Membiasakan diri membaca Al-Quran merupakan amalan yang disukai Allah SWT. Namun lebih baik lagi jika selain membacanya kita juga mencuba untuk menghafalkanya. Ada banyak cara yang dapat kita lakukan supaya lebih mudah mempelajari ayat-ayat Allah.
Dalam sebuah buku yang dikarang Dr Rajib Sirjani yang berjudul Kaifa Tahfadzul Quran, beliau membuat beberapa teknik iaitu pembahasan bersifat primer dan yang bersifat sekunder.
Dalam pembahasan primer, beliau memberikan Sepuluh Rahsia Tip Menghafal Al-Quran Dengan Mudah dan Terbukti Efektif, diantaranya seperti berikut :
Ads
1. Harus Ikhlas
Ini merupakan salah satu hal yang sangat penting dalam melakukan apa-apa sekalipun. Kerana dengan ikhlas mengharap redha Allah maka apapun yang dilakukan akan diberkati. Sebaliknya bila kita melakukan sesuatu pekerjaan tanpa mengharap redha Allah maka akan menjadi sia-sia.
2. Tekad Kuat
Dengan keinginan dan tekad yang kuat maka kita akan dimudahkan oleh Allah dalam mempelajari dan menghafal Al-Quran. Keinginan kuat akan membuat kita berusaha secara terus-menerus sehingga pada akhirnya membuatnya menjadi suatu kebiasaan yang baik.
3. Nilai Menghafal Al-Qur’an
Salah satu keutamaan bagi kita yang menghafal Al-Quran ialah hati menjadi tenang dan membuat semakin dekat dengan Allah. Ketika kita dapat mengetahui nilai dari menghafal Al-Quran tentu kita akan semakin bersemangat.
Ads
4. Mengamalkan Hafalan
Salah satu tujuan kita dalam menghafal Al-Quran ialah bukan hanya untuk dihafalkan saja namun ketika kita menghafal ayat dan mengetahui maksudnya, maka kita harus berusaha untuk mengamalkan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian. Mengamalkan hafalan akan membuat Allah memberikan pengetahuan yang belum kita ketahui sebelumnya.
5. Meninggalkan Dosa dan Maksiat
Semakin banyak kita berbuat dosa dan maksiat maka Allah akan menjauhkan hati kita terhadap cahaya Al-Qur’an. Dosa dan maksiat akan membuat hati keruh sehingga akan membuat kita lebih sukar dan lemah dalam menghafal dan memahami Al-Qur’an.
6. Berdoa
Perbanyakkan doa Ketika memiliki niat untuk menghafal Al-Qur’an dan yakinlah bahawa ketika berdoa tersebut, Allah akan memberikan berkah-NYA. Dan tidak ada hal yang sia-sia dari sebuah doa. Akan lebih baik lagi ketika kita berdoa di waktu-waktu yang mustajab.
Ads
7. Memahami dengan Benar
Memahami arti dari sebuah ayat ternyata akan membuat kita lebih mudah menghafal setiap ayat dalam Al-Quran tersebut, dan memahami maksudnya akan mampu menambah kecintaan kita dalam menghafal Al-Quran.
8. Membaca Tajwid
Pelajarilah ilmu tajwid karena dengannya menghafal Al-Qu’ran akan lebih mudah. Selain itu ganjaran kebaikan akan lebih banyak.
9. Baca Berulang-ulang
Ketika kita membiasakan diri membaca Al-Quran secara rutin dan berulang-ulang akan membuat hafalan kita lebih kuat.
10. Membaca Dalam solat
Akan lebih baik jika ayat yang dihafalkan tersebut dipraktikkan terus atau digunakan setiap kali kita melaksanakan solat wajib atau solat sunat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membina masjid atau mendirikan rumah tangga adalah perkara yang dituntut dalam islam. Selain memenuhi tuntutan fitrah, ganjaran pahala yang besar menanti apabila kita menghalalkan ikatan antara lelaki dan perempuan.
Sekiranya anda akan melangsungkan majlis pernikahan tidak lama tidak lama lagi, kami kongsikan 4 perkara sunat dilakukan selepas sah akad nikah perkahwinan.
1. SOLAT SUNAT SELEPAS AKAD NIKAH
Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
Membaca doa selepas salam.
2. SUJUD SYUKUR
Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.
3. SI SUAMI MELETAKKAN TAPAK TANGAN DI ATAS UBUN-UBUN ISTERI LALU MEMBACAKAN DOA “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).
4. ISTERI BERSALAMAN DENGAN SUAMI SAMBIL MENCIUM TANGAN LALU MENGUCAPKAN 2 KALIMAH SYAHADAH
Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara-mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa hukumnya sesetengah AJK dan orang ramai mengambil banyak-banyak dan bawa balik makanan yang disedekahkan orang untuk Jemaah masjid, dan menafikan hak orang yang datang kemudian?
Jawapan:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, dan ke atas ahli keluarga, isteri-isteri baginda dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke Hari Akhirat.
Dalam masyarakat kita, seringkali kita lihat fenomena memberi sedekah dengan meletakkan barang sedekah itu di masjid atau surau. Budaya baik ini telah memberikan manfaat yang banyak kepada orang ramai. Antara barang yang sering disedekah orang ialah barang makanan. Pemberi sedekah akan meletakkan barang sedekahnya itu di sudut masjid dan memaklumkan niat sedekahnya kepada ahli-ahli jawatankuasa masjid. Umum mengetahui bahawa orang fakir dan miskin adalah layah untuk menerima sedekah seperti mana firman Allah ﷻ:
Maksudnya: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin,”
(Surah al-Taubah: 90)
Adapun bagi orang kaya, atau orang yang tidak memiliki keperluan mengambil sedekah sunat itu, maka kami telah menjawabnya dalam Al-Kafi #1397 : Hukum Memberi Sedekah Kepada Orang Kaya. Kesimpulannya, diharuskan mereka mengambilnya jika mereka tidak meminta-minta atau berebut-rebut mendapatkannya. Ertinya, jika mereka mengambil sedekah maka sedekah itu menjadi haknya untuk dimakan. Ini dikuatkan dengan kaedah fiqh yang menyebut:
Maksudnya: “Setiap orang yang mendahului pada perkara-perkara harus, maka dia yang paling berhak terhadap perkara tersebut”
Rujuk al-Bayan fi al-Mazhab al-Syafie (7/508)
Sheikh Abdul Muhsin al-Zamil Hafizahullah mengatakan: “Kaedah ini meliputi banyak perkara…antaranya ialah yang mendahului orang lain di tempat-tempat awam” Rujuk Syarah Qawaid as-Sa’diyyah (1/179-180)
Kaedah ini diasaskan daripada hadis-hadis yang semakna dengannya seperti juga hadis yang diriwayatkan oleh Asmar bin Mudharris RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mendahului pada perkara-perkara yang tidak didahului oleh orang Islam yang lain, maka dia berhak untuknya”
Riwayat al-Baihaqi (11779) dalam Sunan al-Kubra
Para ulama Syafieyyah meletakkan hadis ini dalam bab ihya’ al-mawat (menghidupkan tanah), hak penggunaan air, hak mengambil barang dan anak pungut dan lain-lain. Kami juga telah membahaskannya dalam Bayan Linnas Siri Ke-180: Fiqh Jalan Raya Sempena Hari Raya berkenaan isu memotong trafik dengan cara yang salah.
Namun jika mereka meminta-minta sedekah, maka hukumnya adalah haram. Maka orang kaya itu sebenarnya disunatkan agar menjauhkan diri daripada mengambil sedekah dan dimakruhkan ke atas mereka untuk mendedahkan diri untuk mendapatkannya.
Bahkan jika mereka meminta sedekah dengan menzahirkan dirinya sebagai seorang fakir, maka hukumnya adalah haram. Kata Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdab (6/239): “Tidak dihalalkan ke atas orang kaya untuk mengambil sedekah sunat dalam keadaan dia menzahirkan dirinya sebagai seorang fakir.”
Ini berdasarkan dalil riwayat daripada bahawa Rasulullah ﷺ:
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang lelaki daripada Ahli Suffah telah meninggal dunia lalu ditemui baginya dua dinar emas, lalu Nabi ﷺ bersabda: “Dua logam panas dari Neraka.”
Maksudnya: “(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.”
(Surah al-Taubah: 35)
Kemudian, Imam al-Nawawi juga menyebut pendapat ulama Syafieyyah seperti al-Mawardi bahawa diharamkan ke atas orang kaya untuk meminta sedekah. Bahkan, di sisi Imam al-Ghazali pula mengatakan haram ke atas orang yang mampu bekerja untuk meminta sedekah. Adapun permintaan sedekah daripada orang yang mempunyai hajat keperluan sedangkan dia tidak mampu bekerja yang boleh menghilangkan hajat itu adalah diharuskan dan tidak makruh.
Berkata Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Tolibin (3/343):
“Adapun jika seseorang meminta sedekah, maka berkata pengarang al-Hawi (yakni al-Mawardi) dan selainnya: Jika dia seorang yang memerlukan, maka tidak haram meminta, tetapi jika dia seorang kaya (yakni cukup) dengan harta atau pekerjaan, maka meminta itu adalah haram, dan apa yang diambil juga haram ke atasnya. Di sisi kami (Syafieyyah) adalah wajh (pendapat ashab) yang lemah seperti mana yang disebut oleh pengarang al-Kitab (al-Syirazi) dan selainnya, dan selainya dalam bab al-Nafaqah: Tidak diharamkan.”
Berkata Syeikh Taqiuddin al-Hisni dalam Kifayah al-Akhyar (ms. 196): “dan barangsiapa yang memiliki pekerjaan yang baik maka haram ke atasnya untuk meminta sedekah dan apa sahaja yang diterima daripada sedekah yang diminta adalah haram.”
Berdasarkan kenyataan dan fakta diatas, kami menyimpulkan bahawa hukum mengambil sedekah secara berlebihan terikat dengan situasi-situasi berikut:
Kami berpendapat masalah di atas berlaku atas sebab salah faham sahaja dan tidak wajar diperbesarkan. Ini kerana perbuatan seseorang yang mengambil lebih barang makanan yang disedekahkan orang boleh ditakwilkan dengan alasan-alasan seperti keperluan mendesak, ambil bagi pihak orang dan khuatir berlakunya pembaziran. Namun begitu sekiranya sudah dianggap mengambil hak orang lain seperti hak orang fakir miskin seumpamanya, maka perkara ini wajib dielakkan khususnya jika melibatk ahli jawatankuasa masjid seumpamanya. Jalan yang terbaik dalam isu ini ialah mengadakan perjumpaan dengan pihak yang bermasalah untuk mendengar penjelasan dan menasihati mereka dengan penuh harmoni dan keikhlasan. InsyaAllah suatu yang baik pasti akan terbit daripada amalan Syura dan keikhlasan. Wallahua’lam.
Manis sungguh pasangan pelakon veteran Sabri Yunus, 62, dan Angeline Tan, 56, sejak kedua-dua bergelar suami isteri. Selalu nampak perkongsian video yang menunjukkan kebahagiaan mereka berdua tercapai.
Keserasian yang terpapar menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu lebih 30 tahun lalu menjadi kenyataan selepas kedua-duanya ditakdirkan berjodoh.
Menerusi video yang dikongsi media sosial TV Alhijrah, Sabri dan Angeline Tan menjawab soalan berkaitan rumah tangga mereka sekali gus menjelaskan kedua-duanya saling tegur-menegur dalam perlbagai perkara agar ikatan suami isteri berlangsung dengan baik.
Disoal tentang perkara yang mereka kurang suka antara satu sama lain, jawapan dan komunikasi antara mereka membuat warganet tersenyum sendiri.
Menurut Sabri, jika beliau melihat Angeline melakukan kesilapan, beliau akan mencari waktu sesuai bagi menegur.
“Sebenarnya kami ini saling tegur-menegur antara satu sama lain.
“Kalau dia melakukan kesilapan, selalunya saya biarkan dahulu kemudian mencari masa yang sesuai untuk tegur.
“Melalui teguran itu, saya akan kata bahawa sesuatu yang dibuat Angeline itu tidak kena dan sebagainya.
“Tetapi kalau diikutkan, Angeline lagi banyak tegur saya,” ujarnya sambil berseloroh.
Sementara itu, Angeline pula mendedahkan bahawa apa jua teguran diberikan suami diterimanya kerana percaya ia bertujuan untuk memperbetulkan kesilapan.
“Bila abang tegur, semuanya Angeline terima sebab dia adalah orang yang paling dekat dengan saya.
“Tegurannya untuk kebaikan saya dalam memperbetulkan kesalahan dan kelemahan saya,” kongsinya.
Hantaran berkenaan menjadi perhatian netizen dan kemesraan pasangan itu membuatkan ramai yang ‘cair.’
Sekadar info, Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline Tan diijab kabulkan dengan Sabri dalam sebuah majlis tertutup di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis pada 14 Oktober tahun lalu.
Sementara itu, Angeline yang memeluk Islam pada 26 September 2023 memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...