dan murni
Bantulah aku agar dapat mengasihinya sebagai seorang sahabat
Tetapi jika engkau ciptakan dia untukku, ya Allah, satukan hati kami
***
Bantulah hamba untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan hamba kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya
Lembutkan hatinya agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima hamba dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya
***
Ya Allah Maha Pengasih,
Dengarkanlah hamba-Mu ini
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu
Allah Yang Maha Kekal,
Aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku
Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya
Semua ini untuk hidup lebih dekat dengan-Mu, lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu
Bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, ya Allah.
Selain berdo’a kita juga harus tetap berusaha agar jodor yang kita nanti-nantikan segera hadir. Salah satunya ialah dengan meningkatkan kualiti diri supaya lebih baik dari hari ke hari. Ingatlah bahawa jodoh kita adalah cerminan dari diri kita sendiri. Apabila semua usaha telah dilakukan, seterusnya kita pasrahkan semua kepada Allah dan berharap yang terbaik.
Sumber: islamidia
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!