
Pelik kita kan, kadang-kadang bila nampak isteri dah baik, masih main kayu tiga di belakang isteri. Tak tahu apa lagi yang dia mahukan. Dan begitu juga sebaliknya. Suami dah hampir cukup sempurna, tapi masih bermain hati dengan rakan sepejabat. Lelaki ini kongsi, Insaflah wahai para suami diluar sana yang terjebak dengan perbuatan terkutuk ini.
HAIRAN saya. Isteri cantik,baik,jaga solat,jaga aurat. Dalam diam kau ada perempuan lain. Ini setan sendiri mengaku kat saya. Sekarang dapat herpes pandai pulak cari aku.
Bila saya panggil setan pandai pulak cakap saya hina dia. Kau buat perkara setan suka tu kau tak fikir hina pulak? . Saya jadi geram,marah bila ada yang datang jumpa mengadu ada masalah kelamin disebabkan seks bebas. Lagi saya geram mereka yang dah kahwin,yang tua bangka pun boleh tahan juga.
Insaflah wahai para suami diluar sana yang terjebak dengan perbuatan terkutuk ini. Tak kemana jika buat perkara maksiat,tidak tenang pun,tidak mendatangkan kebahagiaan pun bahkan hidup penuh porak peranda,terumbang ambing.
Itu kira ok lagi Allah bagi azab kena herpes,kena HIV sebab benda tak nampak secara zahir. Jika Allah bagi Penis Captivus( zakar tak boleh dikeluarkan dari faraj) lagi satu dunia tahu aib,silap silap mati kedua atas katil.
Ingatlah didunia lagi Allah dah tunjuk azab kepada penzina,apatah lagi di akhirat siksaan yang amat pedih ribuan tahun jika tidak taubat nasuha.
INSAFLAH,TAUBATLAH Sebelum nyawa terpisah dari badan.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Cinta Kau Bertepuk Sebelah Tangan, Jangan Tunggu Dan Mengharap Lagi

Jatuh cinta konon berjuta rasanya, tapi tidak semua membawa rasa bahagia serasa dunia penuh bunga, kerana kadang-kadang akan mendatangkan kekecewaan di saat cintamu tidak mendapat balasan dari seseorang yang kamu cintai itu.
Kamu sudah merasa bertemu kekasih yang tepat untuk pasanganmu? namun persoalannya, kenapa si dia seolah bersikap acuh tak acuh padamu?Mungkin, dia tidak terlalu tertarik padamu dan masih mencari pasangan yang benar-benar sesuai bagi dirinya
Ups… jangan Patah Hati, Tarik nafasmu dalam-dalam, dan segera menarik diri dari hubungan yang tidak jelas. Semakin cepat kamu menyedari, akan semakin mudah bagimu mengubati rasa kecewa.
Dikutip dari Helium, ada beberapa tanda-tanda yang menandakan bahwa kamu bukanlah orang yang ada di hatinya. Setiap orang pasti akan kecewa jika cintanya bertepuk sebelah tangan, tapi bukankah itu tidak bererti kiamat?
Berikut ini tanda-tanda cinta kamu bertepuk sebelah tangan:
Si Dia Sering Terlambat atau Membatalkan Janji
Beberapa orang biasanya tidak tepat waktu bergantung dengan siapa yang akan dia temui. Untuk lelaki atau perempuan biasanya akan semangat dan berusaha tepat waktu jika ada janji temu dengan kekasih yang dia sukai. Jika si dia kerap kali datang terlambat atau mendadak batalkan janji, ini mungkin bererti dia tidak terlalu ingin bertemu denganmu.
Si Dia Menghindari Menyentuh Kamu di Tempat Umum
Jika dia bersikap lebih seperti teman sewaktu berjalan bersama, mungkin itulah perasaan dia yang sebenarnya terhadapmu. Dia hanya ingin sekadar berteman, dan dia masih single.

Si Dia Selalu Sibuk
Jika dia menggunakan alasan sibuk agar tidak bertemu denganmu, mungkin dia sedang mencuba menjauhkanmu dari kehidupannya. Jika dia sering memberi alasan sibuk jika ingin bertemu, mungkin menjadi isyarat bahwa si dia tidak terlalu tertarik padamu. Ada baiknya bila kamu menjauh dan mulai melangkah ke depan.
Selalu Kamu yang Lebih Dulu Menelefonnya
Jika kamu yang sering menelefon atau mengiriminya pesan ringkas (SMS), sedangkan dia tidak pernah, ada kemungkinan dia tidak terlalu menyukai berhubungan denganmu. Berhenti daripada selalu menghubunginya atau hapus nombornya dari telefon anda Carilah target lain yang memang menyukaimu dengan tulus dan tidak terpaksa. Ingat, dirimu terlalu berharga untuk diabaikan.
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES
Nak Ada Baby Baru, Make Sure Jarak Dua Tahun Baru Boleh Hamil

Ada mak-mak yang ambil berat pasal mengandung, malah tak kurang juga yang bersikap sambil lewa apabila membincangkan isu merancang kehamilan. Katanya, tak apalah kalau Allah nak bagi.
Tetapi seeloknya biarlah usaha dulu tubuh badan cukup sihat. Dan kalau ikutkan saranan WHO pun, tahap kesihatan wanita untuk kembali hamil setelah melahirkan anak adalah 2 tahun.
Kenapa? Sebab bila mak-mak menjarakkan kehamilan selama 2 tahun, luka bersalin atau pembedahan sudah sembuh sepenuhnya. Tetapi kalau ada yang naik tahu lebih mengenai perancangan kehamilan, jemput baca perkongsian ilmu yang dipetik dari Program Tanyalah Ustazah oleh Pegawai Farmasi Rabihah Abdul Rashid ini..
Islam sangat mementingkan perancangan dan strategi, apatah lagi dalam soal melahirkan nyawa baru di dunia ini. Sebaik-baiknya setiap kehamilan itu ‘dirancang, dikehendaki, dan ditunggu-tunggu’ (planned, intended, wanted). Kiranya bila dpt tahu pregnant lagi, rasa gembira nk sujud syukur. Bukan mengeluh atau tak rasa apa2
Waktu terbaik hamil: usia 20-35 tahun. Waktu ni badan kuat dan risiko rendah. Lepas usia tu penat lain macam. Tapi depends la, kalau kahwin umur 36 nk buat camne.
Seeloknya Jarakkan 2 Tahun
Sebaik-baiknya jarak 2 tahun mcm dalam Quran. Kan bagus tu ada panduan sangat clear dari Allah. Kalau tak penting tak ada la sebut dalam Quran kan. Dalam 2 tahun, ibu bapa sempat bagi perhatian secukupnya kepada anak dan ibu juga sempat sembuh. Dr. Harlina suggests lepas 2 tahun, cerai susu, kemudian baru cuba lagi. Kiranya kalau dapat adik tu bila abg/kakak dah umur 2++.
Kaedah merancang: semulajadi dan cara moden (boleh Google). Kehamilan tidak dirancang selalu berlaku bila ibu bapa rancang di mulut saja “hm kami nk tunggu lagi 2 tahun” tapi bila doktor tanya nak guna kaedah apa, mereka jawab tak nak guna.

Mengandung Itu Rezeki Dari Allah Tapi…
Rezeki anak itu ada dengan Allah. Yang akan menguruskan rezeki adalah ibu bapa. Kalau ibu bapa tak pandai mengurus, anak seorang dua pun tak terjaga kebajikannya. Dalam soal ni kena tengok kemampuan kewangan, kesihatan isteri dan kepandaian mengurus keluarga. Kerana anak adalah amanah.
Dr.Harlina suggests juga pengantin baru utk honeymoon dulu dalam 6 bulan, kemudian baru cuba dapatkan anak. Supaya boleh saling kenal hati budi dlm keadaan sihat. Kalau dah morning sickness bagai tak leh gostan dah. Hihi. Tapi ni depends la pada kehendak masing-masing.
Kehamilan tak dirancang bukan hanya bagi kesan fizikal kepada ibu malah kesan emosi. Macam ada patient Dr.Harlina yang belum lagi anniversary ke-4 tapi dah mengandung kali ke-4. Kiranya tak sempat berehat langsung! Last-last kena jumpa dengan psychiatrist sebab wanita tu dah mula benci suaminya.
Pil perancang memang untuk digunakan oleh para isteri, tak boleh diguna utk orang yg nak berzina (teringat masa kat Australia asyik dispense pil perancang je. Kadang-kadang kena kaunsel utk morning after pill. Pengalaman yang menarik.
Allah marah orang *membvnuh* anak kerana takut miskin. Merancang keluarga bukanlah membvnuh anak. Sebab anak itu masih belum ada dalam rahim. Cuma kena clear niat merancang: bukan “saya tak nak anak dah” tapi “saya nak ambil berat dengan anak-anak yang sedia ada..”
Kesimpulan
- Tanya diri
- Tanya keluarga (suami)
- Tanya doktor
Kredit : Rabihah Abdul Rashid
Fasa Paling Mental Sebagai Ibu Bapa Adalah Mendisiplinkan Anak Seawal Dua Tahun

Berkahwin dan bekerluarga suatu yang amat dinantikan semua,tapi sejauh mana anda bersedia menjaga dan mendidik zuriat yang diamanahkan Allah ini. Sebagai pasangan baru berkahwina perlulah ada ilmu keibubapaan supaya anak anda nanti lengkap ilmu agama dan dunia. Ikuti perkongsian ilmu dari Intan Dzulkefli ini.
Banyak-banyak fasa sebagai ibu, saya rasa fasa yang agak ‘mental’ untuk saya ialah fasa mendisiplinkan anak-anak seawal 2 tahun.
Mengaturkan waktu mandi, waktu mengaji, bila waktu boleh tonton Peppa Pig, bila waktu kena buat homework. Ada masa anak menurut tanpa banyak bunyi. Ada masanya pandai pula mereka bertangguh dan berlengah-lengah hingga menaikkan ‘temperature’ ummi. Allahuakbar.
Ya, memang penat. Apatah lagi buat ibu atau bapa tunggal.
Tetapi antara perkara yang memotivasikan saya, iaitu ada satu berita kematian seorang isteri dan ibu dalam suatu kejadian kemalangan jalan raya. Setelah kematiannya, si suami mendedahkan betapa almarhumah sangat disiplin mengajarkan anak-anak, terutamanya tentang pengajian al-Quran dan akhlak. Hingga anak-anak mampu khatam al-Quran seawal umur 9 tahun. MasyaAllah.
Kenangkan setiap ilmu didikan yang kita ajar kepada anak yang akan digunakan sepanjang hidup, waktu solat, waktu lapangnya semua atas didikan kita sebagai ibubapa. Mudah-mudahan menjadi amal jariah berpanjangan.
Selepas itu, maklumlah saya, dunia ini memang untuk berpenat lelah agar kematian kita kelak menjadi sesi berehat untuk diri. InsyaAllah. Impian kita semua kan.
Teman-teman, hidup ini memang untuk bersusah payah kerana mahar untuk ke syurga pun bukannya murah. Apatah lagi bagi pemimpin yang bukan sahaja perlu memimpin dirinya sendiri. Dalam konteks ibubapa, anak-anak adalah amanah kita.
Kalau kita bermudah-mudah dengan amanah ini, biarkan sahaja apa anak nak buat, biarkan sahaja dengan siapapun dia mahu bergaulan, tak kisah bila waktu mandi dan solat, tempat tidur tak pandai kemas, tidak mahu membantu urusan kerja rumahtangga, serta dibiarkan ‘kosong’ tanpa asas agama, bimbanglah tentang waktu besar anak-anak kelak, takut menjadi beban masyarakat, beban persoalan kita dengan Tuhan di akhirat. Nauzubillah min zaliq.
Sekali lagi saya katakan, tugas ini memang berat. Memang sangat penat. Namun, itulah tugas kita. Selalu berdoa minta kekuatan dari Allah serta berbincang dan merancanglah dengan pasangan tentang pendidikan anak-anak sejak awal lagi. Sama-sama mainkan peranan, insyaAllah.
Sentiasa lazimi setiap hari kita dengan doa-doa ini. Terutama sekali pada saat rasa malas, marah dan putus asa dengan diri sendiri dan anak-anak.
“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)” (Al-A’raf : 126)
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim : 40)
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Furqan : 74)
Minta suami hafalkan dan bacakan doa setiap kali selepas solat. Mudah-mudahan pertolongan Allah sentiasa memayungi keluarga kita insyaAllah.
KREDIT : Intan Dzulkefli