Majlis pertunangan dah dekat? Banyak persediaan yg kena disediakan supaya majlis berjalan dgn lancar. Salah satu daripadanya termasuklah hantaran tunang.
Hantaran tunang merupakan pertukaran brg sbg hadiah antara pihak keluarga lelaki n perempuan, setelah kedua2 belah pihak setuju meneruskan hubungan anak utk ke jinjang pelamin.
Awantona list kan 26 hantaran yg sesuai utk majlis pertunangan buat pihak lelaki dan juga perempuan.
𝙃𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙏𝙪𝙣𝙖𝙣𝙜 𝙇𝙚𝙡𝙖𝙠𝙞
1. Set Baju Melayu
Baju Melayu merupakan pakaian tradisional Melayu yg kekal relevan sehingga kini. Ia sering kali dipakai pada musim perayaaan dan juga untuk menunaikan solat di masjid. Pemakaian Baju Melayu boleh disertakan dgn samping dan songkok sbg hantaran buat pasangan.
2. Sejadah
Selain telekung, sejadah juga selalu dijadikan sebagai hantaran tunang. Bukan sahaja sebagai alas untuk mendirikan solat, bahkan juga sebagai hadiah buat pasangan untuk majlis pertunangan.
3. Kain Pelikat
Sebagai hantaran, korang boleh menghias kain pelikat ini bersama bunga-bungaan supaya kelihatan menarik ketika majlis pertunangan.
4. Minyak Wangi
Selain daripada kain pelikat, minyak wangi juga sering digunakan sebagai hantaran untuk pihak lelaki. Korang boleh mendapatkan minyak wangi lelaki yang berjenama seperti BOSS, Dunhill, Calvin Klein dan lain-lain lagi di kedai mahupun secara online.
5. Kasut
Terdapat pelbagai jenis kasut yang boleh dihadiahkan kepada lelaki. Antaranya termasuklah kasut Monk Strap, Oxford, Derby, Chukkas, Loafers dan sebagainya.
Ads
6. Set Penjagaan Kulit (Skincare)
Walaupun tak semua lelaki ambil berat tentang penjagaan wajah, namun tak menjadi halangan untuk korang jadikan produk-produk khas ni untuk lelaki sebagai hantaran.
7. Jam Tangan
Lelaki dan jam tangan tak boleh dipisahkan. Bentuk dan harganya yang pelbagai boleh melambangkan personaliti seseorang lelaki. Dalam hal pemilihan jam yang terbaik, korang boleh memilih jenama jam berdasarkan bajet yang ditetapkan.
8. Tali Pinggang
Bukan sekadar aksesori biasa, tali pinggang jugak digunakan sebagai pengetat lilitan seluar dengan lebih kemas. Terdapat dua jenis tali pinggang yang boleh dipilih untuk dijadikan hantaran iaitu sama ada tali pinggang formal atau tali pinggang kasual.
𝙃𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙏𝙪𝙣𝙖𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙧𝙚𝙢𝙥𝙪𝙖𝙣
1. Baju Kurung/ Kebaya/ Jubah
Baju kurung tradisional di negara ini memiliki pelbagai rekaan tersendiri mengikut negeri. Contoh, baju kurung Pahang, baju kurung Kedah dan sebagainya. Korang boleh hadiahkan pasangan korang pakaian yang anggun sebagai hantaran pertunangan nanti.
Ads
2. Set Barang Kemas
Selain pakaian, set barang kemas seperti gelang, rantai dan cincin juga boleh dijadikan sebagai hantaran. Aksesori seperti ini amat disukai wanita kerana dapat membantu menaikkan seri mereka.
3. Set Mandian
Para wanita amat menitik beratkan kebersihan, kecantikan dan wangi-wangian. Set mandian seperti syampu dan sabun badan yang wangi dan berkualiti amatlah bermakna untuk mereka.
4. Kasut
Selain kasut lelaki, kasut wanita juga mempunyai pelbagai jenis dan pilihan. Antaranya termasuklah Wedges, Ballerina, kasut tumit tinggi dan sebagainya.
5. Tudung
Salah satu tips yang boleh korang lakukan sekiranya memilih tudung sebagai hantaran adalah dengan mengetahui apakah jenis tudung yang pasangan korang suka. Antara jenama tudung yang terkenal adalah seperti Naelofar Hijab, Radiusite, Duckscraves dan Sugarscarf.
6. Telekung
Ads
Korang boleh memilih telekung yang ditawarkan oleh mana-mana jenama yang terkenal di Malaysia dan salah satunya adalah telekung Siti Khadijah. Selalunya, telekung dipilih berdasarkan keselesaan dan rekaan yang menarik hati pasangan.
7. Kain Pasang
Selain membeli pakaian siap, kain pasang juga boleh diberi kepada pasangan. Korang boleh memilih kain pasang yang pelbagai di gedung pakaian terkenal di Malaysia seperti Jakel atau Nagoya untuk mendapatkan kain pasang pilihan hati.
8. Beg Tangan
Selain amat berguna untuk mengisi barang, rekaan beg tangan yang menarik juga dapat berfungsi sebagai aksesori apabila bergaya. Dalam pemilihan beg tangan ni, korang haruslah mengetahui citarasa pasangan.
kredit: PengantinBaru
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lebih bahagia jika raya sederhana dengan meraikan apa yang kita ada daripada berlebihan sampai berhutang.
Memang baju raya kalau boleh nak baru, duit minyak nak balik kampung kena fikir, biskut raya pun kena beli tetapi biar berpada jangan sampai tak cukup duit dan terpaksa pinjam duit dengan orang. Nah, sebelum pergi lebih jauh, jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin dulu.
Raya Sederhana
Raya ini simple sahaja. Lebih kepada meraikan apa yang kita ada dan bukannya tambah dulu apa yang sedia ada, kemudian raikan. Walaupun itu dah jadi macam norma dan budaya orang kita.
Jangan sampai berhutang semata-mata nak kelihatan ‘ada’ dihari raya. Tak perlu mewujudkan tekanan dalam diri sendiri dan juga pasangan dan juga keluarga untuk menyempurnakan raya.
Utamakan Yang Mana Wajib
Berpuasa, berbuka, bersahur, bayar zakat fitrah. Ini yang lebih utama, raya sederhana ikut cara kita, kemampuan kita, apa yang kita ada sahaja.
Jangan ikut orang lain atau jiran sebelah. Jangan pula cuba nak bagi orang faham situasi dan keadaan kita.
Terkena raya tengah bulan, jadi biarlah ikut kemampuan. Semoga baik-baik sahaja sampai gaji bulan akan datang.
Baik isteri atau suami, sama-sama kena cakna bab persiapan hari raya. Tak nampak orang ‘ada-ada’ tak apa asal masih boleh bersedekah pada anak kecil dan mak ayah.
Itu lebih daripada cukup.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Unik dan ringkas, elemen utama gubahan hantaran buat si kekasih hati. Dekorasi serba ringkas dengan bunga carnation merah jambu tentunya memberi suntikan kelainan.
Tip:
1. Bungaan segar carnation penyeri persembahan hantaran serba ringkas.
2. Esensi tradisi tepak hantaran masih mengekalkan esensi tradisi.
3. Penggunaan cermin memberi refleksi unik dan bersahaja
Nota:Make sure barang hantaran anda tu tak berat/sarat sangat. Risau cermin tak boleh nak tampung pula. Ataupun bila frame cermin yang berkualiti dan teguh.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perihal perkahwinan tentunya memerlukan modal atau jumlah yang yang besar untuk perbelanjaan majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain lagi.
Oleh itu, setiap pasangan perlu lebih bersedia daripada segi mental, fizikal serta sudut kewangan khususnya. Anda perlu tahu mengenai bajet kahwin dan bagaimana untuk menguruskan wang tersebut supaya tidak berdepan dengan konflik kewangan selepas berkahwin.
Edisi kali ini berkongsikan tip untuk menjimatkan bajet kahwin.
1. Jangan Mementingkan Standard Anda
Berhutang memberi bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia. Ramai pasangan yang hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang mewah dan tampak gah.
2. Jumlah Tetamu
Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Apabila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
3. Menyewa Busana Perkahwinan
Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas memakai busana tersebut, anda perlu memulangkan semula kepada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.
4. Awasi Perbelanjaan Anda Setiap Bulan
Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.
5. Elak Berhutang Kad Kredit
Kad kredit ada baiknya dan ada buruknya. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanya ‘swipe’ menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.
6. Adakan Majlis Gotong Royong
Majlis yang diadakan secara gotong royong adalah lebih jimat berbanding perkhidmatan katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah selain dapat mengeratkan tali silaturahim bersama saudara dan jiran anda.
7. Jangan Merokok
Bagi kaum lelaki merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia membazirkan wang anda. Jika anda campur tolak wang yang telah anda belanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya.
8. Membuka Akaun Khas
Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit.
9. Kurangkan Membeli Gajet Elektronik
Jika anda seorang penggemar gajet elektronik, anda dinasihatkan untuk menyimpan dahulu hasrat anda untuk membeli gajet terbaru. Hal ini adalah kerana wang itu anda boleh gunakan untuk majlis perkahwinan anda kelak.
10. Tempahan Fotografi
Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan.
11. Berbalas Hantaran
Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Hal ini yang sering terjadi di kalangan pengantin zaman sekarang. Tidak perlulah untuk berlumba-lumba kerana kelak anda yang tanggung kesannya.
12. Membeli Belah Ketika Ada Potongan Harga Sahaja
Harga barangan pada ketika itu mungkin mendapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli belah kelak anda juga yang akan merana.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!